backup og meta

5 Rutin Ini Bantu Kurangkan Risiko Tulang Patah & Reput, Jom Amalkan!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/03/2024

    5 Rutin Ini Bantu Kurangkan Risiko Tulang Patah & Reput, Jom Amalkan!

    Masalah tulang yang rapuh dan mudah patah adalah isu kesihatan yang biasa dialami oleh warga emas 1. Namun, ia bukanlah disebabkan faktor umur semata-mata. Ada banyak punca yang memungkinkan ia berlaku. Ramai juga tertanya-tanya, bolehkah mengambil susu tulang dalam diet seimbang sebagai salah satu cara pencegahannya? 

    Mari kita fahami dengan lebih lanjut apakah punca, tanda-tanda dan tip pencegahan masalah tulang rapuh ini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Otot dan Tulang, sila dapatkannya di sini.

    Punca tulang rapuh dan mudah patah

    Tulang yang rapuh dan mudah patah boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. 

    Antara penyebab utamanya adalah osteoporosis; iaitu satu keadaan di mana kepadatan dan kualiti tulang berkurangan lalu menjadikan tulang lebih mudah patah 2

    Faktor-faktor risiko penyakit osteoporosis termasuklah faktor genetik, penuaan, kekurangan kalsium dan vitamin D, serta gaya hidup tidak aktif 2

    Selain itu, pengambilan alkohol secara berlebihan dan merokok, serta penggunaan sesetengah ubat-ubatan seperti kortikosteroid dalam jangka panjang juga boleh meningkatkan risiko osteoporosis 2

    susu tulang

    Kekurangan nutrisi dan masalah hormon turut boleh menyumbang kepada kelemahan struktur tulang anda 2

    Wanita selepas menopaus pula mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat osteoporosis disebabkan perubahan tahap estrogen yang mempengaruhi kepadatan tulang 1

    Selain penyakit osteoporosis, kekurangan kalsium dan vitamin D dalam diet juga merupakan faktor risiko tulang menjadi rapuh dan mudah patah 3

    Kalsium adalah mineral penting untuk membina dan mengekalkan kekuatan tulang, manakala vitamin D pula diperlukan untuk penyerapan kalsium dalam badan 3

    Diet yang tidak seimbang dan kurang pendedahan kepada cahaya matahari yang merupakan sumber utama vitamin D, boleh menyebabkan kekurangan kedua-dua nutrien ini dalam badan 3.

    Disebabkan ada banyak punca tulang rapuh dan mudah patah, perkara ini tidak boleh diselesaikan dengan hanya mengambil susu tulang. Teruskan membaca untuk ketahui solusinya. 

    Tanda-tanda tulang rapuh dan mudah patah

    Osteoporosis atau tulang rapuh sering digelar sebagai “penyakit senyap” disebabkan ia tiada simptom ketara pada peringkat awal. Tetapi, terdapat tanda-tanda yang berkaitan dengan kehilangan kepadatan tulang yang menjadikan tulang lemah.

    Antara tanda-tanda tulang rapuh atau mudah patah ialah:

    • Tulang kerap dan mudah patah 2: Salah satu tanda  paling jelas adalah kekerapan kejadian patah tulang, terutamanya disebabkan oleh terjatuh atau impak yang tidak terlalu kuat. Tulang yang rapuh boleh menyebabkan tulang terpatah dengan mudah, walaupun hanya disebabkan oleh aktiviti harian biasa. Antaranya seperti patah pergelangan tangan, pinggul atau tulang lain, disebabkan terjatuh atau tekanan ringan
    • Selalu sakit belakang 2: Sakit belakang yang kerap juga boleh menjadi antara tanda biasa tulang rapuh. Ia disebabkan oleh tulang yang telah patah atau jatuh pada bahagian tulang belakang
    • Postur badan berubah: Perubahan postur badan juga adalah antara tanda tulang rapuh. Ini boleh menyebabkan kejadian bongkok atau perubahan bentuk badan yang lain 2
    • Ketinggian berkurangan 2: Individu yang mengalami osteoporosis juga mungkin mengalami penurunan ketinggian sebanyak 4cm atau lebih4. Ketinggian yang berkurangan ini menunjukkan pengurangan kepadatan tulang dan ia boleh dikesan melalui ujian seperti densitometri mineral tulang 5

    Ambil susu cegah risiko tulang rapuh?

    susu tulang

    Mencegah kejadian tulang rapuh dan mudah patah memerlukan pendekatan yang komprehensif, terutamanya bagi golongan warga emas. Walaupun susu baik untuk tulang, ia tidak boleh dicapai dengan hanya mengambil susu tulang bersama diet seimbang.

    Berikut adalah lima cara untuk mengurangkan risiko masalah ini yang perlu diamalkan oleh semua orang sejak usia muda:

    #1. Amalkan diet seimbang

    Pastikan diet anda mengandungi nutrien yang mencukupi, termasuk kalsium, vitamin D, protein dan mineral lain yang penting untuk kesihatan tulang 1

    Sumber kalsium termasuklah daripada susu seperti susu tulang tinggi kalsium, yogurt, keju, ikan bilis, ikan sardin dan sayuran berdaun hijau.

    #2. Jalani rutin aktiviti fizikal

    Bersenam secara teratur seperti berjalan, berlari dan melakukan senaman kekuatan dapat membantu meningkatkan kekuatan tulang dan otot 6

    Ini penting untuk mengurangkan risiko patah tulang atau terjatuh, terutamanya dalam kalangan warga emas.

    #3. Elakkan tabiat merokok dan pengambilan minuman beralkohol

    Merokok atau pengambilan alkohol yang berlebihan boleh melemahkan struktur tulang anda 1

    Elakkan tabiat buruk ini untuk menjaga kekuatan tulang yang berpanjangan. Pengambilan susu tulang tidak bermakna jika tabiat ini masih diteruskan.

    #4. Buat pemeriksaan kesihatan berkala

    Lakukan pemeriksaan kepadatan tulang secara berkala, terutamanya jika anda berumur lebih daripada 65 tahun untuk wanita dan 70 tahun untuk lelaki atau memiliki faktor risiko osteoporosis 7

    Ini membantu untuk mengesan sebarang masalah pada tulang lebih awal sebelum ia menjadi serius. Dapatkan nasihat doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut. 

    #5. Ambil susu kaya nutrien setiap hari

    susu tulang

    Adakah pengambilan susu tulang bagus? 

    Untuk pengetahuan anda, susu tulang seperti susu yang diperkaya dengan kalsium tinggi seperti susu tulang merupakan sumber kalsium yang baik dan penting untuk pembinaan dan pemeliharaan tulang yang kuat 8 9

    Susu yang diperkaya dengan vitamin D boleh membantu tubuh menyerap dan menggunakan kalsium dengan lebih berkesan 10

    Pengambilan susu tulang yang mengandungi nutrisi-nutrisi yang diperlukan boleh membantu dalam mengekalkan  kepadatan tulang yang sihat 11

    Ia juga membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan kejadian patah tulang, terutamanya dalam kalangan orang tua 12 13

    Ada ke susu untuk kuatkan tulang

    Pengambilan susu yang diperkaya dengan nutrien penting seperti Anlene Total 10 boleh memberikan kebaikan tambahan kepada tubuh. Ia sesuai  untuk diambil oleh warga emas mahupun generasi muda sebagai sebahagian daripada diet seimbang. Adalah penting untuk kita menyokong kekuatan tulang dan kesihatan yang menyeluruh setiap hari.

    Susu Anlene Total 10 dirumus khas dengan kandungan 28 bahan bermanfaat seperti:

    • Kalsium dan vitamin D: Dua gelas susu Anlene Total 10 membantu memenuhi 100%* kalsium dan vitamin D yang diperlukan sehari. (*berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium dan vitamin D, wanita berusia 51 – 65 tahun)  
    • Tinggi protein: Susu Anlene Total 10 mengandungi kandungan protein tinggi daripada sumber whey, kasein dan soya yang penting untuk pembinaan tisu dan penjagaan otot 
    • Kolagen dan vitamin C: Kolagen merupakan komponen penting pada tulang rawan sendi 14. Vitamin C merupakan sejenis antioksidan yang mengurangkan ancaman radikal bebas dalam badan termasuk sendi 15 
    • Vitamin B2, B6 dan B12: Diperkaya dengan vitamin B yang penting untuk membebaskan tenaga daripada makanan 16
    • Inulin: Sejenis prebiotik yang menyokong persekitaran usus yang baik 
    • Zat besi dan zink: Zat besi dan zink boleh membantu menyokong sistem imun warga emas 17
    • Kurang laktosa dan tiada sukrosa tambahan: Susu Anlene Total 10 kurang laktosa dan tiada sukrosa, menjadikannya pilihan yang bijak

    Dengan formula yang dirumus secara saintifik, Anlene Total 10 merupakan pilihan bijak bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan tulang.

    Kami menyarankan pengambilan susu seperti susu Anlene sebagai salah satu daripada diet harian anda. Anlene | Jenama susu dewasa No.1 yang disyorkan oleh profesional kesihatan 18

    BELI SEKARANG di Shopee – Diskaun RM5.00 dengan kod promosi ini: SELBYJI1

    Kesimpulan

    Kesihatan tulang yang baik adalah aset penting untuk menjalani kehidupan yang aktif dan sihat, bagi golongan yang telah berusia mahupun yang masih muda. 

    Pengambilan susu seperti Anlene Total 10 apabila diambil dalam diet seimbang bersama senaman kerap memainkan peranan penting dalam menjaga kekuatan dan kesihatan tulang, di samping mencegah risiko kejadian tulang rapuh.

    Jadi, jangan lupa untuk memasukkan Anlene Total 10 dalam diet harian anda atau orang tersayang untuk menyokong kesihatan tulang yang berterusan. 

    Dengan langkah-langkah pencegahan yang tepat dan pengambilan nutrisi yang sesuai, kita semua boleh menjalani kehidupan yang sihat walaupun pada usia yang telah lanjut.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/03/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan