backup og meta

Prolaps Injap Mitral? Fahami Keadaan Jantung Apabila Injap Tergelincir!

Prolaps Injap Mitral? Fahami Keadaan Jantung Apabila Injap Tergelincir!

Sakit jantung atau strok adalah masalah biasa yang sering didengar berkaitan jantung. Tetapi pernah tak anda dengar mengenai prolaps injap mitral? Ia keadaan apabila injap jantung tergelincir.

Semak perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya…

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Definisi

Apa itu Prolaps Injap Mitral?

Prolaps injap mitral adalah keadaan di mana kedua-dua flap injap mitral tidak tutup sepenuhnya atau sama rata, sebaliknya membonjol (prolaps) ke atas memasuki ruang atrium kiri.

Prolaps injap mitral juga dikenali sebagai sindrom deru klik, Sindrom Barlow atau sindrom injap liut.

Apakah kebarangkalian Prolaps Injap Mitral?

Keadaan merupakan masalah yang biasa terjadi dalam 2-3% daripada populasi umum.

Ia sangat biasa dijumpai pada lelaki yang berumur lebih daripada 50 tahun.

Sindrom ini juga dijumpai pada individu yang lahir dengan kelainan tisu perantara (kolagen, ligamen, tendon, dan lain-lain).

Walau bagaimanapun, sindrom injap liut boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risiko anda.

Sila berjumpa doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Prolaps Injap Mitral?

Walaupun keadaan ini biasanya adalah satu gangguan kekal, rata-rata individu yang mempunyai keadaan ini tidak pernah mengalami sebarang simptom.

Selepas didiagnosis, golongan ini mungkin terkejut apabila mengetahui bahawa mereka mempunyai masalah jantung.

injap mitral

Apabila tanda dan simptom berlaku, ini mungkin disebabkan oleh darah yang bocor ke belakang melalui injap (regurgitasi).

Simptomnya mungkin berbeza bagi satu individu dengan individu lain. Simptom ini biasanya ringan dan beransur-ansur menjadi teruk.

Tanda dan simptom termasuklah:

  • Degup jantung laju atau tidak teratur (aritma)
  • Pening atau sakit kepala ringan.
  • Sukar bernafas atau sesak nafas, selalunya ketika baring atau melakukan aktiviti fizikal.
  • Keletihan.
  • Sakit dada yang tidak disebabkan oleh serangan jantung atau penyakit arteri koronari.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Jika anda rasa anda mengalami sebarang simptom di atas, sila buat temujanji dengan doktor anda.

Banyak keadaan lain yang boleh menyebabkan simptom yang sama seperti prolaps injap mitral, hanya melalui satu pertemuan dengan doktor anda dapat mengetahui punca sebenar simptom anda.

Jika anda mengalami sakit dada atau tidak pasti itu adalah serangan jantung atau tidak, segeralah ke hospital.

Jika anda telah didiagnosis dengan prolaps injap mitral, sila berjumpa doktor anda sekiranya simptom anda semakin teruk.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza.

Berbincang dengan doktor anda mengenai apa yang terbaik untuk situasi anda.

Punca

Apakah Punca masalah injap jantung ini?

Punca paling biasa berlaku adalah dedaun injap meregang secara abnormal (penyakit injap mikomatus).

Masalah berkaitan injap ini berlaku dalam 2% daripada kalangan penduduk.

Seseorang boleh dilahirkan dengan genetik yang berisiko mengakibatkan masalah injap ini atau disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain, seperti penyakit tisu perantara.

Apabila jantung anda berkerja, injap mitral akan tutup sepenuhnya ketika kontraksi ventrikel kiri dan menghalang darah daripada mengalir kembali ke bahagian atas kiri kamar jantung anda (atrium kiri).

Bonjolan akan menghalang injap daripada tutup dengan ketat. Apabila darah bocor ke belakang melalui injap, ini dipanggil sebaga regurgitasi injap mitral.

Perkara ini tidak akan menyebabkan masalah jika hanya sedikit sahaja darah yang terbocor keluar ke dalam atrium.

Regurgitasi injap mitral yang lebih parah boleh mengakibatkan simptom seperti sesak nafas, keletihan dan pening.

Nama lain bagi masalah injap ini adalah:

  • Sindrom Barlow
  • Sindrom injap terliut
  • Injap mitral belon
  • Injap mitral menggelembung
  • Injap mitral miksomatus
  • Sindrom injap mitral prolaps

Baca juga:

https://wp.hellodoktor.com/penyakit-jantung/injap-jantung/penyakit-injap-jantung/

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada masalah injap jantung ini?

Faktor-faktor risiko untuk keadaan ini ialah:

  • Keadaan ini sering diwarisi dalam keluarga, jadi anda berisiko jika ibubapa atau saudara yang lain mempunyai masalah ini.
  • Keadaan tertentu yang boleh membawa kepada masalah berkaitan injap ini termasuklah:
    • Skoliosis – kelengkungan spina.
    • Penyakit buah pinggang polisistik dewasa – keadaan genetik di mana kantung air yang besar mengganggu fungsi buah pinggang.
    • Masalah tisu pengantara seperti Sindrom Marfan – keadaan genetik yang melibatkan tisu pengantara pada sistem tulang dan kardiovaskular, mata dan kulit.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Prolaps Injap Mitral didiagnosis?

Dalam kebanyakan kes, doktor anda akan mendiagnosis sindrom ini dari awal dengan menggunakan stetoskop untuk mendengar jantung anda.

Jika anda mengalami keadaan ini, jantung anda akan membuat bunyi klik ketika jantung berdegup.

Bunyi ini akan menjadi lebih jelas apabila anda berdiri.

Doktor anda akan melakukan ujian dengan lebih lanjut setelah mendengar bunyi klik ini.

Doktor anda selalunya akan melakukan beberapa ujian bagi memeriksa jantung anda dengan lebih baik sebelum membuat diagnosis, termasuklah:

injap mitral

  • Doktor anda akan membuat X-ray dan/atau echocardiogram. Kedua-dua ujian ini memaparkan gambar jantung anda, tetapi echocardiogram menunjukkan struktur yang lebih jelas. Doktor anda akan memeriksa gambar tersebut untuk melihat sama ada anda mempunyai prolaps atau regurgitasi. Bergantung kepada keadaan anda, pengkateteran jantung akan dilakukan oleh doktor anda. Melalui prosedur ini, pewarna (boleh dilihat dalam X-ray) disuntik ke dalam arteri jantung anda menggunakan tiub yang dimasukkan melalui salur darah pada tengkuk, lengan, atau bahagian atas peha.
  • Doktor anda mungkin meminta anda untuk bersenam di atas thread mill atau melakukan aktiviti fizikal lain untuk melihat bagaimana jantung anda bertindak. Ini dipanggil ujian stress.
  • Electrocardiogram (ECG) akan memeriksa degupan jantung anda untuk sebarang abnormaliti. Alat ini akan merakam aktiviti electrikal jantung anda untuk beberapa saat. Ini membantu doktor untuk mendiagnosis masalah injap ini atau keadaan jantung yang lain.

Bagaimana pesakit Prolaps Injap Mitral dirawat?

Masalah injap ini tidak membawa sebarang masalah kepada kebanyakan pesakit, jadi rawatan selalunya tidak diperlukan.

Individu yang mengalami regurgitasi mitral yang parah disebabkan oleh prolaps injap mitral sering mendapat manfaat melalui pembedahan membaiki atau menukar injap yang bocor.

Bagi individu yang mengalami simptom kegagalan jantung kongestif akibat prolaps injap mitral dan regurgitasi mitral, pembedahan selalunya dikira sebagai rawatan terbaik untuk masalah ini.

Jika tiada regurgitasi mitral yang kelihatan pada echocardiogram, simptom-simptom berkaitan sindrom ini jarang sekali menunjukan sebarang risiko.

Rawatan terbaik untuk setiap individu mungkin berbeza, tetapi ini termasuklah:

  • Bersenam.
  • Ubat tahan sakit.
  • Teknik rehat dan pengurangan stress.
  • Jauhi kafein dan bahan perangsang yang lain.
  • Penyekat beta, ubat untuk memperlahankan dengupan jantung, bagus bagi individu yang mengalami episod palpitasi berserta degupan jantung yang laju, dikenali sebagai takikardia, bersama prolaps injap mitral.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

injap mitral

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Prolaps Injap Mitral?

Kebanyakan individu yang mempunyai masalah injap ini menjalani kehidupan yang normal, produktif dan terhindar daripada sebarang simptom.

Doktor tidak akan menyarankan apa-apa sekatan dalam cara hidup anda atau menghadkan sebarang senaman atau program diet anda.

Namun begitu, rujuk doktor anda jika terdapat saranan yang baik untuk cara hidup anda.

Jika anda mempunyai regurgitasi injap mitral yang teruk, doktor anda mungkin menyarankan anda untuk mengelakkan senaman yang boleh memburukkan lagi keadaan anda, seperti angkat berat.

Doktor anda akan menyarankan supaya membuat temujanji berkala bagi menilai keadaan anda.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mitral valve prolapse. http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/HeartValveProblemsandDisease/Problem-Mitral-Valve-Prolapse_UCM_450441_Article.jsp#.WCNWTpA2sds. Accessed 27 Feb 2017.
  2. Mitral valve prolapse. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mitral-valve-prolapse/symptoms-causes/syc-20355446, Accessed on Dec 9, 2021
  3. Mitral Valve Prolapse. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/mitral-valve-prolapse, Accessed on Dec 9, 2021
  4. Mitral Valve Prolapse. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17241-mitral-valve-prolapse, Accessed on Dec 9, 2021
  5. Mitral Valve Prolapse Syndrome. https://rarediseases.org/rare-diseases/mitral-valve-prolapse-syndrome/. Accessed on Dec 9, 2021

Versi Terbaru

09/12/2021

Ditulis oleh Fariha Zakaria

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Penyakit Injap Jantung

Myxoma Atrium



Ditulis oleh Fariha Zakaria · Disemak pada 09/12/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan