home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hipotensi Ortostatik: Rasa Ringan Kepala Selepas Bangun

Hipotensi Ortostatik: Rasa Ringan Kepala Selepas Bangun

Pernahkan anda rasa pening dan ringan kepala seperti mahu terjatuh selepas bangun dari posisi duduk? Atau selepas duduk daripada posisi baring?

Ia mungkin disebabkan oleh satu keadaan yang disebutkan sebagai hipotensi ortostatik. Dalam erti kata yang lebih mudah, tekanan darah menjadi rendah apabila berlaku perubahan posisi secara mengejut. Tekanan yang rendah membuatkan darah tidak sepenuhnya sampai ke otak sehingga membuatkan rasa pening dan ringan kepala.

Badan secara normalnya mampu mengawal tekanan darah dalam semua posisi

Apa pun posisi badan anda, tekanan darah akan sentiasa dalam lingkungan yang normal. Ini disebabkan oleh sistem melibatkan urat saraf dan saluran darah yang memastikan tekanan darah sentiasa dalam kadar yang sihat.

Tekanan darah manusia bergantung kepada kadar degupan jantung serta saiz saluran darah. Jika kadar degupan jantung laju dan saiz saluran darah kecil, tekanan darah akan meningkat. Jika sebaliknya, tekanan akan menurun.

Semasa anda mengubah posisi daripada baring atau duduk ke posisi berdiri, darah akan jatuh ke bawah disebabkan oleh graviti. Ini menyebabkan darah berkurang di dalam otak dan simptom seperti pening serta ringan kepala boleh berlaku. Untuk mengelakkan keadaan ini berlaku, urat saraf akan menghantar isyarat kepada saluran darah agar mengecut bertujuan mengurangkan diameter seterusnya mengelakkan penurunan tekanan darah secara mendadak.

Bagi sebahagian orang, sistem ini tidak berfungsi dengan baik sehingga menyebabkan rasa pening yang lebih lama daripada biasa.

Diabetes antara penyebab hipotensi ortostatik

Penyakit diabetes menjejaskan urat saraf dan boleh membawa kepada hipotensi ortostatik. Ditambah dengan penglihatan yang kabur dan umur yang kebiasannya lanjut, pesakit berisiko jatuh selepas bangun daripada posisi baring. Oleh itu, elakkan daripada bangun secara mengejut. Ambil masa dan pastikan ada tempat untuk berpaut selepas bangun.

Selain itu, ia boleh disebabkan oleh beberapa keadaan lain termasuk dehidrasi, baring terlalu lama, mengandung, dan beberapa penyakit saraf. Mereka yang mengambil ubat darah tinggi, antidepresi, Parkinson dan ubat disfungsi erektil (mati pucuk) mungkin juga mengalami hipotensi ortostatik.

Rawatan kebiasaannya lebih tertumpu kepada punca tekanan darah rendah tersebut. Selain itu, beberapa langkah mungkin boleh diambil seperti memakai stokin mampatan, mengambil banyak air dan beberapa jenis ubat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim Disemak pada 17/10/2018
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x