backup og meta

Punca Pembuluh Darah Pecah, Tekanan Darah Tinggi Adalah Salah Satunya! Boleh Sebabkan Kematian!

Punca Pembuluh Darah Pecah, Tekanan Darah Tinggi Adalah Salah Satunya! Boleh Sebabkan Kematian!

Alamak, banyaknya darah! Inilah yang berlaku apabila kita terluka dan pembuluh darah pecah! Tetapi, jangan panik… Kecederaan merupakan sesuatu yang biasa. Malah, hampir semua orang akan mengalami sebarang bentuk kecederaan yang menjadi punca pembuluh darah pecah.

Malah, jika luka yang dialami tidak teruk, ia boleh dirawat sendiri di rumah. Namun, jika pendarahan yang dialami serius dan tidak diketahui puncanya, anda perlu mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Pembuluh darah pecah pada luaran boleh dilihat dengan mata kasar. Tapi bagaimana pula jika pembuluh darah pecah di dalam badan?

Jika anda ingin tahu lebih lanjut, mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Alamak, pembuluh darah pecah! Tetapi mengapa?

pembuluh darah pecah

Pembuluh darah merupakan satu saluran yang membawa darah ke seluruh badan. Fungsi utama salur darah adalah untuk menyalurkan darah ke semua organ dan tisu badan. Darah juga membekalkan badan dengan oksigen dan nutrisi yang diperlukan untuk melakukan fungsi masing-masing

Semua saluran darah dalam badan kita akan membentuk satu sistem tertutup yang bermula dan berakhir pada kawasan jantung. Tetapi, apakah punca pembuluh darah pecah?

Di bawah, kami senaraikan 5 punca utama yang boleh menyebabkan salur darah pecah untuk rujukan anda:

1. Kecederaan yang berlaku ketika kemalangan

Kerosakan pada salur darah disebabkan kecederaan atau kemalangan merupakan sesuatu yang lazim. Luka ini boleh bersifat ringan, sederhana atau serius.

Antara simptom lazim pembuluh darah pecah ialah pendarahan, lebam dan patah tulang.

Jika anda mengalami kecederaan, anda akan rasa sakit dengan serta merta. Malah, kawasan yang terlibat juga akan membengkak, mengeras dan sukar untuk digerakkan.

Sebarang kecederaan serius perlu dirujuk ke hospital secepat mungkin, manakala luka yang ringan boleh dirawat sendiri di rumah.

2. Saluran darah mengalami inflamasi

Inflamasi pada saluran darah atau vasculitis merupakan satu kondisi yang menyebabkan dinding salur darah mengembang.

Vasculitis juga akan menyebabkan salur darah menyempit. Jika pengaliran darah terganggu, masalah ini boleh menyebabkan kerosakan tisu dan organ pada badan.

Vasculitis boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Malah, ada kumpulan umur tertentu yang lebih berisiko. Kondisi ini juga boleh mempengaruhi banyak organ dalam satu-satu masa.

Antara simptom lazim vasculitis ialah demam, pening kepala, rasa letih, berat badan berkurang dan sakit-sakit badan.

3. Pembuluh darah pecah pada kawasan mata

pembuluh darah pecah

Mata jadi merah disebabkan pembuluh darah pecah? Kondisi yang turut dikenali sebagai subconjunctival hemorrhage ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Selalunya, ia tidak membawa sebarang mudarat pada mata.

Tetapi, mengapa ia berlaku? Mata kita mempunyai banyak salur darah kecil yang bertanggungjawab membekalkan oksigen dan nutrisi. Salur darah kecil ini boleh pecah dan berdarah, lalu menyebabkan bahagian putih pada mata menjadi merah.

Sebahagian besar kes pendarahan pada kawasan mata merupakan sesuatu yang tidak serius. Pesakit juga tidak memerlukan rawatan lanjut. Ia akan sembuh sendiri dalam masa 2 minggu.

Kadangkala, bersin dan batuk yang kuat juga boleh menyebabkan saluran darah pada mata pecah.

Baca juga:

4. Hipertensi menyebabkan pembuluh darah pecah

punca pembuluh darah pecah

Hipertensi atau tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada badan secara senyap. Malah, pesakit juga boleh alami hipertensi selama bertahun-tahun sebelum munculnya sebarang simptom.

Selalunya, pesakit hanya menyedari mereka mengalami hipertensi apabila semuanya telah terlambat. Tidak dinafikan, tekanan darah tinggi boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah. Ia boleh menyebabkan dinding arteri terluka dan tersumbat.

Bukan itu sahaja, apabila arteri kehilangan keanjalannya, ia boleh menyekat pengaliran darah ke organ utama badan. Oleh sebab itu, pesakit berisiko mengalami aneurisma yang bermaksud, salur darah anda boleh pecah pada bila-bila masa!

5. Aterosklerosis

punca pembuluh darah pecah

Aterosklerosis merupakan sejenis penyakit yang berlaku apabila salur darah yang membawa oksigen dan nutrisi dari jantung ke kawasan badan yang lain menjadi keras dan tebal.  Kondisi ini akan membuatkan pengaliran salur darah terganggu.

Arteri yang sihat selalunya fleksibel dan elastik. Namun, lama-kelamaan, dinding arteri pesakit arterosklerosis akan mengeras disebabkan pembentukan plak.

Apabila plak berkumpul di dalam arteri, salur darah akan menjadi semakin keras dan kecil. Ia akan membentuk darah beku yang menghalang pengaliran darah. Lama-kelamaan, salur darah ini boleh pecah dan mencetuskan serangan jantung atau strok.

Sehingga hari ini, punca sebenar aterosklerosis masih belum dapat dikenalpasti. Namun, kondisi ini merupakan sejenis penyakit progresif yang berlaku secara perlahan-lahan.

Ia boleh bermula dari zaman kanak-kanak dan hanya menunjukkan simptom apabila kerosakan yang pesakit alami sudah serius.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Atherosclerosis. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/atherosclerosis. Accessed on April 22, 2022.
  2. High blood pressure dangers: Hypertension’s effects on your body. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/high-blood-pressure/art-20045868. Accessed on April 22, 2022.
  3. Sports injuries. https://www.nhs.uk/conditions/sports-injuries/. Accessed on April 22, 2022.
  4. Subconjunctival hemorrhage (broken blood vessel in eye). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/subconjunctival-hemorrhage/symptoms-causes/syc-20353826. Accessed on April 22, 2022.
  5. Subconjunctival Hemorrhage. https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/s/subconjunctival-hemorrhage.html. Accessed on April 22, 2022.
  6. Vasculitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/vasculitis/symptoms-causes/syc-20363435. Accessed on April 22, 2022.
  7. Vasculitis. https://www.nhs.uk/conditions/vasculitis/. Accessed on April 22, 2022.

Versi Terbaru

12/07/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Budd-Chiari Syndrome: Pembuluh Darah Vena Hati Tersumbat

Salur Darah Otak Pecah Boleh Bawa Maut! Sakit Kepala, Antara Tanda Aneurisma Otak!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 12/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan