backup og meta

Kanak-kanak & Remaja Boleh Alami Berak Berdarah, Ini 6 Punca Utamanya!

Kanak-kanak & Remaja Boleh Alami Berak Berdarah, Ini 6 Punca Utamanya!

Apabila anda menemui darah dalam najis anak anda tidak kira kanak-kanak atau remaja, pasti anda rasa bimbang, kan? Walau bagaimanapun, dengan memahami sebab berak berdarah di usia muda, ia boleh membantu anda mengenal pasti masalah dan mendapatkan rawatan yang sesuai untuk anak anda.

Apa punca berak berdarah di usia muda? Kenapa berdarah semasa berak? Adakah bahaya najis berdarah?

Kami akan menjelaskan beberapa punca berak berdarah di usia muda agar anda tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

6 sebab berak berdarah berlaku di usia muda

Sebenarnya, ada banyak sebab atau kemungkinan yang menjadi punca berak berdarah di usia muda.

Kadangkala ia bukanlah berkaitan dengan buasir semata-mata, tetapi disebabkan oleh penyakit atau keadaan lain dalam perut anda.

Keadaan ini pastinya membimbangkan, apatah lagi apabila berlaku pada anak-anak yang masih muda.

Ini antara punca berak berdarah di usia muda boleh berlaku.

#1. Buasir 

Buasir terjadi apabila terdapat saluran darah yang membengkak pada bahagian rektum atau dubur.

Walaupun buasir lebih kerap berlaku pada orang dewasa, ia juga boleh terjadi pada orang muda.

sebab berak berdarah
Jenis dan tahap buasir.

Ini disebabkan oleh ketegangan yang berlebihan semasa membuang air besar, sembelit, atau duduk terlalu lama.

Buasir boleh menyebabkan pendarahan, kesakitan, dan gatal-gatal pada kawasan yang terjejas.

#2. Sebab berak berdarah: Fisur dubur

Fisur dubur ialah koyakan kecil pada lapisan dubur yang biasanya disebabkan oleh najis yang keras atau besar.

Fisur ini boleh menyebabkan kesakitan dan pendarahan yang ketara semasa seseorang individu itu membuang air besar.

Pemakanan yang sihat, penghidratan yang mencukupi, dan krim luka boleh membantu mengurangkan gejala dan menggalakkan penyembuhan dengan cepat.

#3. Jangkitan gastrousus

Jangkitan gastrousus seperti gastroenteritis, boleh menyebabkan najis berdarah dalam kalangan individu yang masih muda.

Jangkitan ini selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria, yang membawa kepada cirit-birit, muntah, dan sakit perut.

Kebersihan tangan yang betul, amalan keselamatan makanan, dan air minuman yang bersih boleh membantu mencegah penyebaran jangkitan ini.

#4. Sebab berak berdarah: Penyakit radang usus (IBD)

sebab berak berdarah
Penyakit IBD juga boleh sebabkan berak berdarah.

Penyakit radang usus, termasuk penyakit Crohn dan kolitis ulseratif, adalah keadaan kronik yang menyebabkan keradangan pada saluran gastrousus.

Antara gejala yang boleh berlaku termasuklah najis berdarah, sakit perut, dan penurunan berat badan.

Walaupun IBD boleh menjejaskan individu daripada mana-mana peringkat umur, namun ia biasanya berlaku pada golongan akhir remaja atau awal dewasa.

Pilihan rawatan untuk merawat IBD termasuklah ubat, perubahan diet, dan juga pembedahan (bagi kes yang kronik).

#5. Polip usus

Polip usus adalah ketumbuhan bukan kanser yang boleh terbentuk dalam kolon atau rektum.

Dalam kes yang jarang berlaku, polip ini boleh menyebabkan najis berdarah, terutamanya jika ia menjadi agak besar atau bersifat merengsa.

Pemeriksaan yang kerap dan pengesanan awal boleh membantu mencegah komplikasi yang berkaitan dengan polip usus.

#6. Sebab berak berdarah: Alahan atau intoleransi makanan

sebab berak berdarah
Intoleransi laktosa adalah contoh alahan yang biasa berlaku.

Sesetengah alahan atau intoleransi makanan, seperti:

boleh menyebabkan najis berdarah pada orang muda.

Gejala biasanya berlaku selepas mengambil makanan yang bermasalah dan ini termasuklah cirit-birit, sakit perut, dan juga muntah.

Mengenal pasti dan mengelakkan makanan pencetus alahan boleh membantu mengurangkan gejala dan mencegah tindak balas agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Fakta penting:

  • Punca najis berdarah pada orang muda boleh terdiri daripada buasir dan fisur dubur sehinggalah kepada jangkitan gastrousus dan penyakit radang usus
  • Diet yang sihat, penghidratan yang mencukupi, dan kebersihan yang betul boleh membantu mencegah banyak keadaan ini, dan menggalakkan kesihatan gastrousus secara keseluruhan
  • Penting untuk anda berbincang dengan profesional perubatan jika kejadian najis berdarah berterusan, disertai dengan sakit teruk atau gejala lain yang berkaitan

Kesimpulan

Najis berdarah dalam kalangan orang muda boleh menjadi satu perkara yang agak membimbangkan.

Namun, dengan memahami sebab berak berdarah, ia adalah langkah pertama ke arah mencari kaedah pencegahan dan penyelesaian bagi keadaan tersebut.

Peringatan!

Jika anda mempunyai kebimbangan tentang kesihatan anak anda atau tidak pasti punca najis berdarah mereka, dapatkan nasihat daripada profesional penjagaan kesihatan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Stools – Blood In. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/stools-blood-in/. Diakses pada Mei 8, 2023. 

A to Z Symptom: Rectal Bleeding. https://kidshealth.org/Nemours/en/parents/az-symptoms-rectal-bleeding.html. Diakses pada Mei 8, 2023.

Stools with blood. https://uihc.org/health-topics/stools-blood. Diakses pada Mei 8, 2023.

Rectal Bleeding. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/14612-rectal-bleeding. Diakses pada Mei 8, 2023.

Bloody or tarry stools. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/bloody-or-tarry-stools. Diakses pada Mei 8, 2023.

Versi Terbaru

15/05/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selalu Sakit Pada Sebelah Kiri Ari-Ari? Ini Mungkin 6 Penyebabnya, Jangan Biarkan!

Atasi Masalah Perut Selalu Kembung Dengan 7 Cara Ini, Berkesan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 15/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan