backup og meta

Ini Perkara Penting Anda Kena Tahu Tentang Kolesterol Baik (HDL) Dan Jahat (LDL)

Ini Perkara Penting Anda Kena Tahu Tentang Kolesterol Baik (HDL) Dan Jahat (LDL)

Pernah dengar tak mengenai kolesterol baik dan jahat? Dalam artikel ini penulis akan terangkan apa itu LDL dan HDL yang berkaitan dengan kolesterol.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

Memahami konsep kolesterol baik & jahat

Jika anda pernah menjalani ujian kolesterol, pasti anda perasan bahawa bacaan yang ada pada keputusan ujian tersebut terdiri daripada beberapa komponen. Kesemuanya itu disebut sebagai profil lipid.

Dalam laporan profil lipid, terdapat dua jenis kolesterol utama di dalam badan manusia:

  • Liproprotein ketumpatan rendah atau low density lipoprotein (LDL).
  • Lipoprotein ketumpatan tinggi atau high density lipoprotein (HDL).

Baca juga:

HDL vs LDL: Apakah perbezaan antara kolesterol baik dan jahat?

HDL disebut sebagai ‘kolesterol baik’ kerana ia mempunyai beberapa peranan penting:

  •  Mengumpul dan membuang LDL atau ‘kolesterol jahat’.
  • Mengurangkan, mengguna serta mengitar semula LDL dengan memindahkannya ke hati untuk diproses.
  • Menyelenggara kerosakan yang berlaku di dalam salur darah bagi mengelakkan berlaku penyempitan.

LDL pula adalah jenis kolesterol yang harus dikurangkan.

Ia juga dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ kerana boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok dan tekanan darah tinggi. LDL cenderung untuk mendap di dalam salur darah sehingga menyempitkannya.

Semakin lama, salur darah semakin sempit. Jika berlaku darah beku di kawasan terbabit, peredaran darah boleh terhenti dan menyebabkan serangan jantung atau strok.

Perbezaan dari sudut angka bacaan

kolesterol baik dan jahat

Jadual di atas menunjukkan julat bacaan normal bagi setiap komponen di dalam profil lipid. Jika diperhatikan, bacaan LDL normal adalah di bawah 2.6 mmol/L. Lebih tinggi, lebih tidak sihat dan berisiko.

Sebaliknya pula bagi ‘kolesterol baik’ HDL, semakin tinggi bacaan, semakin sihat dan kurang risiko.

Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin memerlukan bacaan kolesterol baik dan jahat yang berbeza untuk mencapai tahap normal baginya.

Normal bagi orang yang sihat tidak sama dengan mereka yang kencing. Ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira juga. Sila dapatkan nasihat doktor. Baca di sini untuk lebih memahami.

kolesterol baik dan jahat

Bagaimana ingin mengurangkan LDL dan menaikkan HDL?

Gaya hidup sihat adalah langkah utama dalam menjaga paras kolesterol baik serta jahat.

Ini termasuk diet sihat serta aktiviti fizikal yang mencukupi. Boleh lihat artikel Diet Rendah Kolesterol untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Dalam sesetengah kes, terutamanya jika terdapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis, ubat-ubatan mungkin diperlukan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. HDL (Good), LDL (Bad) Cholesterol and Triglycerides, https://www.heart.org/en/health-topics/cholesterol/hdl-good-ldl-bad-cholesterol-and-triglycerides, Accessed Sep 10 2021.
  2. What Is the Difference Between Good and Bad Cholesterol?, https://www.keckmedicine.org/blog/what-is-the-difference-between-good-and-bad-cholesterol/, Accessed Sep 10 2021.
  3. HDL cholesterol: How to boost your ‘good’ cholesterol, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/hdl-cholesterol/art-20046388, Accessed Sep 10 2021.
  4. High cholesterol: Overview, https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK279318/, Accessed Sep 10 2021.
  5. Cholesterol Numbers and What They Mean, https://my.clevelandclinic.org/health/articles/11920-cholesterol-numbers-what-do-they-mean, Accessed Sep 10 2021.

 

Versi Terbaru

27/12/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jika Anda Ada 5 Perkara Ini, Tandanya Kolesterol Dalam Badan Tinggi, AWAS!

Bukan Semua Kena Elak, Ada 5 Makanan Tinggi Kolesterol Yang Baik Untuk Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 27/12/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan