Keracunan Makanan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 13/09/2019 . 3 minit bacaan
Share now

Definisi

Apa itu Keracunan Makanan?

Keracunan makanan, juga dikenali sebagai penyakit melalui makanan ialah keadaan yang disebabkan oleh pemakanan makanan yang tercemar. Organisma berjangkit seperti bakteria, virus, parasit atau toksik mereka adalah punca utama keracunan makanan. Ia kebiasaannya tidak serius dan kebanyakan orang sembuh setelah beberapa hari tanpa memerlukan rawatan.

Apakah kebarangkalian Keracunan Makanan?

Keracunan makanan biasa berlaku dan dialami pesakit tanpa mengira usia. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Keracunan Makanan?

Tanda dan simptom keracunan makanan yang biasa ditemui ialah:

  • Loya, muntah, cirit-birit berair
  • Sakit perut dan kejang
  • Demam
  • Kurang tenaga dan lemah
  • Hilang selera makan
  • Sakit otot
  • Menggigil

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami perkara berikut:

  • Kerap muntah sehingga badan kurang menampung air;
  • Muntah berdarah atau najis berdarah
  • Cirit-birit lebih daripada 3 hari
  • Sakit atau kekejangan perut yang teruk
  • Suhu oral lebih daripada 38.6 C
  • Rasa haus berlebihan, mulut kering, sedikit atau tidak kencing, sangat lemah, pening kepala
  • Penglihatan kabur, lemah otot dan kesemutan pada tangan.

Punca

Apakah Punca Keracunan Makanan?

Anda boleh mengalami keracunan makanan jika termakan makanan atau minuman yang tercemar. Sewaktu penghasilan dan pemprosesan makanan, makanan boleh tercemar pada mana-mana tahap seperti sewaktu pertumbuhan, penapaian, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran atau penyediaan. Peralihan organisma berbahaya daripada satu permukaan ke permukaan yang lain adalah punca utama. Jika anda makan makanan yang tidak dimasak seperti salad atau selainnya, organisma berbahaya yang tidak dihancurkan sebelumnya boleh menyebabkan keracunan makanan.

Banyak bakteria, virus atau agen parasit bertanggungjawab menyebabkan keracunan makanan. Virus adalah punca utama, diikuti dengan bakteria.

Toksik juga menjadi punca. Toksik dihasilkan oleh bakteria pada makanan atau dihasilkan oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan atau organisma lain yang ditelan. Bahan kimia tertentu juga mempunyai toksik yang menyebabkan keracunan makanan.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Keracunan Makanan?

Terdapat banyak faktor risiko keracunan makanan, seperti:

  • Usia. Semakin tua, semakin lemah tindak balas sistem imuniti kepada organisma berjangkit
  • Wanita mengandung. Kehamilan boleh membawa perubahan kepada metabolisma dan aliran darah, yang menambahkan risiko keracunan makanan. Reaksi badan mungkin lebih teruk sewaktu kehamilan.
  • Bayi dan kanak-kanak. Sistem imuniti mereka masih belum lengkap berkembang.
  • Pesakit penyakit kronik, seperti ┬ádiabetes, penyakit hati atau AIDS.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Keracunan Makanan didiagnosis?

Diagnosis keracunan makanan bergantung kepada sejarah kesihatan, termasuklah berapa lama anda telah sakit, apa simptom dan apa yang telah anda makan. Doktor anda mungkin akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk memeriksa tanda penyahhidratan. Doktor juga mungkin akan melakukan ujian lain seperti ujian darah, kultur najis atau pemeriksaan mengesan parasit, untuk menentukan apa yang menyebabkan penyakit tersebut dan untuk mengesahkan diagnosis.

Sampel najis anda akan dihantar ke makmal untuk mengenal pasti organisma berjangkit tersebut. Dalam kes tertentu, punca keracunan makanan tidak dapat dikenalpasti.

Bagaimana pesakit Keracunan Makanan dirawat?

Bagi kebanyakan pesakit, keracunan makanan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari tanpa memerlukan rawatan, tetapi beberapa jenis keracunan makanan mungkin berlangsung lebih lama. Bagaimanapun, jika anda tidak sembuh, doktor akan memilih rawatan yang sesuai berdasarkan punca dan simptom anda.

Doktor boleh mencadangkan penggantian cecair badan. Air dan eletrolik, termasuklah mineral seperti sodium, potassium dan kalsium yang mengawal keseimbangan cecair dalam badan yang hilang kerana cirit-birit yang berterusan perlu diganti dalam bentuk garam dan cecair melalui vena untuk menghalang atau merawat penyahhidratan.

Antibiotik juga digunakan jika anda mengalami keracunan makanan disebabkan bakteria dan simptom yang teruk. Sewaktu kehamilan, rawatan antibiotik dengan segera dapat menghalang jangkitan kepada janin.

Jika anda tidak mengalami cirit-birit berdarah atau anda tidak mengalami demam, doktor akan menyarankan mengambil loperamide (Imodium A-D) atau bismuth subsalicylate (Pepto-Bismol).

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Keracunan Makanan?

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani keracunan makanan:

  • Rehatkan perut. Jangan makan dan minum selama beberapa jam
  • Cuba untuk menghirup air sedikit demi sedikit. Air soda yang jernih, stok atau minuman sukan yang tidak berkafein seperti Gatorade juga sesuai.
  • Makan semula. Anda dicadangkan untuk makan semula dengan makanan yang mudah, rendah lemak dan mudah dicerna seperti ┬ároti, biskut, gelatin, pisang dan nasi.
  • Rehat secukupnya kerana penyahhidratan dan sakit boleh melemahkan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Suka Tahan Lapar Sampai Pitam, Pesakit Gastrik Kena Patuhi 6 Pantang Larang Ini!

    Anda mempunyai masalah gastritis? Jangan berdiam diri sahaja! Patuhi 6 pantang larang gastrik ini untuk elak ia berlaku dan perut lebih sihat.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 10/06/2020 . 3 minit bacaan

    Pinggan Viral Bercorak Mungkin Nampak Cantik Tapi Bahaya, Baca Ini Sebelum Beli

    Tidak dinafikan, pinggan viral mungkin nampak cantik tapi bahaya ekoran terdapat plumbum di dalamnya. Klik artikel untuk tahu dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Berita, Berita Tempatan 03/06/2020 . 3 minit bacaan

    Kerap Ke Tandas Selepas Makan? Ini 9 Penawar Cirit Birit ‘Confirm’ Baik Jika Diamalkan!

    Tidak tahu apa perlu dibuat jika kerap ke tandas? Ini 9 cara dan ubat sakit perut cirit birit untuk anda. Termasuk makanan untuk cirit birit

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 19/05/2020 . 3 minit bacaan

    Alami Keracunan Makanan Bulan Puasa Ini? Ada 12 Benda Anda Perlu Ambil & Elak, Biar Cepat Sembuh

    Anda mengalami sakit perut sehingga muntah-muntah? Itu mungkin simptom keracunan makanan. Jom ketahui cara merawat keracunan makanan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 07/05/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    gastroenteritis virus

    Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut, Berkesan Ke Kalau Minum?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
    sindrom iritasi usus

    Perut Selalu Kembung & Berangin? Cuba Elak Ambil 7 Jenis Makanan Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 03/11/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    cyst ketika hamil

    Cyst Ketika Hamil Bahaya? Jika Mak Buyung Mendapat Cyst Ovari, Ambil Tahu Fakta Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 23/07/2020 . 3 minit bacaan