backup og meta

Mak Ayah Ada Darah Tinggi? Cuba 9 Cara Ini Untuk Turunkannya Dengan Cepat!

Mak Ayah Ada Darah Tinggi? Cuba 9 Cara Ini Untuk Turunkannya Dengan Cepat!

Adakah terdapat sebarang makanan menurunkan darah tinggi? Atau mungkin ada jenis minuman turunkan darah tinggi? Bagi anda yang menghidap masalah darah tinggi atau hipertensi ini, berikut adalah sembilan cara dan petua turunkan darah tinggi dengan cepat. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Penyakit Jantung, anda boleh klik di sini.

Punca dan faktor risiko darah tinggi

Adakah darah tinggi boleh turun?

Tekanan darah tinggi atau dikenali sebagai hipertensi, adalah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh ramai individu terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Hipertensi berlaku apabila tekanan darah dalam arteri meningkat, yang boleh membawa kepada komplikasi kesihatan seperti strok atau serangan jantung.

Kondisi ini sering digelar sebagai “pembunuh senyap” kerana ia boleh berkembang tanpa sebarang simptom yang ketara.

Ramai individu mungkin tidak menyedari bahawa mereka sebenarnya sedang menghidap darah tinggi.

Faktor-faktor risiko penyakit ini termasuklah gaya hidup tidak sihat, keturunan dan faktor umur.

Memandangkan penyakit hipertensi boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan yang serius, adalah penting untuk kita memahami cara-cara untuk mencegah dan mengawalnya.

9 petua turunkan darah tinggi dengan cepat

Ada pelbagai cara yang boleh anda lakukan bagi mengawal atau menurunkan bacaan darah tinggi anda.

Sembilan petua turunkan darah tinggi dengan cepat di bawah ini adalah yang telah terbukti berkesan secara saintifik.

Anda boleh cuba amalkan untuk kawal dan turunkan tekanan darah bermula hari ini:

#1. Kurangkan garam dalam diet

petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Garam boleh meningkatkan tekanan darah.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh mengekalkan lebih banyak air.

Ini meningkatkan beban pada jantung dan tekanan pada arteri.

Dengan mengurangkan garam dalam diet, kita dapat membantu arteri untuk kurangkan bebannya dan meningkatkan aliran darah, sekali gus menurunkan tekanan darah.

#2. Petua turunkan darah tinggi dengan cepat: Makan buah pisang

Buah pisang adalah sumber kalium semula jadi yang baik.

Kalium membantu menyeimbangkan kandungan natrium dalam tubuh kita dan mengurangkan kesan negatif garam.

Jika kita makan pisang, kita dapat membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan hipertensi.

#3. Minuman turunkan darah tinggi: Teh hijau

Teh hijau adalah minuman terkenal yang sangat kaya dengan antioksidan.

Flavonoid dalam teh hijau membantu dalam mengembangkan arteri, membolehkan darah mengalir dengan lebih mudah dan dengan itu menurunkan tekanan darah.

#4. Kerap bersenam atau melakukan aktiviti fizikal

Aktiviti fizikal membantu meningkatkan kesihatan jantung dan arteri.

Ia juga membantu dalam meningkatkan keupayaan jantung untuk mengepam darah.

petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Senarai bacaan tekanan darah.

Hal ini kemudiannya akan mengurangkan tekanan pada arteri dan menurunkan tekanan darah.

#5. Petua turunkan darah tinggi dengan cepat: Kurangkan pengambilan kafein

Kafein boleh menyebabkan peningkatan sementara dalam tekanan darah anda.

Walaupun kesan jangka panjangnya masih diperdebatkan, namun adalah lebih baik untuk anda mengurangkan pengambilan kafein jika mempunyai tekanan darah tinggi.

#6. Makanan menurunkan darah tinggi: Coklat gelap

Coklat gelap terutamanya yang mengandungi lebih daripada 70% koko adalah kaya dengan flavonoid.

Flavonoid membantu:

  • mengembangkan arteri
  • memperbaiki aliran darah
  • menurunkan tekanan darah

#7. Petua turunkan darah tinggi dengan cepat: Minum air lemon sebagai minuman turunkan darah tinggi

petua turunkan darah tinggi dengan cepat
Lemon juga boleh membantu menurunkan darah tinggi.

Lemon terutamanya jus lemon adalah sumber vitamin C yang baik.

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan dengan mengurangkan keradangan dan membantu arteri berfungsi dengan lebih baik.

Kesannya, tekanan darah anda juga akan semakin baik dan terkawal. 

#8. Elakkan alkohol dan merokok

Alkohol dan rokok boleh menyebabkan arteri menyempit lalu meningkatkan risiko hipertensi.

Dengan mengelakkan atau mengurangkan kedua-dua perkara ini, kita dapat membantu menjaga arteri kita dalam keadaan yang lebih baik dan menurunkan tekanan darah.

#9. Amalkan teknik relaksasi

Stres adalah salah satu faktor utama yang menyumbang kepada hipertensi.

Dengan mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi atau pernafasan dalam, kita dapat membantu mengurangkan stres dan tekanan darah.

Kesimpulan

Mengawal tekanan darah tinggi adalah penting untuk kesihatan jangka panjang kita.
Menerusi langkah-langkah pencegahan seperti yang dinyatakan di atas, kita boleh menjaga kesihatan arteri dan mengurangkan risiko komplikasi yang berkaitan dengan hipertensi.
Adalah penting untuk anda berbincang dengan doktor sebelum membuat sebarang perubahan kepada rutin atau diet anda. Selamat mencuba!

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Natural Ways to Lower Blood Pressure. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/high-blood-pressure-hypertension/natural-ways-to-lower-blood-pressure. Diakses pada September 19, 2023. 

10 ways to control high blood pressure without medication. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20046974. Diakses pada September 19, 2023.

How to reduce your blood pressure: 6 top tips. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/heart-matters-magazine/research/blood-pressure/blood-pressure-tips. Diakses pada September 19, 2023.

Changes You Can Make to Manage High Blood Pressure. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/changes-you-can-make-to-manage-high-blood-pressure. Diakses pada September 19, 2023.

5 Natural Ways to Lower Blood Pressure. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/january/lower-blood-pressure-naturally. Diakses pada September 19, 2023.

Versi Terbaru

12/04/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Tekan Pergelangan Tangan Untuk Periksa Nadi? Ini Cara Yang Betul

Ada 5 Jenis Ubat Darah Tinggi, Ketahui Kesan Sampingan Bagi Setiap Satunya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan