Bagaimanakah Strok Pediatrik Berbeza Daripada Strok Dewasa?

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    Bagaimanakah Strok Pediatrik Berbeza Daripada Strok Dewasa?

    Apabila menyentuh tentang pesakit strok, anda mungkin membayangkan orang tua yang mengalami tekanan darah tinggi, tanpa memikirkan strok juga boleh berlaku kepada bayi atau kanak-kanak. Ya, malangnya, strok boleh menjejaskan semua orang pada sebarang usia. Walau bagaimanapun, strok pediatrik dan strok dewasa tidak sama. Ketahui apakah perbezaan kedua-duanya.

    Jenis-jenis strok yang paling lazim

    Bagi orang dewasa, kebanyakan strok (kira-kira 80%) adalah disebabkan oleh penyumbatan dan pembekuan darah. Dan, kira-kira 20% strok pada orang dewasa disebabkan oleh pendarahan ke otak. Sementara buat kanak-kanak, sehingga 50% kes strok adalah disebabkan oleh penyumbatan dan pembekuan darah, dan kes-kes lain datang daripada pendarahan ke otak.

    Dalam tahun pertama kehidupan, kanak-kanak mempunyai peluang besar untuk mengalami strok. Strok juga dilaporkan berlaku semasa tempoh perinatal. Sekitar 80-90% kes disebabkan oleh penyumbatan, 10-20% disebabkan oleh pendarahan ke otak.

    Punca dan faktor risiko

    Faktor risiko strok pada kanak-kanak adalah berbeza daripada orang dewasa.

    Dalam kalangan orang dewasa, faktor risikonya termasuklah tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular (jangkitan jantung, kecacatan jantung, kegagalan jantung atau irama jantung yang tidak normal), obesiti, lebihan berat badan, kekurangan aktiviti fizikal.

    Dalam kalangan kanak-kanak pula, faktor risiko termasuk penyakit jantung, kecacatan kelahiran, penyakit sel sabit, masalah pembuluh darah yang membekalkan otak, gangguan pembekuan darah, jangkitan, trauma kepala, dehidrasi. Untuk strok perinatal, punca utama tidak diketahui tetapi faktor risiko mungkin termasuk penyakit jantung kongenital, dehidrasi, jangkitan, gangguan pembekuan darah, atau masalah dengan plasenta. Sekarang anda dapat lihat, faktor risiko strok pada orang dewasa jauh berbeza daripada strok pada kanak-kanak.

    Tanda-tanda dan simptom

    Pada kanak-kanak kecil, sawan yang melibatkan satu kaki atau lengan biasanya merupakan simptom pertama strok. Tetapi pada orang dewasa, sawan tidak biasa terjadi.

    Ini kerana, bayi yang baru lahir, kemahiran bahasa atau berjalan mereka masih belum berkembang, justeru mereka tidak dapat menunjukkan simptom seperti masalah berjalan atau pertuturan yang tidak jelas seperti orang dewasa.

    Pencegahan dan rawatan strok

    Pencegahan dan rawatan strok pada kanak-kanak juga berbeza.

    Pada orang dewasa, clot-buster yang dipanggil tPA (Tissue Plasminogen Activator) digunakan untuk merawat strok iskemia. Ia boleh mencairkan bekuan darah. Walau bagaimanapun, tPA tidak disyorkan untuk kanak-kanak, terutama bayi. Tiada bukti bahawa tPA selamat untuk kumpulan umur ini.

    Disebabkan tanda pertama sering merupakan strok awal, jadi sukar untuk mencegah strok pada kanak-kanak. Diagnosis awal mungkin membantu mencegah komplikasi dan pengurusan faktor risiko asas mungkin membantu mengurangkan peluang berulang dan meningkatkan kualiti hidup.

    Strok pediatrik berbeza daripada strok dewasa. Pemahaman tentang perbezaan ini boleh membantu ibu bapa melindungi anak-anak mereka dengan lebih baik: diagnosis yang lebih baik, rawatan yang lebih baik, dan pemulihan yang lebih baik. Ingatlah bahawa anak anda boleh mengalami strok, sama seperti orang lain.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Fakta Disemak oleh

    Hello Doktor Medical Panel


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 26/11/2019

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan