Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Penyakit injap jantung ialah keadaan di mana fungsi injap jantung tidak berperanan seperti yang sepatutnya. Terdapat 4 injap dalam jantung yang berfungsi mengawal saluran darah ke arah yang betul.
Dalam setiap degupan jantung, fungsi injap jantung terbuka dan tertutup. Apabila pembukaan atau penutupan injap jantung tidak berfungsi, ia boleh mengganggu aliran darah.
Penyakit injap jantung juga melibatkan sebarang keadaan jantung dan boleh membawa kepada pelbagai masalah jantung yang lain, seperti tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Faktor meningkatkan risiko saya kepada penyakit injap jantung
Keradangan injap jantung sering kali dialami oleh orang tua.
Terdapat banyak faktor risiko untuk keadaan ini berlaku, seperti:
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai tanda atau simptom jangkitan seperti sakit tekak, sakit badan dan demam, sila hubungi doktor anda.
Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Sebaik-baiknya berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Punca berlakunya injap bermasalah
Dalam sesetengah kes, injap bermasalah disebabkan kecacatan waktu lahir. Walau bagaimanapun, keadaan ini lebih kerap berlaku kerana masalah kesihatan.
Masalah kesihatan yang boleh membawa kepada kondisi ini ialah:
Endokarditis Infektif- keradangan tisu jantung
Demam Reumatik- penyakit keradangan disebabkan jangkitan bakteria streptokokkus
Untuk mendiagnosis penyakit ini, doktor akan memeriksa bunyi jantung anda melalui stetoskop semasa pemeriksaan fizikal.
Doktor akan mencari kelainan denyutan jantung yang mungkin menunjukkan masalah dengan fungsi injap jantung anda.
Ujian lain selepas ujian fizikal adalah ujian pengimejan dan ujian aliran darah. Kemudian, doktor mungkin akan memantau injap anda dan memilih rawatan yang sesuai.
X-ray dada: Ujian ini akan menunjukkan doktor bentuk, saiz dan kedudukan jantung kerana kadangkala penyakit ini menyebabkan jantung membesar
Ekokardiografi dan ekokardiografi transesophageal: Ujian ini menggunakan gelombang bunyi (ultrabunyi) untuk menghasilkan imej terperinci jantung dan arteri yang mengelilinginya
Kateterisasi jantung: Ujian ini membolehkan doktor melihat jika terdapat sebarang ketidakstabilan dalam aliran darah yang mungkin disebabkan oleh injap anda
Rawatan yang boleh diberikan kepada pesakit
Rawatan terhadap pesakit yang alami injap jantung rosak.
Berdasarkan keadaan fungsi injap jantung dan simptom, doktor akan mencadangkan beberapa rawatan untuk anda.
Anda mungkin dikehendaki untuk mendapatkan pengawasan perubatan yang konsisten, berhenti merokok jika anda merokok dan mengamalkan diet yang sihat.
Doktor akan memberi beberapa ubat seperti penyekat beta (beta blockers) dan penyekat saluran kalsium (calcium channel blocker) yang membantu mengawal kadar degupan jantung dan aliran darah; diuretik untuk mengurangkan pengekalan cecair; dan vasodilators yang membuka atau melebarkan saluran darah.
Pembedahan diperlukan sekiranya anda berada dalam keadaan yang teruk.
Injap anda akan dibaiki sama ada:
Menggunakan tisu anda sendiri
Menggunakan injap haiwan dalam penggunaan pengganti injap biologi
Injap yang disumbangkan daripada orang lain
Injap mekanikal
Injap buatan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Heart valve disease. http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-valve-disease/basics/definition/con-20036065. Accessed July 9, 2016.
http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/More/HeartValveProblemsandDisease/Testing-for-Heart-Valve-Problems_UCM_450776_Article.jsp#.Wr3cZIhubDd. Accessed July 9, 2016.