backup og meta

Kegagalan Jantung, Bukan Isu Remeh

Kegagalan Jantung, Bukan Isu Remeh

Bagaimana untuk menentukan yang mana satu simptom kegagalan jantung? Adakah bermakna jantung terus berhenti berdenyut? Baca selanjutnya untuk jawapan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Apa itu kegagalan jantung?

Sebelum kita berbicara lanjut mengenai simptom kegagalan jantung ini, jom fahami secara ringkas keadaan ini.

Kebiasaannya ramai individu takut dengan masalah strok, serangan jantung mahupun penyakit berkaitan kanser. Dan rata-rata menganggap masalah kegagalan fungsi jantung sebagai satu isu yang remeh. 

Ia merupakan ketidakupayaan jantung untuk mengepam bekalan darah yang secukupnya kepada badan, dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada sebarang peringkat usia.

Dikatakan 1 daripada 5 individu yang berusia lebih 40 tahun, berisiko untuk mengembangkan masalah berkaitan jantung ini. 

Kebiasaannya masalah ini didasari oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, gaya hidup tidak aktif serta masalah kesihatan seperti obesiti.

Simptom kegagalan jantung: Fahami puncanya

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menjadi punca wujudnya masalah kesihatan ini, seperti:

simptom kegagalan jantung

Simptom kegagalan jantung 

Terdapat beberapa gejala berkaitan masalah kegagalan jantung yang sering kali diabaikan atau tidak disedari oleh kebanyakan individu.

simptom kegagalan jantung

Antara simptomnya adalah:

  • Sesak nafas – masalah kesihatan ini boleh menyebabkan cecair di dalam badan untuk berkumpul pada paru-paru yang mengakibatkan berlakunya sesak nafas
  • Berat badan – kegagalan kronik boleh mengakibatkan peningkatan berat badan lebih daripada 2 kilogram seminggu
  • Berbaring – posisi berbaring secara meniarap turut boleh menyebabkan berlakunya sesak nafas. Keadaan ini memerlukan anda untuk berbaring secara duduk atau menggunakan lebih daripada satu bantal
  • Keletihan –  masalah ini bermakna kekurangan oksigen dalam darah. Keadaan ini boleh mengganggu proses kitaran dalam badan kerana otot dan tisu badan memerlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga 
  • Bengkak – anda mungkin akan menyedari keadaan bengkak pada kaki, pergelangan kaki dan abdomen. Keadaan ini disebabkan oleh kandungan cecair yang berlebihan di dalam badan 
  • Hilang selera – peningkatan jumlah cecair di dalam badan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada proses pencernaan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kehilangan selera makan. Terdapat juga individu yang mungkin berasa tidak selesa apabila makan
  • Denyutan jantung –  untuk mengimbangi keupayaan jantung mengepam darah ke seluruh badan, kadar denyutan jantung anda mungkin akan meningkat
  • Kerap kencing – apabila mengalami masalah kegagalan jantung, ia akan mengurangkan kekerapan anda untuk kencing. Keadaan ini disebabkan oleh pengurangan jumlah darah yang sampai ke buah pinggang

Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut dengan pakar perubatan.

Ia adalah perlu untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Baca juga:

Kesimpulan 

Masalah kegagalan jantung adalah satu masalah kesihatan kronik. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh dirawat.

Amalkan petua di bawah bagi mengurangkan risiko kegagalan jantung:

  • Gaya hidup yang sihat dengan berat badan yang seimbang
  • Tidak merokok
  • Melakukan senaman secara berkala sekurang-kurangnya 5 kali atau lebih dalam seminggu
  • Menjaga soal pemakanan dengan tidak mengabaikan waktu hidangan khususnya sarapan pagi
  • Memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran

Amat penting untuk anda mengenal pasti dan mengetahui jika wujud sebarang simptom kegagalan jantung kepada diri. Jangan memandang isu kesihatan ini sebagai satu perkara remeh.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Heart failure. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-failure/symptoms-causes/syc-20373142, Accessed on May 16, 2023
  2. Heart Failure Signs and Symptoms. https://www.heart.org/en/health-topics/heart-failure/warning-signs-of-heart-failure, Accessed on May 16, 2023
  3. Congestive Heart Failure. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17069-heart-failure-understanding-heart-failure, Accessed on May 16, 2023
  4. Heart Failure Signs and Symptoms. https://www.ucsfhealth.org/conditions/heart-failure/symptoms, Accessed on May 16, 2023
  5. What Is Heart Failure? https://www.nhlbi.nih.gov/health/heart-failure, Accessed on May 16, 2023

Versi Terbaru

17/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selalu Rasa Sakit Dada Di Tengah? Ini Puncanya, Bukan Sebab Sakit Jantung Saja!

4 Penyakit Ini Penyebab Jantung Anda Berdegup Laju Tanpa Sebab, Jaga-Jaga Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan