Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan risiko anda untuk mengalami hepatitis toksik atau keradangan hati. Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai penyakit hati ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Apa itu hepatitis toksik?
Merupakan kesan tindak balas terhadap pendedahan bahan-bahan tertentu, seperti alkohol, bahan kimia, ubatan atau suplemen.
Gejala hepatitis toksik biasanya akan hilang apabila tiada lagi pendedahan kepada bahan perengsa.
Tetapi kesannya kepada hati boleh kekal mengakibatkan parut yang tidak dapat disembuhkan (sirosis). Dalam beberapa kes, boleh terjadi kegagalan hati – sehingga mengancam nyawa.
Satu-satunya rawatan untuk kegagalan hati kronik adalah melalui pemindahan hati – menggantikan hati rosak dengan yang lebih sihat daripada penderma.
Simptom keradangan hati
Antara tanda-tanda ada masalah hati yang boleh dialami, seperti:
- Kulit dan putih mata menguning (jaundis)
- Kegatalan
- Sakit pada bahagian atas kanan abdomen
- Keletihan
- Hilang selera makan
- Pening dan muntah
- Ruam
- Demam
- Kehilangan berat
- Air kencing gelap
Punca keradangan hati
Walaupun hati mempunyai keupayaan untuk pertumbuhan semula, tetapi pendedahan berterusan terhadap bahan toksik menyebabkan bahaya yang ada kalanya tidak dapat disembuhkan.
Hepatitis toksik boleh berlaku disebabkan:
Alkohol penyumbang kepada masalah keradangan hati
Tabiat pengambilan alkohol yang banyak selama bertahun-tahun boleh mengembangkan hepatitis alkoholik – keradangan pada organ hati kerana alkohol dan boleh menyebabkan kegagalan hati.
Ubat pelega kesakitan
Ubat penahan sakit tanpa preskripsi, misalnya acetaminophen, aspirin dan ibuprofen boleh merosakkan hati jika diambil dengan kerap atau bersama alkohol.
Ubat preskripsi, antara punca keradangan hati
Beberapa ubatan dikaitkan dengan kecederaan hati teruk, contohnya statin – digunakan untuk merawat kolesterol tinggi, niasin dan antivirus tertentu.
Herba dan suplemen
Terdapat herba dan suplemen dianggap berbahaya untuk hati termasuklah lidah buaya, chaparral dan ephedra.
Bahan kimia industri, punca radang hati
Pendedahan terhadap bahan kimia semasa bekerja turut meningkatkan risiko kecederaan hati.
Bahan kimia biasa yang boleh menyebabkan kerosakan hati termasuklah karbon tetraklorida pelarut cucian kering, vinil klorida dan bahan kimia industri biphenyl polychlorinated.
Faktor risiko
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko hepatitis toksik termasuk:
Ubat penahan sakit atau ubat preskripsi tertentu
Pengambilan ubatan tertentu yang mempunyai risiko kerosakan hati meningkatkan kecenderungan untuk mengalami radang hati.
Ini terutamanya jika anda memakan banyak ubat atau mengambil lebih daripada dos disyorkan.
Menghidap penyakit hati
Mempunyai gangguan serius seperti sirosis atau penyakit hati berlemak tanpa alkohol menjadikan risiko anda lebih tinggi untuk terdedah kepada kesan toksik.
Menghidap hepatitis
Jangkitan kronik dengan virus hepatitis menjadikan hati anda lebih terdedah kepada penyakit hepatitis toksik ini.
Penuaan
Peningkatan usia menyebabkan fungsi hati dalam memecahkan bahan berbahaya menjadi perlahan.
Ia bermakna bahan bertoksik ini dan produk sampingannya akan kekal lebih lama dalam tubuh.
Baca juga: