backup og meta

Bacaan Tekanan Darah Berbeza Ikut Umur, Tapi Ada Cara Mudah Nak Pantau Setiap Masa!

Ada banyak sebab mengapa anda perlu tahu perbezaan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur termasuk bacaan jika tekanan darah tinggi mahupun normal.

Purata bacaan darah normal berbeza bergantung jantina dan akan meningkat seiring dengan usia.

Maka, penting untuk kita ketahui bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur serta yang normal!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apakah maksud bacaan tekanan darah?

Sebelum bermula, anda perlulah tahu maksud bacaan tekanan darah dengan lebih terperinci.

Bacaan tekanan darah terdiri daripada dua nombor. Kedua-dua nombor ini memainkan peranan yang sangat penting.

Nombor pertama ialah bacaan sistolik yang menandakan tekanan darah dalam arteri semasa jantung berdegup.1 Nombor kedua pula ialah bacaan diastolik yang menandakan tekanan darah dalam arteri.1

Sebenarnya, anda bukan hanya perlu fokus pada bacaan tekanan darah rendah mengikut umur sahaja! Apa yang anda perlu tahu sebenarnya adalah, apa yang normal dan bila anda perlu risau. 

Terdapat banyak punca tekanan darah rendah dan tanda tekanan darah rendah yang anda perlu tahu. Jangan lupa gejala untuk tekanan darah tinggi juga ya. 

Kedua-dua tekanan darah rendah dan tinggi ini boleh membahayakan kesihatan dan mengancam nyawa jika tidak dirawat.

tekanan darah
Cara membaca tekanan darah dengan tepat.

Bagi mereka yang ingin memeriksa bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, selain untuk melihat jika ia tinggi atau normal, anda boleh rujuk infografik di atas:

Berapakah bacaan tekanan darah yang normal bagi orang dewasa?


Menurut American Heart Association, bacaan tekanan darah yang normal untuk orang dewasa berusia 20 tahun ke atas ialah kurang daripada 120/80 mm Hg.2

Mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi pula mempunyai bacaan sistolik lebih daripada 130 mm Hg atau bacaan diastolik melebihi 80 mm Hg.2

Sebagai panduan, anda boleh rujuk bacaan di bawah:1

  • 140/90 mm Hg atau lebih tinggi – Anda mempunyai tekanan darah tinggi. Risiko penyakit kronik juga akan meningkat. Jika anda disahkan menghidap hipertensi, doktor akan membekalkan ubat-ubatan untuk menurunkan tekanan darah anda
  • 120/80 mm Hg hingga 140/90 mm Hg – Hampir menghidap darah tinggi. Ia turut dikenali sebagai prahipertensi
  • 90/60 mm Hg hingga 120/80 mm Hg – Tekanan darah normal. Ini bermaksud bacaan tekanan darah anda berada dalam julat yang sihat
  • 90/60 mm Hg atau lebih rendah – Anda mungkin mempunyai tekanan darah rendah. Kondisi ini boleh menyebabkan anda sering rasa letih dan mudah pitam

Ini bacaan tekanan darah rendah mengikut umur. Yang tinggi pun kena tahu juga!

Apabila kita semakin berusia, salur darah akan menjadi semakin keras. Plak yang terdiri daripada lemak juga boleh berkumpul di dalam saluran darah dan menyebabkan tekanan darah meningkat.3

Jika tekanan darah anda terlalu tinggi, anda mempunyai risiko untuk menghidap sakit jantung dan strok pada masa hadapan.3

bacaan tekanan darah rendah mengikut umur
Kepentingan memantau bacaan tekanan darah.

Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The Lancet, purata bacaan tekanan darah untuk lelaki ialah 127/79 mm Hg manakala untuk wanita pula adalah 122/77 mm Hg.4

Sebagai panduan, bacaan tekanan darah normal mengikut umur ialah:

Ini bacaan tekanan darah normal mengikut umur
Umur Lelaki Wanita
18-39 tahun 119/70 mm Hg 110/68 mm Hg
40-59 tahun 124/77 mm Hg 122/74 mm Hg
60++ tahun 133/69 mm Hg 139/68 mm Hg

Julat tekanan darah tinggi atau bacaan tekanan darah rendah mengikut umur untuk kanak-kanak

Bagi kanak-kanak pula, mereka mempunyai bacaan tekanan darah tinggi, bacaan tekanan darah rendah mengikut umur, mahupun bacaan darah normal yang sedikit berbeza.5

Berikut adalah panduan bacaan tekanan darah bagi kanak-kanak:5

Tekanan darah normal untuk kanak-kanak
Golongan Sistolik Diastolik
Bayi baru lahir sehingga 1 bulan 60–90 mm Hg 20–60 mm Hg
Bayi 87–105 mm Hg 53–66 mm Hg
Anak kecil 95–105 mm Hg 53–66 mm Hg
Kanak-kanak tadika 95–110 mm Hg 56–70 mm Hg
Budak sekolah 97–112 mm Hg 57–71 mm Hg
Remaja 112–128 mm Hg 66–80 mm Hg

Faktor risiko masalah tekanan darah

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan individu berbeza mempunyai bacaan darah normal, bacaan tekanan darah rendah mengikut umur atau bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur.6

Masalah tekanan darah tinggi biasanya antara perkara yang perlu diambil berat kerana boleh menyebabkan pelbagai penyakit lain seperti masalah jantung

Berikut adalah faktor yang boleh meningkatkan risiko hipertensi:6

  1. Malas bersenam. Individu yang jarang bersenam selalunya lebih berisiko mengalami tekanan darah tinggi dan sakit jantung.
  2. Mengamalkan diet yang tidak sihat. Diet yang tinggi dengan garam, gula dan lemak tepu akan membuatkan tekanan darah meningkat. Malah, anda juga berisiko tinggi untuk menghidap sakit jantung dan masalah saluran darah.
  3. Obesiti. Mereka yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan lebih berisiko menghidap hipertensi. Jantung juga perlu mengepam dengan lebih kuat untuk memastikan badan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
  4. Merokok. Mereka yang merokok atau terdedah kepada asap sekunder lebih berisiko mengalami masalah tekanan darah.
  5. Sejarah keluarga. Masalah bacaan tekanan darah rendah mengikut umur selalunya berlaku dalam kalangan ahli keluarga.
  6. Jantina lelaki. Lelaki lebih berisiko mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Tekanan darah rendah pula biasanya berlaku disebabkan masalah kesihatan seperti pendarahan dan juga dehidrasi. 

Apa anda perlu lakukan untuk kekalkan paras normal?

Selain mengetahui bacaan tekanan darah rendah mengikut umur atau bacaan tekanan darah tinggi mengikut umur, penting untuk kita memahami cara untuk mengekalkan paras yang normal.

Bagaimana anda boleh memastikan bacaan tekanan darah agar ia kekal pada angka yang normal?7

Sama seperti glukometer yang digunakan bagi mengawasi diabetes, ada juga alatan untuk membantu anda memantau bacaan tekanan darah sebelum ia menjadi terlalu rendah atau tinggi.

Namun begitu, jangan lupa bahawa memantau sahaja tidak cukup. Jangan asyik risaukan bacaan tekanan darah rendah mengikut umur atau bacaan darah tinggi sahaja. 

Pastikan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan menjauhi amalan yang boleh meningkatkan risiko penyakit. 

Antaranya dengan bersenam, makan makanan yang seimbang, elakkan tekanan dan lakukan ujian kesihatan secara berkala.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Understanding Blood Pressure Readings, https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings, Accessed May 20 2024.
  2. The Facts About High Blood Pressure, https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/the-facts-about-high-blood-pressure, Accessed May 20 2024.
  3. What Is High Blood Pressure?, https://www.nhlbi.nih.gov/health/high-blood-pressure, Accessed May 20 2024.
  4. Worldwide trends in blood pressure from 1975 to 2015: a pooled analysis of 1479 population-based measurement studies with 19·1 million participants, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5220163/, Accessed May 20 2024.
  5. Pediatric Vital Signs Normal Ranges, https://medicine.uiowa.edu/iowaprotocols/pediatric-vital-signs-normal-ranges, Accessed May 20 2024.
  6. Risk Factors for High Blood Pressure (Hypertension), https://www.ucsfhealth.org/education/risk-factors-for-high-blood-pressure-hypertension, Accessed May 20 2024.
  7. 10 ways to control high blood pressure without medication, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20046974, Accessed May 20 2024.
  8. How Smart Watches Can Help Improve Your Health, https://intermountainhealthcare.org/blogs/how-smart-watches-can-help-improve-your-health, Accessed May 20 2024.

Versi Terbaru

13/06/2025

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ini 5 Tanda Biasa Hipertensi! Pantau Tekanan Darah Anda Guna Alat Ini

Mengapa Kita Perlu Bersenam Dan Kekal Aktif Setiap Hari? Ini 7 Manfaatnya Untuk Badan!


Disemak oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Ahmad Farid · Dikemas kini 13/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan