Jom kenali apa itu penyakit gastroenteritis, gejala, punca dan rawatannya dengan lebih mendalam lagi di dalam artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.
Apa itu penyakit gastroenteritis?
Penyakit Gastroenteritis adalah keradangan pada lapisan usus yang berpunca daripada jangkitan. Beberapa individu mungkin berfikir mereka mengalami selesema perut namun istilah yang tepat adalah gastroenteritis.
Kebanyakkan jangkitan disebabkan oleh virus, namun ia juga boleh berpunca daripada bakteria atau parasit. Ia tersebar melalui makanan atau air tercemar dan kemudiannya, berhubung dengan individu yang berjangkit.
Masalah yang paling biasa dengan gastroenteritis adalah penyahhidratan atau dehidrasi. Ini berlaku apabila anda kehilangan terlalu banyak cecair akibat daripada muntah dan cirit birit.
Penyakit Gastroenteritis adalah kondisi yang biasa terjadi pada bayi, kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Simptom apa itu penyakit gastroenteritis
Biasanya tanda dan gejala bagi penyakit gastroenteritis adalah:
- Sakit yang luar biasa atau kejang
- Cirit birit
- Loya dan muntah-muntah
- Turun berat badan
- Demam
- Kesejukan atau sakit kepala
Semua gejala ini boleh berlaku pada hari pertama hingga ke hari ketiga selepas berjangkit, dan selalunya kekal sehingga satu ke dua hari, atau mungkin boleh berpanjangan sehingga ke 10 hari.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, sila berunding dengan doktor anda.
Bila saya harus jumpa doktor?
Anda patut hubungi doktor jika mengalami perkara tersebut:
- Selalu buang air besar dalam masa 24 jam atau najis berdarah
- Muntah-muntah selama lebih dari 2 hari atau muntah berdarah
- Jika anda dinyahhidratkan (tanda-tanda seperti dahaga, mulut kering, air kencing warna kuning gelap, air kencing yang sikit atau tidak kencing, pening kepala)
- Demam panas mencecah 40 darjah C (104 darjah F) atau lebih
Untuk bayi dan kanak-kanak, anda patut hubungi doktor jika anak mengalami tanda seperti:
- Demam panas mencecah 38.9 darjah C (102 darjah F)
- Kelihatan cerewet atau mudah marah
- Kelihatan lesu atau lemah
- Cirit-birit berdarah
- Ada tanda-tanda dehidrasi
- Muntah-muntah selama beberapa jam
- Lampin tidak basah dalam 6 jam
- Susah tidur
Punca apa itu penyakit gastroenteritis
Penyebab flu perut adalah jangkitan virus, bakteria atau parasit. Ia selalunya tersebar melalui minuman atau makanan tercemar dan berhubung dengan individu berjangkit.
Untuk jangkitan virus flu perut menular, jenis virus paling biasa yang menyebabkan gastroenteritis adalah norovirus dan rotavirus.
Untuk kes yang jarang berlaku, bakteria yang menyebabkan gastroenteritis adalah E.coli dan salmonela. Ini biasanya dijumpai dalam ayam yang tidak dimasak atau telur.
Apa itu penyakit gastroenteritis: Faktor Risiko
Terdapat banyak faktor risiko untuk penyakit gastroenteritis seperti:
- Orang tua, bayi dan kanak-kanak biasanya memiliki sistem imun yang lemah lalu membuatkan mereka mudah terdedah dengan jangkitan.
- Ada beberapa keadaan yang boleh merendahkan sistem imun seperti HIV dan AIDS. Begitu juga ketika menerima rawatan kemoterapi.
- Jika kawasan anda miliki akses air bersih yang terhad, anda juga berisiko mendapat gastroenteritis.
- Apabila kurang menjaga kebersihan diri.
Apa itu penyakit gastroenteritis: Diagnosis dan rawatannya
Bagaimana pesakit ini didiagnosis?
Untuk memberikan anda diagnosis yang betul, doktor mungkin melakukan ujian-ujian berikut:
- Sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal
- Mengambil sampel najis untuk mengenal pasti bakteria atau parasit.
Bagaimana pesakit ini dirawat?
Sebenarnya, pilihan rawatan bagi gastroenteritis selalunya memerlukan rehat yang cukup dan penghidratan.
Doktor juga mungkin menetapkan perubatan untuk melegakan dan menguruskan gejala-gejala anda. Untuk kes yang melibatkan jangkitan bakteria, maka antibiotik mungkin diberikan.
Jika mengesyaki anda mengalami gastroenteritis, anda patut:
- Berhenti makan untuk beberapa jam supaya perut dapat berehat.
- Minum banyak air.
- Perlahan-lahan makan makanan yang senang dicerna seperti pisang atau bubur nasi.
- Elakkan susu, alkohol, kafein, makanan keras atau berlemak.
- Dapatkan rehat yang cukup.
Apa itu penyakit gastroenteritis: Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Berikut adalah gaya hidup dan rawatan sampingan di rumah yang mungkin membantu anda mengatasi gastroenteritis:
- Ikuti arahan doktor dengan betul
- Dapatkan rehat yang cukup
- Minum banyak air
- Kerap membasuh tangan anda, terutamanya selepas menggunakan tandas
- Mula ambil makanan lembut dan senang dicerna
- Amalkan kaedah kebersihan yang betul ketika mengendalikan makanan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang apa contoh makanan untuk gastroenteritis, berapa lama flu perut sembuh atau apa itu penyakit gastroenteritis itu sendiri, sila berjumpa dan berunding dengan doktor.
[embed-health-tool-bmr]