backup og meta

5 Punca Sakit Betis Kaki Yang Anda Tak Tahu, Salah Satunya Sebab Salur Darah Menyempit!

5 Punca Sakit Betis Kaki Yang Anda Tak Tahu, Salah Satunya Sebab Salur Darah Menyempit!

Aduh, cramp pula! Kenapa saya selalu sakit betis kaki? Bagi mereka yang sering alami masalah ini, pasti anda ingin tahu punca betis sakit berdenyut.

Sebenarnya, ada banyak perkara yang boleh buatkan betis anda sakit. Terlebih senaman, kurang minum air dan penyakit tertentu boleh menyebabkan anda lebih berisiko untuk alami kekejangan.

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan mengenai sakit betis kaki dan apa yang anda boleh lakukan untuk mengurangkannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Mengapa saya sering sakit betis kaki?

betis kaki tegang
Jenis sakit kaki berdenyut.

Punca sakit betis sebelah kiri atau kanan berbeza mengikut individu.

Selalunya, kesakitan ini akan berlaku selepas bersenam, contohnya setelah anda berjalan atau berlari. Jika ini yang berlaku, anda mungkin perlu lakukan regangan sebelum bersenam untuk mengurangkan kesakitan.

Walau bagaimanapun, sakit betis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja walaupun mereka tidak bersenam. Puncanya juga berbeza-beza mengikut individu.

Namun, jika anda tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal, kesakitan yang dialami mungkin disebabkan masalah pada salur darah.

Secara amnya, ada dua punca utama sakit betis:

  • Kekejangan. Jika anda baru sahaja bersenam, tidak minum air dengan mencukupi atau mengalami kekurangan mineral tertentu, otot anda lebih berisiko untuk mengalami kekejangan. Walau bagaimanapun, kekejangan akan hilang dengan sendirinya tanpa sebarang ubat-ubatan
  • Otot tegang. Otot pada kawasan betis kita terdiri daripada dua jenis otot yang dikenali sebagai gastroknemius dan soleus. Sebarang ketegangan boleh menyebabkan otot anda menegang atau terkoyak

Namun, ada banyak lagi punca sakit betis, antaranya ialah kecederaan, neuropati diabetes, trombosis vena dalam (DVT) atau sciatica.

Siapa yang lebih berisiko mengalami sakit betis kaki?

sakit betis kaki
Petua hilangkan sakit pada betis kaki yang berkesan.

Kondisi ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Namun, ia lebih lazim dalam kalangan mereka yang kerap bersenam dan selalu menggunakan otot betis mereka.

Selain itu, individu yang berusia 65 tahun ke atas juga mempunyai risiko sakit betis yang lebih tinggi.

Disebabkan usia yang telah lanjut, otot mereka menjadi semakin lemah. Oleh sebab itu, warga emas lebih berisiko untuk alami sakit kaki.

Jika anda alami ketegangan otot, gunakan kaedah RICE untuk mengurangkan sakit betis kaki.

Tip untuk melakukan rawatan RICE:

  • R – Rest. Rehatkan kawasan yang terkesan
  • I – Ice. Letakkan pek ais pada betis yang sakit
  • C – Compress. Balut kaki yang sakit
  • E – Elevate. Tinggikan kaki melepasi paras dada

5 punca sakit betis kaki

Ada beberapa kondisi yang boleh menjadi punca lenguh betis kaki. Antaranya:

#1. Klaudikasi atau saluran darah menyempit

Kadangkala, anda boleh mengalami klaudikasi ketika berjalan atau berlari. Saluran arteri pada kawasan betis tiba-tiba menyempit lalu menyebabkan kesakitan.

Kondisi ini lebih lazim dalam kalangan penghidap diabetes dan perokok.

#2. Kontusi punca lenguh betis kaki

Anda mengalami kemalangan? Adakah kawasan betis juga terlibat? Jika ya, kecederaan ini boleh menyebabkan tisu otot di kawasan betis rosak. Lama-kelamaan, betis akan lebam dan rasa sakit.

Pastikan anda berjumpa doktor selepas kemalangan. Kontusi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sindrom kompartmen, satu kondisi yang menghalang darah daripada mengalir ke kawasan kaki.

Punca lenguh betis kaki #3. Kaki kejang

Kekejangan berlaku apabila otot tiba-tiba mengecut. Pengecutan inilah yang menyebabkan kaki anda kejang!

Kekejangan boleh berlaku dalam masa beberapa saat sahaja. Namun, kesannya boleh dirasai sehingga berhari-hari lamanya.

Kejang di kawasan kaki pada waktu malam merupakan sesuatu yang sangat lazim.

#4. Otot terlalu tegang

Anda lupa untuk panaskan badan sebelum bersenam? Selepas ini, pastikan anda peruntukkan masa yang cukup untuk lakukan warm-up.

Tanpanya, badan anda lebih mudah untuk alami kecederaan ketika bersenam.

#5. Trombosis vena dalam punca sakit betis kaki

Dalam kes yang lebih serius, betis sakit berdenyut yang anda alami mungkin berlaku disebabkan DVT.

DVT merupakan satu kondisi yang sangat serius. Ia menyebabkan pembentukan salur darah pada kawasan betis. Jika tidak dirawat, DVT boleh menyebabkan embolisme pulmonari. Ia boleh membawa maut!

Bolehkah sakit betis kaki dicegah?

betis sakit bila berjalan
Penyebab betis lenguh dan sakit.

Jawapannya, ya! Pastikan anda selalu lakukan regangan sebelum dan selepas bersenam untuk menguatkan otot paha.

Jangan bersenam terlalu kuat secara tiba-tiba. Mula secara perlahan-lahan, lebih-lebih lagi jika anda sedang mencuba regimen senaman baharu.

Dehidrasi boleh menyebabkan betis anda kejang. Oleh sebab itu, pastikan anda minum air dengan mencukupi.

Suplemen magnesium mungkin dapat membantu individu yang kerap alami sakit betis. Ia terbukti dapat mengurangkan kekejangan, terutamanya dalam kalangan wanita hamil.

Jika anda menghidap diabetes, pastikan kadar gula dalam darah terkawal untuk mengelakkan neuropati diabetes.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Calf Muscle Pain. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/22274-calf-muscle-pain. Accessed on November 11, 2022.
  2. Calf pain. https://www.healthdirect.gov.au/calf-pain. Accessed on November 11, 2022.
  3. Leg pain. https://www.mountsinai.org/health-library/symptoms/leg-pain. Accessed on November 11, 2022.
  4. Leg pain. https://www.mayoclinic.org/symptoms/leg-pain/basics/when-to-see-doctor/sym-20050784. Accessed on November 11, 2022.
  5. When walking makes your legs hurt. https://www.health.harvard.edu/pain/when-walking-makes-your-legs-hurt. Accessed on November 11, 2022.

Versi Terbaru

05/04/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Keadaan Sakit Kaki Yang Biasa Terjadi, Cari Puncanya Senang Nak Rawat Nanti

Kerap Mengalami Sakit Kaki, Ini 4 Senaman Mudah Untuk Pulihkan Kesakitan Kaki Anda


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 05/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan