Adakah anda kerap mengalami rasa sakit tapak tangan, kebas dan seakan-akan rasa renjatan di bahagian berhampiran dengan pergelangan tangan, yang kemudiannya merebak ke bahagian jari-jemari?
Jika anda jawab ‘YA’, besar kemungkinannya anda sedang mengalami sindrom Carpal Tunnel.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman sila dapatkannya di sini.
Sakit tapak tangan kerana Sindrom Carpal Tunnel
Sindrom Carpal Tunnel merujuk kepada himpunan simptom dan tanda yang berlaku apabila saraf Median mengalami tekanan, himpitan atau kompresi apabila ianya melalui terowong Carpal (Carpal Tunnel).
[embed-health-tool-bmi]
Carpal Tunnel adalah struktur anatomi, berbentuk satu laluan, mirip terowong, yang sempit di kawasan tulang-tulang Metacarpal yang menjadi laluan beberapa tendon dan juga saraf Median.
Saraf Median adalah saraf yang membekalkan keupayaan motor (otot) dan juga deria (sensasi) kepada bahagian permukaan lateral tapak tangan dan bahagian jari-jari lateral.
Justeru, apabila saraf Median ini mengalami tekanan, himpitan atau kompresi di dalam terowong ini, bahagian otot dan juga kawasan yang menerima bekalan deria dan motor daripada saraf ini akan terjejas, menjadi punca sakit tapak tangan dan mengembangkan simptom seperti:
- Rasa sakit , kebas atau rasa seperti renjatan yang bermula di bahagian bawah telapak tangan dan merebak ke ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
- Untuk melegakan rasa sakit dan kebas ini, pesakit biasanya akan menghayunkan tangan mereka beberapa kali.
- Sakit ini juga akan lazimnya, menjadi lebih teruk pada waktu malam. Apabila ianya menggangu keupayaan untuk tidur sehingga menyebabkan anda terjaga pada waktu malam, ianya dikira sebagai tahap penyakit yang teruk.
- Masalah dengan kekuatan genggaman tangan dan juga fungsi jari-jemari yang dibekalkan oleh saraf Median. Pesakit akan mula perasan masalah ini apabila sesuatu yang mereka pegang mula terlepas daripada genggaman mereka (cawan, pinggan, telefon bimbit, plastik membeli-belah)
- Apabila masalah himpitan saraf ini menjadi kronik dan teruk, pesakit akan mula perasan otot ibu jari di bahagian tapak tangan mula mengecil dan fungsi dan kekuatan tangan merosot dengan banyak.
Siapa yang berisiko?
Tekanan di dalam terowong Carpal dipengaruhi oleh beberapa perkara.
Antaranya adalah pergerakan pergelangan (fleksi dan extensi) tangan yang kerap dan berulang , dan juga mereka yang melakukan aktiviti yang kerap memberi tekanan kepada tapak tangan khususnya di bahagian tulang carpal.
Pekerjaan yang berisiko untuk mendapat penyakit ini antaranya adalah:
- Mereka yang kerap menulis (banyak membabitkan pergerakan tangan yang berulang) seperti guru, penulis, pekerja kilang buatan dan kerani pejabat.
- Mereka yang kerap menaip di komputer (banyak memberi tekanan kepada bahagian bawah tapak tangan) seperti editor, pereka grafik dan atlet sukan elektronik.
Keadaan yang membawa kepada pengumpulan cecair dalam badan juga boleh menyebabkan wujud rasa sakit tapak tangan dan akhirnya mengembangkan sindrom ini.
Contoh keadaan tersebut adalah penyakit tiroid, masalah buah pinggang, obesiti, kencing manis, menopaus dan juga ibu mengandung.
Namun yang demikian, sindrom Carpal Tunnel yang berlaku ketika hamil lazimnya akan hilang selepas bersalin kerana perubahan hormon dan pengumpulan cecair badan akan kembali normal selepas itu.
Baca juga: