backup og meta

Badan Bongkok? Ini Namanya Bongkok Sabut, Wanita Paling Ramai Kena!

Badan Bongkok? Ini Namanya Bongkok Sabut, Wanita Paling Ramai Kena!

Pernahkah anda dengar mengenai kifosis atau bongkok sabut? Kondisi yang menyebabkan badan bongkok ini lazim berlaku kepada warga emas, terutamanya wanita.

Sebenarnya, ada sebab mengapa wanita lebih berisiko untuk bongkok berbanding lelaki. Namun, sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai bongkok sabut dalam kalangan wanita, mari kenali apa itu kifosis dan punca-puncanya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Otot dan Tulang, sila dapatkannya di sini.

Apakah maksud kifosis?

Kifosis merupakan satu masalah postur badan yang juga dikenali sebagai Dowager’s hump atau bongkok sabut.

Individu yang mempunyai masalah bongkok akan mengalami kesakitan yang kronik. Malah, badan juga akan membengkok sehingga muka memandang tanah.

Walaupun lelaki boleh menghidap bongkok sabut, namun kondisi ini lebih lazim dalam kalangan wanita.

Wanita yang mempunyai penyakit seperti arthritis dan kelesapan tulang adalah yang paling terdedah kepada kifosis.

Arthritis juga boleh menyebabkan perubahan pada kawasan belakang badan yang akan membawa kepada masalah bongkok sabut.

Namun, kecederaan dan postur badan yang tidak betul juga boleh menyebabkan masalah bongkok dalam jangka masa panjang.

Selain itu, masalah hormon, tumor dan skoliosis juga boleh menyebabkan kifosis.

Tetapi, mengapa wanita lebih berisiko?

bongkok sabut
Wanita yang mengalami bongkok sabut.

Ada sebabnya mengapa wanita lebih berisiko mengalami bongkok sabut. Salah satunya adalah disebabkan hormon estrogen yang ada pada kaum Hawa.

Hormon ini membantu badan meregulasi proses resorpsi tulang. Melalui proses ini, badan akan memecahkan tisu tulang dan melepaskan mineral ke dalam darah.

Sama seperti tisu dan sel badan yang lain, tulang juga akan ‘menyalin’ sel lama dan menukarkannya kepada sel tulang yang baharu.

Sebelum menopaus, hormon estrogen akan mengekalkan keseimbangan proses resopsi tulang. Walau bagaimanapun, selepas wanita mencecah menopaus, penghasilan hormon ini akan turun dengan mendadak.

Akibatnya, wanita akan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kelesapan tulang dan osteoporosis. Malah, kadar kelesapan tulang akan menjadi cepat selepas menopaus.

Jika wanita tidak berhati-hati, tulang lama akan lebih cepat rosak dan badan juga tidak sempat untuk menggantikan sel lama dengan sel baharu.

Selain masalah kifosis, tulang juga akan menjadi lemah dan rapuh. Malah, aktiviti harian juga boleh menimbulkan masalah kepada wanita selepas menopaus.

Apa beza kifosis dan skoliosis?

bongkok sabut
Cara membetulkan postur badan.

Tulang belakang manusia selalunya mempunyai bengkokan di 3 tempat – satu di bahagian leher, di kawasan dada dan kemudiannya di kawasan bawah badan. Bentuk tulang belakang manusia menyerupai huruf S.

Tetapi, ada juga individu yang mengalami pembengkokan di kawasan yang tidak sepatutnya. Tulang belakang yang bengkok secara abnormal akan menyebabkan kesakitan, rasa kejang dan keletihan.

Simptom pula bergantung kepada darjah kebengkokan tulang belakang pesakit.

Tulang belakang manusia boleh bengkok disebabkan dua kondisi: Skoliosis atau kifosis. Walaupun nampak sama, dua kondisi ini sebenarnya sangat berbeza.

Penghidap skoliosis mempunyai tulang belakang yang berbentuk S atau C. namun, mereka yang menghidap kifosis pula akan menjadi bongkok.

Skoliosis lebih lazim dalam kalangan kanak-kanak yang sedang membesar dan remaja. Sama seperti kifosis, skoliosis juga lazim berlaku dalam kalangan wanita. Namun, penyakit ini merupakan masalah turun-temurun.

Perlukah saya mendapatkan rawatan untuk kifosis atau skoliosis?

bongkok sabut
Perbezaan fisioterapi dan kiropraktor.

Pesakit tidak memerlukan sebarang rawatan untuk kifosis atau skoliosis jika tidak mengalami sebarang kesakitan.

Walau bagaimanapun, tujuan utama rawatan dijalankan adalah untuk memastikan tulang belakang pesakit tidak membengkok dengan lebih teruk. Jika tidak dicegah, ia boleh memberikan tekanan pada saraf ketika pesakit menginjak ke usia yang lebih tua.

Rawatan, tidak kiralah secara pembedahan atau tidak, dapat membantu pesakit untuk menangani kesakitan yang dialami.

Malah, tanpa langkah pencegahan yang betul, pesakit akan mengalami kesukaran untuk melakukan banyak perkara, seperti berjalan jauh atau melakukan kerja rumah.

Lama-kelamaan, sistem saraf pesakit akan terjejas dan ini akan mempengaruhi kualiti hidup pesakit.

skoliosis
Senaman untuk badan bongkok.

Selain itu, ada juga senaman tertentu yang boleh menguatkan otot dan memperbaiki kelenturan pesakit.

Sebagai contoh, doktor mungkin akan mencadangkan beberapa bentuk terapi fizikal seperti:

  1. Kerap berjalan untuk memperbaiki postur badan.
  2. Lakukan senaman berimpak rendah seperti berenang.
  3. Lakukan regangan setiap hari.
  4. Kekal aktif.

Selain rasa sakit, kifosis jarang sekali menyebabkan masalah lain. Oleh sebab itu, doktor akan melakukan rawatan bergantung pada simptom yang pesakit alami.

Sama seperti kifosis, skoliosis juga boleh diuruskan dengan pemantauan rapi oleh doktor.

Pengambilan ubat tahan sakit secara over-the-counter dapat mengurangkan rasa sakit yang dialami. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Kyphosis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kyphosis/symptoms-causes/syc-20374205. Accessed on March 11, 2022. 
  2. Kyphosis. https://kidshealth.org/en/teens/kyphosis.html. Accessed on March 11, 2022.
  3. Kyphosis (Roundback) of the Spine. https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/kyphosis-roundback-of-the-spine/. Accessed on March 11, 2022. 
  4. Kyphosis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/kyphosis. Accessed on March 11, 2022. 
  5. Kyphosis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17671-kyphosis. Accessed on March 11, 2022. 
  6. Kyphosis. https://www.nhs.uk/conditions/kyphosis/. Accessed on March 11, 2022.

Versi Terbaru

19/10/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Sakit Belakang Ketika Bekerja? Tiba Masanya Anda Betulkan Postur Tubuh Badan!

Sudah Lama Menderita Sakit Belakang? Ini Masanya Untuk Ubah Posisi Tidur Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 19/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan