Sebagai pesakit hipertensi, anda mungkin akan tertanya-tanya, sampai bilakah anda perlu memakan pil darah tinggi ini bukan?
Anda mungkin sudah menjadi bosan kerana menelan pil yang sama dan tidak tahu bilakah anda patut berhenti mengambilnya atau terfikir apakah kesan jika berhenti mengambilnya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Tekanan darah tinggi dan faktor risikonya
Pil darah tinggi kebiasaannya diambil oleh pesakit dalam tempoh yang lama sehingga timbul persoalan sampai bilakah ia harus diambil.
Persoalan ini harus dilihat secara holistik melibatkan tekanan darah dan faktor risikonya seperti berat badan, kolesterol dan genetik.
Selepas semua ini diperhatikan, barulah keputusan untuk meneruskan atau berhenti mengambil ubat darah tinggi boleh dibuat.
Apa pun keputusannya, pastikan ia dilakukan oleh doktor yang bertauliah. Jangan membuat keputusan sendiri!
Baca juga:
Pil darah tinggi: Ada faktor risiko yang boleh dan tidak boleh diubah
Antara semua faktor risiko yang ada, sebahagiannya boleh diubah dan dikawal manakala sebahagian yang lain adalah kekal dan tidak boleh diubah.
Faktor risiko yang boleh diubah:
Faktor risiko yang tidak boleh diubah:
- Umur
- Sejarah keluarga (genetik)
- Penyakit buah pinggang kronik
Jika telah terbukti tekanan darah tinggi yang anda berpunca daripada faktor yang boleh diubah, pengambilan ubat mungkin boleh dihentikan apabila anda telah mencapai target yang dimahukan.
Ini seperti penurunan berat badan, tabiat pemakanan serta aktiviti fizikal yang memuaskan.
Tiada angka yang khusus, tetapi perubahan yang positif secara amnya boleh menjadi ukuran. Namun, jika tekanan darah kembali naik selepas berhenti, anda perlu mengambil ubat semula.
[embed-health-tool-heart-rate]
Sebaliknya, jika berpunca daripada faktor yang tidak boleh diubah, kebiasaannya pesakit tidak boleh berhenti mengambil ubat-ubatan kerana dikhuatiri menyebabkan tekanan darah tinggi naik.
Dalam kebanyakan kes (90%), tiada punca khusus dapat dikenal pasti.
Jangan takut ambil pil darah tinggi
Antara kebimbangan ramai orang adalah risiko dan komplikasi daripada pengambilan ubat darah tinggi dalam tempoh yang panjang.
Jika doktor masih belum memberikan lampu hijau untuk berhenti, perkara terbaik yang anda boleh lakukan adalah terus mengambil ubat tersebut.
Ubat-ubatan darah tinggi adalah selamat. Ia tidak menyebabkan ketagihan dan kesan sampingan yang mungkin ada adalah boleh diuruskan.
Malah, kajian dengan jelas menunjukkan kelangsungan hidup yang lebih lama dalam kalangan pesakit yang mengambil ubat dengan disiplin.
Kesimpulan
Apabila anda disahkan sebagai individu yang mempunyai masalah darah tinggi, jangan sesekali mengingkari segala arahan dan nasihat doktor perubatan berkenaan pengambilan ubat.
Percayalah bahawa setiap apa yang disarankan dan dinasihatkan oleh doktor itu adalah untuk kebaikan diri anda semata-mata.