home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Asal Hari Raya Saja, Perut Meragam? Anda Perlu BERHENTI Makan 6 Makanan Ini!

Asal Hari Raya Saja, Perut Meragam? Anda Perlu BERHENTI Makan 6 Makanan Ini!

Gangguan penghadaman sering dialami oleh kebanyakan orang pada hari raya pertama. Kebiasaannya gangguan ini menyebabkan cirit-birit, kembung, loya, pedih ulu hati, muntah-muntah.

Seorang doktor dan ahli gastroenterologi dari Hospital University Georgetown di Washington Amerika Serikat, Dr. Robynne Chutkan, menyatakan terdapat 6 jenis makanan yang sepatutnya dihindari ketika sedang mengalami gangguan penghadaman.

Berikut adalah 6 jenis makanan yang perlu dijauhi ketika mengalami masalah saluran pencernaan.

1. Gula buatan

Gula buatan seperti aspartam, sakarin, siklamat, dan sebagainya boleh menyebabkan tahap insulin di dalam badan meningkat.

Peningkatannya boleh menyebabkan berlakunya turun naik gula dalam darah. Dr. Robynne mengatakan bahawa ia adalah perasaan tidak selesa pada dalam perut.

2. Produk bersusu

Ketika Aidilfitri, anda juga berkemungkinan dihidangkan dengan koktel buah dan ia ternyata mengandungi susu.

Dr. Robbyne juga menyatakan bahawa produk tenusu seperti susu dan keju adalah antara makanan yang perlu dielakkan ketika kita mengalami masalah pencernaan. Susu dan pelbagai produk tenusu tidak boleh dimakan apabila mengalami cirit-birit dan loya.

Pesakit yang tidak bertoleransi laktosa juga harus mengelakkan produk tenusu kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan saluran pencernaan.

Susu dan pelbagai produk tenusu mengandungi laktosa yang boleh menghasilkan gas dan boleh memburukkan kesihatan perut.

3. Minuman berkarbonat

Minuman ini menjadi pilihan ramai orang kerana ia sangat mudah disediakan untuk tetamu pada hari raya. Namun, ia perlu dielakkan sekiranya anda mengalami masalah seperti mual.

Dr. Robbyne menyatakan bahawa minuman soda mengandungi sebatian kimia berbentuk asid sitrik dan natrium benzoat yang sukar untuk perut. Kesannya pengambilannya anda akan sendawa berterusan.

4. Coklat dan kafein

Coklat dan minuman berkafein sebaiknya dielakkan terutamanya apabila anda mengalami cirit-birit. Ini kerana ia mengandungi asid yang boleh mengganggu perut.

Akibatnya, pengeluaran asid di dalam perut akan meningkat dan boleh memburukkan lagi keadaan cirit-birit.

5. Makanan berlemak

Krim, daging berlemak, keju, dan makanan berlemak lain tidak akan membantu mengurangkan gangguan penghadaman.

Dr. Robbyne menyatakan bahawa makanan berlemak mengandungi sebatian yang boleh mengaktifkan reseptor dalam perut yang boleh menyebabkan kembung.

Akibatnya, perut yang mengalami masalah akan berasa lebih kembung, mual dan sakit.

6. Buah-buahan citrus

10-tips-focus-fruits

Umumnya mungkin sudah mengetahui buah-buah citrus seperti oren, lemon dan tomato boleh memburukkan keadaan perut apabila diambil secara berlebihan.

Walaupun, buah-buahan ini mengandungi serat yang tinggi, namun ia tidak sesuai diambil bagi orang yang mengalami cirit-birit.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Mengalami Gangguan Pencernaan? Hindari 6 Makanan Ini http://www.greeners.co/gaya-hidup/mengalami-gangguan-pencernaan-hindari-6-makanan/6/ Accesses 23 May 2018.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 21/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x