backup og meta

Betul Ke Durian Boleh Naikkan Tekanan Darah Tinggi? Bagaimana Pula Dengan Pesakit Diabetes?

Betul Ke Durian Boleh Naikkan Tekanan Darah Tinggi? Bagaimana Pula Dengan Pesakit Diabetes?

Musim makan durian datang lagi! Durian (Durio zibethinus Murray) dikenali sebagai ‘raja buah’ dalam kalangan orang ramai khususnya masyarakat di Asia Tenggara.

Memiliki bau yang menyengat, tekstur lembut, rasa lemak dan berkrim yang enak serta warna kekuningan sudah pasti menarik perhatian semua orang untuk mencubanya.

Secara tradisinya, durian dianggap “panas” kerana ia dapat meningkatkan suhu badan dan menaikkan tekanan darah.

Durian boleh menjadi sebahagian daripada Pendekatan Diet Untuk Menghentikan Hipertensi (DASH) yang merupakan pola makan direka untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengikut Garis Panduan Pemakanan 2010 dari Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat.

Pola pemakanan ini adalah dengan mengambil empat hingga lima hidangan buah sehari dalam diet 2,000 kalori, dan setengah cawan durian segar sebagai hidangan.

Hubungan durian dan hipertensi

makan durian

Natrium

Durian hanya menyediakan 5 mg natrium per cawan, dan mengurangkan pengambilan natrium boleh menurunkan tekanan darah anda. Individu yang mempunyai tekanan darah tinggi tidak boleh melebihi 1,500 mg sodium sehari.

Bagi menurunkan pengambilan natrium anda, banyakkan memakan buah-buahan segar, sayuran dan kekacang serta hadkan penggunaan garam dan makanan yang disediakan.

Kalium

Satu manfaat penting buah durian untuk tekanan darah ialah ia sangat tinggi dalam kalium, dengan 1,059 mg per cawan.

Diet tinggi potasium menyokong tekanan darah yang sihat, dan orang dewasa yang sihat perlu mendapat sekurang-kurangnya 4,700 mg sehari. Buah, kacang, sayuran dan ikan adalah sumber semula jadi potasium yang baik.

Bolehkan penghidap hipertensi makan durian?

Pesakit dengan hipertensi sering mengalami komplikasi dengan penyakit jantung. Kandungan alkohol dalam buah durian boleh meningkatkan tekanan darah pesakit hipertensi.

Tekanan darah meningkat akan menyebabkan kadar denyutan jantung dan penyakit jantung secara tiba-tiba. Kawalan tekanan darah yang sering terletak di atas 200 akan mendorong kepada penyakit jantung.

Sekiranya tekanan darah dan serangan jantung serentak, ia mungkin boleh menyebabkan kematian.

Tip makan durian bagi penghidap diabetes:

  • Tidak makan berlebihan
  • Tidak makan daging berlemak tinggi selepas memakan durian
  • Banyakkan minum air putih 

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Understanding blood pressure readings.https://www.heart.org/en/health-topics/high-blood-pressure/understanding-blood-pressure-readings. Accessed 10 July 2018
  2. Blood pressure. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-pressure/in-depth/blood-pressure/art-20050982. Accessed 10 July 2018
  3. Blood pressure. https://www.cdc.gov/bloodpressure/about.htm. Accessed 10 July 2018
  4. Blood pressure. http://www.ukm.my/jsm/pdf_files/SM-PDF-47-6-2018/17%20Malina%20Jasamai.pdf. Accessed 10 July 2018
  5. Durian myths facts king fruits. https://www.healthxchange.sg/food-nutrition/food-tips/durian-myths-facts-king-fruits. Accessed 10 July 2018

Versi Terbaru

04/02/2022

Ditulis oleh Nurul Halifah

Disemak secara perubatan oleh Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Ada Tekanan Darah Tinggi & Selalu Rasa Penat? Ia Mungkin Kesan Sampingan Ubat Anda!

Ambil Suplemen CoQ10 Untuk Rawat Tekanan Darah Tinggi? Baca Ini Dulu!


Disemak secara perubatan oleh

Prof Madya Dr Norsham Juliana Nordin

Kardiologi · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Halifah · Disemak pada 04/02/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan