backup og meta

Kalau Tak Pantau Tekanan Darah, Bimbang Dapat 3 Penyakit Kronik Ini, Termasuklah Strok!

Kalau Tak Pantau Tekanan Darah, Bimbang Dapat 3 Penyakit Kronik Ini, Termasuklah Strok!

Anda mungkin telah tahu bacaan tekanan darah normal. Bagaimana pula dengan tekanan darah yang tidak normal, dan apakah kesan buruknya? Untuk mengetahui bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya berserta kesannya, sila lihat artikel di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Jantung, anda boleh klik di sini.

Apakah maksud bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya?

Bacaan tekanan darah normal adalah kurang daripada 120/80 mmHg. Manakala bagi tekanan darah tinggi atau hipertensi, bacaan tekanan darah yang diperoleh adalah lebih tinggi daripada bacaan tersebut.

Tekanan darah boleh berubah-ubah sepanjang hari berdasarkan aktiviti anda.

Mempunyai ukuran tekanan darah secara konsisten melebihi bacaan normal mungkin menandakan bahawa anda mengalami tekanan darah tinggi atau hipertensi.

Lebih tinggi tahap tekanan darah anda, maka lebih banyak risiko anda untuk masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, serangan jantung, dan juga strok.

Doktor boleh mendiagnosis tekanan darah tinggi dan membuat keputusan rawatan dengan menyemak tahap tekanan darah sistolik dan diastolik anda.

bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya

Sesetengah doktor mendiagnosis pesakit dengan tekanan darah tinggi jika tekanan darah mereka secara konsisten menunjukkan bacaan 140/90 mm Hg atau lebih tinggi.

Had ini adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan pada tahun 2003.

Manakala doktor lain pula akan mendiagnosis pesakit darah tinggi jika tekanan darah mereka konsisten berada pada bacaan 130/80 mm Hg atau lebih tinggi.

Had ini pula adalah berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan pada tahun 2017.

Apa punca bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya?

Tekanan darah tinggi biasanya berkembang dari semasa ke semasa.

Ia boleh berlaku disebabkan faktor pilihan gaya hidup yang tidak sihat, seperti tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi.

Keadaan kesihatan tertentu, seperti diabetes dan obesiti juga boleh meningkatkan risiko mendapat tekanan darah tinggi.

Tekanan darah tinggi juga boleh berlaku semasa kehamilan.

Apa kesan buruk tekanan darah tinggi?

Bagi mereka yang mempunyai bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya, terdapat beberapa risiko yang sangat membimbangkan jika anda tidak mengawalnya.

Tekanan darah tinggi yang tidak normal boleh merosakkan tubuh badan anda dalam pelbagai cara.

Antaranya ialah:

#1. Strok dan masalah berkaitan otak

bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya

Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan arteri yang membekalkan darah dan oksigen ke otak menjadi pecah atau tersumbat. Ini sememangnya boleh menyebabkan kejadian strok.

Sel-sel otak akan mati semasa strok kerana ia tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Strok boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius dalam pertuturan, pergerakan dan aktiviti asas yang lain.

Strok juga boleh membunuh anda.

Selain itu, mempunyai tekanan darah tinggi terutamanya sewaktu pertengahan umur, telah dikaitkan dengan penurunan fungsi kognitif dan juga demensia.

#2. Penyakit dan serangan jantung

Bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya juga boleh menyebabkan masalah berkaitan jantung.

Tekanan darah tinggi boleh merosakkan arteri anda dengan menjadikannya kurang elastik, dan kemudiannya mengurangkan aliran darah dan oksigen ke jantung.

Ini boleh membawa kepada penyakit jantung. Di samping itu, penurunan aliran darah ke bahagian jantung juga boleh menyebabkan:

  • Sakit dada yang turut dipanggil angina
  • Serangan jantung, yang berlaku apabila bekalan darah ke jantung anda tersumbat dan otot jantung mula mati tanpa oksigen yang mencukupi. Semakin lama aliran darah tersekat, semakin besar kerosakan pada jantung
  • Kegagalan jantung, keadaan di mana jantung anda tidak dapat mengepam darah dan oksigen yang mencukupi ke organ yang lain

#3. Penyakit buah pinggang

bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya

Individu dewasa yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi, atau kedua-duanya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik berbanding mereka yang tidak mempunyai keadaan ini.

  • Cara cegah bacaan tekanan darah tinggi yang bahaya

    • Berhenti merokok jika anda merokok. Ini termasuklah vape, shisha dan lain-lain lagi
    • Lakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal setiap minggu
    • Kawal stres yang dialami
    • Makan diet dan amalkan pemakanan yang sihat
    • Kawal berat badan anda. Turunkan berat badan jika perlu

Kesimpulan

Anda perlu sentiasa mendapatkan bacaan tekanan darah tinggi normal.

Hal ini kerana, jika tekanan darah anda sentiasa tinggi setiap masa, anda berdepan dengan banyak risiko untuk mendapat penyakit kronik.

Ini termasuklah serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan masalah berkaitan otak yang lain. 

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

High blood pressure. https://www.stroke.org.uk/what-is-stroke/are-you-at-risk-of-stroke/high-blood-pressure. Accessed on November 23, 2022. 

High Blood Pressure and Stroke. https://www.stroke.org/-/media/Stroke-Files/Lets-Talk-About-Stroke/Risk-Factors/Stroke-and-High-Blood-Pressure-ucm_493407.pdf. Accessed on November 23, 2022. 

High blood pressure dangers: Hypertension’s effects on your body. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20045868. Accessed on November 23, 2022. 

High blood pressure. https://strokefoundation.org.au/about-stroke/prevent-stroke/high-blood-pressure. Accessed on November 23, 2022. 

How High Blood Pressure Can Lead to Stroke. https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/health-threats-from-high-blood-pressure/how-high-blood-pressure-can-lead-to-stroke. Accessed on November 23, 2022. 

Versi Terbaru

27/02/2023

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini Panduan Lengkap Bacaan Tekanan Darah! Kanak-kanak & Orang Dewasa Beza Bacaannya?

Tabiat Makan Punca Tekanan Darah Naik Dan Turun? Ini Penjelasannya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 27/02/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan