Soalan Pembaca
Hello Doktor, saya ada satu masalah di mana kepala selalu sakit dan rasa seakan berpusing, berpinar dan ‘ringan’ seperti mahu ‘tumbang’ setiap kali bertukar posisi daripada duduk atau baring kepada berdiri. Jadi, saya ingin tahu kenapa rasa nak pitam bila bangun itu berlaku?
Soalan diberikan pembaca ini akan dijawab oleh Dr Zai Muhammad Zaidi, Panel Perubatan Hello Doktor. Jawapannya adalah seperti di bawah:
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.
Jawapan Doktor
Hello pembaca setia kami! Pertama, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan kerana ramai lagi individu lain yang turut mengalami rasa nak pitam dan berpeluh namun tidak tahu kenapa rasa nak pitam bila bangun, dan ini amat membimbangkan.
Untuk pengetahuan anda, kondisi tersebut dinamakan sebagai hipotensi postur yang biasa terjadi apabila tekanan darah menurun secara mendadak di saat anda menukar postur tubuh badan.
Perubahan postur yang dimaksudkan di atas itu tadi biasanya melibatkan posisi duduk atau baring kepada berdiri dan akan menyebabkan kepala individu rasa ‘ringan’ seperti mahu ‘tumbang’.
Selepas beberapa saat atau minit, anda akan rasa normal kembali tetapi jangan pula ambil mudah kerana kita semua perlu tahu sebab kenapa rasa nak pitam bila bangun agar tidak timbul masalah!
Apa punca bila tunduk rasa nak pitam serta faktor risiko lain?
Seperti dinyatakan di atas tadi, kenapa rasa nak pitam bila bangun adalah diakibatkan oleh tekanan darah menurun mendadak. Ini gara-gara perubahan postur tubuh badan yang dilakukan dengan tiba-tiba.
Dalam pada itu, ada beberapa lagi punca kepala berpusing rasa nak pitam dan faktor risiko lain yang menjadi dalangnya seperti berikut:
- Dehidrasi
- Masalah sistem saraf
- Masalah salur darah
- Isu organ jantung
- Demam atau penyakit umum lain
- Ibu yang mengandung
- Ibu yang menyusu
- Pengambilan makanan dan ubatan tertentu
- Penuaan semula jadi tubuh badan manusia
Mungkin ada lagi sebab kenapa rasa nak pitam bila bangun lain yang tidak dinyatakan. Agar lebih pasti tentangnya, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor untuk faham dengan lebih lanjut.
Adakah rasa nak muntah dan pitam ini normal atau bahaya?
Bagi majoriti individu, kondisi ini hanya akan berlaku dalam tempoh masa yang sekejap dan akan hilang selepas beberapa saat atau minit sahaja. Ini bermakna, ia mungkin tidak berbahaya.
Pun begitu, kondisi ini juga mungkin boleh tergolong dalam kategori kronik apabila ia amat kerap berlaku dan berulang kepada individu pada tempoh yang lebih lama berbanding kebiasaan.
Ada juga kes di mana individu benar-benar pitam dan tidak sedarkan diri pada tempoh masa yang agak lama akibat berdiri secara mengejut dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Ini adalah situasi yang sudah pasti mahu dielakkan oleh semua orang.
Sebaiknya, individu tidak boleh membiarkan sahaja masalah ini daripada terus menjejaskan kesihatan dan kehidupan anda. Selain mendapatkan khidmat pakar, ada beberapa cara hilangkan rasa nak pitam yang anda mungkin boleh cuba!
Bagaimana elak rasa nak pitam bila bangun?
Perkara paling penting, anda perlu lihat kembali punca dan faktor risiko masalah ini. Kemudian, ia perlu dikawal atau dirawat terlebih dahulu dalam usaha untuk menyelesaikan kondisi tersebut.
Ada satu lagi cara hilangkan rasa nak pitam yang sebenarnya sudah diamalkan oleh nenek moyang kita sejak zaman dahulu lagi iaitu jangan mengubah postur badan kita secara mengejut.
Apakah rawatan atau tindakan mudah untuk mengelakkan masalah ini terjadi?
Perbuatan ini mungkin akan membuat tubuh badan anda ‘terkejut’ lantas memberi respon di luar dugaan atau kawalan. Ambillah sedikit masa dan cuba mengubah postur secara perlahan-lahan.
Konklusinya, sebab sebenar kenapa rasa nak pitam bila bangun adalah kondisi hipotensi postur di mana tekanan darah menurun secara mendadak. Ya, ia normal namun jangan ambil mudah ya?
[embed-health-tool-heart-rate]