backup og meta

5 Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik, Penting Kalau Anda Ada Gout!

5 Makanan Yang Dapat Menurunkan Asid Urik, Penting Kalau Anda Ada Gout!

Para pesakit penyakit gout pasti amat menitikberatkan tentang paras asid urik yang terlalu tinggi lalu lebih peka terhadap diet pemakanan mereka. Persoalannya, wujudkah sebarang minuman dan makanan yang dapat menurunkan asid urik selain daripada pengambilan ubat turunkan asid urik?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Tulang/Otot, anda boleh klik di sini.

Apa kaitan di antara asid urik dengan gout?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, anda kena tahu tentang 2 perkara utama dalam artikel ini iaitu asid urik dan gout.

Untuk pengetahuan anda semua, asid urik merupakan sejenis produk lebihan atau buangan yang akan terhasil ketika tubuh badan menguraikan bahan kimia bernama purin daripada makanan atau minuman.

Dijumpai di dalam darah, kebanyakan asid urik boleh larut di dalam darah, diproses oleh buah pinggang lalu dibuang dengan air kencing. Pun begitu, masih ada risiko untuk ia tertinggal di dalam tubuh badan.

Apabila asid ini berada pada paras yang terlebih tinggi berbanding normal, maka mungkin bakal terjadi masalah gout iaitu satu kondisi di mana kawasan sendi tertentu terutama pangkal jari kaki membengkak.

punca gout
4 sebab serangan gout berlaku.

Dalam usaha untuk mengelakkan gout berlaku, anda perlu mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi dengan kandungan purin bagi mengekalkan paras asid urik di dalam darah dan tubuh badan!

Makanan yang dapat menurunkan asid urik!

Cara menurunkan asid urik yang paling utama adalah dengan mengamalkan ubatan dengan preskripsi doktor. Selain itu, pengambilan makanan yang dapat menurunkan asid urik juga sama pentingnya.

Untuk tujuan itu pula, kami ada beberapa senarai makanan yang dapat menurunkan asid urik seperti berikut:

#1. Cara menurunkan asid urik dengan mengambil variasi jenis buah

Pertama, ramai pakar menyarankan agar mereka yang ada gout kerap mengambil ceri kerana buah ini mengandungi antosianin, yang mampu mencegah asid urik membentuk kristal dan memendap di sendi.

Dalam pada itu, buah pisang, epal dan satu keluarga sitrus yang tinggi kandungan vitamin C sudah pasti bagus untuk membantu menurunkan asid urik selain mendatangkan pelbagai manfaat daripada nutrisi lain.

#2. Minuman berkafein

makanan yang dapat menurunkan asid urik
Minuman berkafein dapat membantu mengurangkan simptom gout.

Minuman berkafein seperti kopi dan teh mungkin boleh membantu menurunkan asid urik. Buktinya, kajian melibatkan lebih 2 ribu individu yang minum kopi atau teh sekitar 5 cawan sehari, memiliki 7% kadar asid urik lebih rendah.

Dalam pada itu, ia juga dipercayai mampu mengurangkan kebengkakan dan kesakitan pada sendi akibat kondisi gout.

Cara hilangkan asid urik dengan cepat #3. Ambil makanan berserat

Makanan berserat yang terdiri daripada tumbuhan, bijian, sayuran dan kekacang mampu membantu sistem pencernaan mencegah penyerapan purin secara berlebihan. Ini sekali gus akan menurunkan paras asid urik di dalam tubuh badan.

Tambahan itu lagi, ia turut dipercayai bakal menggalakkan lagi proses perkumuhan asid ini di dalam darah serta usus.

#4. Produk tenusu

Antara makanan yang dapat menurunkan asid urik lain adalah produk tenusu seperti susu, keju, yogurt dan lain-lain.

Menurut kajian yang melibatkan susu lembu, pengambilan produk hasil daripada haiwan ini akan menurunkan risiko gout ekoran ia dapat meningkatkan hampir 40% aktiviti perkumuhan asid urik daripada tubuh badan!

#5. Vitamin C bagus untuk gout

Buat pesakit gout, anda mungkin tahu bahawa cara tradisional menurunkan asid urik adalah dengan mengambil suplemen atau diet yang tinggi dengan vitamin C dan ia antara langkah efektif.

Alasannya, pengambilan sebarang jenis sumber vitamin ini sekitar 500 gram sehari sudah cukup untuk menurunkan paras asid urik. Kesannya, anda sudah pasti dapat mengurangkan lagi risiko masalah gout.

jenis vitamin C
Kelebihan vitamin C dalam merawat masalah gout.

Apa lagi cara menurunkan asid urik lain?

Selain daripada pengambilan ubatan dan makanan yang tepat, kalian juga boleh mengawal asid urik lantas mencegah masalah gout daripada berlaku dan berulang dengan beberapa langkah penting berikut:

  • Minum air kosong dengan lebih kerap
  • Buang tabiat buruk seperti mengambil alkohol, rokok atau dadah
  • Mengekalkan berat badan yang ideal
  • Mengelakkan stres dan masalah emosi

Kesimpulan

Jika anda masih ragu-ragu tentang apa-apa cara, ubatan dan makanan yang dapat menurunkan asid urik dalam tubuh badan, segera jumpa doktor atau pakar diet untuk mendapatkan maklumat dan nasihat lanjut!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. High Uric Acid Level, https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17808-high-uric-acid-level, Accessed 29 Mar 2023.
  2. Gout Causes and Treatments, https://orthoinfo.aaos.org/en/diseases–conditions/gout/, Accessed 29 Mar 2023.
  3. Diet and Gout, https://healthy.kaiserpermanente.org/health-wellness/health-encyclopedia/he.diet-and-gout.ty2036, Accessed 29 Mar 2023.
  4. Gout diet: What’s allowed, what’s not, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/gout-diet/art-20048524, Accessed 29 Mar 2023.
  5. Which Foods are Safe for Gout?, https://www.arthritis.org/health-wellness/healthy-living/nutrition/healthy-eating/which-foods-are-safe-for-gout, Accessed 29 Mar 2023.

Versi Terbaru

13/12/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ambil 7 Jenis Makanan Sihat Ini Untuk Membina Kekuatan Tulang

29 Punca Sakit Sendi Yang Anda Mungkin Terlepas, Patutlah Selalu Lenguh Badan!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan