backup og meta

Pernah Muntah Kuning & Terasa Pahit Di Mulut? Ini Punca-Puncanya!

Pernah Muntah Kuning & Terasa Pahit Di Mulut? Ini Punca-Puncanya!

Pernahkah anda mengalami keadaan muntah di mana muntah yang keluar itu berwarna kuning? Muntah yang berlaku ini juga disebut sebagai muntah kuning gastrik.

Apakah puncanya dan adakah ia penyakit yang serius? Ikuti penerangan lanjut di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Mengapa muntah kuning boleh berlaku?

Refluks hempedu adalah satu keadaan yang menjejaskan fungsi perut. Ia berlaku disebabkan pergerakan bebas kandungan duodenum ke dalam perut dan juga usus kecil yang lain.

Dalam erti kata yang lebih mudah, cecair hempedu mengalir kembali ke dalam perut dan bukannya bergerak melalui usus kecil.

Keadaan ini juga dikenali sebagai refluks gastroesophageal.‌

Kadangkala apabila anda muntah, anda mungkin akan melihat bahan atau cecair berwarna kuning kehijauan yang berkemungkinan besar adalah cecair hempedu.

Jika anda muntah kuning gastrik seperti ini lebih daripada sekali, anda mungkin mengalami beberapa keadaan kesihatan yang menyebabkan masalah tersebut berlaku.

Cecair hempedu kuning biasanya disebabkan oleh perubahan yang terjadi dalam badan.

Namun, dalam kebanyakan kes, ia bukanlah satu perkara yang serius lebih-lebih lagi jika anda muntah ketika perut kosong.

Simptom muntah gastrik

muntah kuning

Ada beberapa simptom yang mungkin anda alami jika mengalami refluks gastroesophageal atau muntah gastrik pahit. Antaranya ialah:

#1. Cirit-birit

Ini adalah gejala utama refluks hempedu. Apabila asid hempedu tidak diserap semula dengan betul dari ileum, ia akan masuk ke dalam usus besar (kolon).

Ini kemudiannya boleh merengsakan lapisan kolon dan merangsang rembesan garam dan air.

#2. Masalah perut

Ini termasuklah masalah kembung perut, kekejangan, sakit perut, dan angin dalam perut yang berlebihan.‌

#3. Pedih ulu hati

Apabila anda merasakan sensasi terbakar yang berlaku ke bahagian tekak atau mulut, ia mungkin disebabkan oleh refluks hempedu.

Ia berlaku selepas waktu makan, dalam kedudukan terlentang, dan selepas membongkok atau mengangkat barang berat.

Pengambilan makanan dan minuman yang panas, pedas atau berasid juga sering menyebabkan pedih ulu hati.

#4. Muntah atau terjeluak

Ini berlaku apabila terdapat pengembalian kandungan gastrik ke dalam esofagus dan kerap terjadi di dalam mulut.

Ia boleh berlaku pada waktu siang atau malam. Makanan atau cecair yang dimuntahkan boleh menjadi berasid atau berasa pahit.

#5. Sakit dada

Sakit dada adalah simptom refluks hempedu yang agak jarang berlaku.

Tetapi ia boleh menjadi gejala yang membimbangkan bagi halangan mekanikal yang boleh menyebabkan muntah hempedu kuning.

Punca-punca muntah kuning gastrik

muntah kuning

Ada beberapa punca yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku. Antaranya ialah:

  • Kerap minum air atau minum secara berlebihan
  • Keracunan makanan
  • Muntah apabila perut kosong
  • Berlakunya penyumbatan dalam usus anda
  • Anda mungkin mengalami hernia hiatal
  • Berlaku peningkatan tekanan pada abdomen disebabkan oleh masalah obes atau berlebihan berat badan
  • Kesan ubat-ubatan tertentu
  • Mempunyai keadaan neurologi tertentu
  • Pengambilan minuman beralkohol secara berlebihan

Kaedah rawatan 

Ada beberapa rawatan yang tersedia bagi merawat keadaan muntah kuning ini. Namun, rawatan yang diberikan bergantung kepada punca yang menyebabkannya.

Sebagai contoh, jika anda mengalami muntah pahit disebabkan oleh keracunan makanan, maka anda akan dirawat dengan cara memasukkan air dan juga elektrolit ke dalam badan.

Jika anda mengalami muntah disebabkan oleh refluks hempedu, maka doktor mungkin akan memberikan dua jenis ubat iaitu asid ursodeoxycholic dan penyerap asid hempedu

Langkah-langkah mencegah muntah kuning pahit

muntah kuning

Jangan risau! Ada beberapa langkah pencegahan yang boleh mengurangkan keadaan ini daripada kerap berlaku. Ikuti tip-tip ini:

  • Makan makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap
  • Elakkan situasi yang menyebabkan anda tertekan atau stres
  • Berbaring dengan keadaan kepala tinggi sedikit daripada paras perut
  • Kurangkan berat badan anda jika obes atau berlebihan berat badan
  • Elakkan makan makanan berat dalam tempoh 2 atau 3 jam sebelum waktu tidur
  • Minum banyak air kosong untuk mengekalkan hidrasi badan selepas muntah
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol
  • Berhenti merokok
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan juga sayur-sayuran
  • Makan makanan yang tinggi kandungan serat

Kesimpulan

Muntah pahit seperti ini bukanlah satu perkara atau keadaan yang membimbangkan. Namun, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan jika kerap berlaku tanpa jangkaan.

Oleh itu, ikuti tip-tip yang kami kongsikan di atas untuk mengurangkan kejadian muntah pahit ini. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Bile reflux. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bile-reflux/symptoms-causes/syc-20370115. Accessed on December 27, 2022. 

Bowel Obstruction. https://www.health.harvard.edu/diseases-and-conditions/bowel-obstruction-a-to-z. Accessed on December 27, 2022.

Feeling sick (nausea). https://www.nhs.uk/conditions/feeling-sick-nausea/. Accessed on December 27, 2022.

Small Bowel Obstruction. https://muschealth.org/medical-services/ddc/patients/digestive-diseases/small-intestine/small-bowel-obstruction. Accessed on December 27, 2022.

Bile Reflux. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/22056-bile-reflux. Accessed on December 27, 2022.

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Usus Tersumbat Boleh Bawa Maut, Awasi Jika Anda Kerap Muntah & Kembung Perut!

Kerap Mual Dan Muntah Angkara Asid Refluks (GERD)? Cuba Amalkan Diet Khas Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan