Pernahkah terjadi situasi di mana anda sedang membongkok, mencangkung atau sekadar bergerak kecil dan tiba-tiba sahaja keluar bunyi pada lutut? Sekiranya ia berlaku dan berulang, adakah anda tahu apa punca lutut berbunyi? Teruskan baca artikel ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Tulang & Otot, anda boleh klik di sini.
Apa maksud, simptom & kesan lutut berbunyi?
Kenapa lutut berbunyi? Kenapa lutut bunyi letup?
Normalnya, semua aktiviti yang berlangsung di dalam lutut tidak akan menyebabkan ia berbunyi namun masih boleh berlaku dan bunyi itu dikenali dengan nama crepitus atau joint noise.
Dalam kebanyakan kes dan masa, bunyi yang terhasil pada lutut tersebut adalah normal dan tiada apa yang perlu anda risaukan bahkan individu masih boleh menjalani hidup seperti biasa.
Namun, turut wujud risiko di mana punca lutut berbunyi itu adalah akibat kondisi yang berbahaya seperti kekoyakan, kecederaan atau kepatahan pada tulang serta sendi di dalam lutut individu.
Anda mungkin perlu jumpa doktor dengan kadar segera jika ia disertai dengan gejala kenapa lutut berbunyi di bawah ini:
- Kesakitan pada lutut
- Kekebasan pada lutut
- Kebengkakan pada lutut
- Tidak boleh membengkokkan lutut
- Tidak mampu meluruskan lutut
- Tidak larat untuk berdiri lama
Rupanya, ini punca kenapa lutut anda berbunyi!
Umumnya, bunyi pada lutut itu adalah fenomena yang normal dan boleh terjadi pada mana-mana sendi termasuk siku, bahu, jari dan lain-lain. Ia boleh mengeluarkan bunyi sama ada secara sengaja atau tidak dan kesemuanya tidak akan mendatangkan sebarang mudarat.
Pun begitu, ada beberapa sebab yang boleh jadi punca lutut berbunyi. Awasi perkara yang berikut:
#1. Geseran di antara tulang dan sendi
Lutut berbunyi saat digerakkan?
Seperti mana yang telah kami kata di atas tadi, lutut mempunyai beberapa jenis tulang serta sendi utama yang berfungsi untuk melindungi kawasan ini daripada hentakan atau tekanan berlebihan.
Apabila tulang dan sendi itu bergeser di antara satu sama lain, maka ia boleh mengeluarkan bunyi.
Punca lutut berbunyi #2. Gelembung udara
Di dalam jaringan tulang dan sendi pada lutut, wujud cairan yang berfungsi untuk melicinkan atau melincirkan pergerakan yang berlaku. Cairan ini berupa gelembung udara yang boleh pecah.
Apabila ia pecah akibat pergerakan yang terjadi di dalam lutut, maka akan keluar bunyi pada lutut. Anda tidak perlu risau jika ia pecah kerana cairan ini ada banyak dan tiada kesan buruk lain.
#3. Tisu meniskus koyak
Meniskus adalah tisu berbentuk seperti huruf C dan bergetah yang bertindak sebagai kusyen untuk lutut menyerap segala hentakan dan tekanan. Ia juga berfungsi menampung berat badan anda.
Kekoyakan pada tisu ini boleh terjadi jika lutut terpulas secara tiba-tiba akibat aktiviti fizikal berat lagi lasak. Angkaranya, ia akan mengeluarkan bunyi dan memerlukan rawatan lanjutan segera.
#4. Tisu kartilaj cedera mungkin punca lutut berbunyi
Kartilaj juga adalah tisu yang berfungsi untuk menyerap segala hentakan dan tekanan sama seperti tisu di atas tadi. Tisu ini turut boleh menjadi nipis, rosak dan mengalami kecederaan – artritis.
Kecederaan pada tisu ini biasa akan terjadi jika lutut mengalami hentakan atau tekanan berlebihan yang sekali gus akan mengakibatkan bunyi pada lutut dan biasa berlaku pada orang lewat usia.
Kenapa lutut berbunyi #5. Ligamen putus
Lutut memiliki 4 jenis ligamen utama iaitu anterior cruciate ligament (ACL), posterior cruciate ligament (PCL), medial collateral ligament (MCL) dan lateral collateral ligament (LCL).
Ligamen-ligamen ini boleh terputus angkara kecederaan akibat aktiviti fizikal yang terlalu lasak. Apabila ia putus pula, maka akan muncul bunyi, dan rawatan lanjutan segera amat diperlukan.
Kenapa lutut berbunyi #6. Tulang patah
Lutut memiliki 3 jenis tulang utama yang menghubungkan paha dengan betis iaitu femur – paha, tibia – betis dan patella – tempurung. Ia turut boleh patah lantas mengeluarkan bunyi kuat.
Kepatahan salah satu daripada 3 tulang utama ini atau tulang lain di sekitarnya adalah masalah yang sangat besar dan ia perlu dirawat dengan segera atau muncul komplikasi lain pula nanti.
#7. Kondisi pada tulang dan sendi
Kemerosotan pada tulang dan sendi juga adalah faktor risiko dan punca lutut berbunyi. Kondisi seperti osteoporosis, osteoartritis akan menyebabkan tulang dan sendi menjadi lemah sekali gus mengurangkan kemampuan dan kekuatan untuk ia kekal utuh!