backup og meta

Vaksin Selesema: Pilihan Terbaik Anda Untuk Mencegah Jangkitan Influenza

Mendapatkan suntikan vaksin – tidak kira apa jenis vaksin – akan dapat melindungi diri daripada jangkitan. 

Seperti vaksin selesema, walaupun mungkin tidak memberikan perlindungan sepenuhnya, tetapi ia tetap berbaloi untuk diambil. Lebih-lebih lagi dengan peningkatan kes influenza yang sedang berlaku sekarang.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Apa itu jenis vaksin selsema?

Vaksin merupakan satu rawatan perubatan berfungsi membantu sistem imun badan mengenal pasti dan melawan penyakit.

Vaksin membantu badan belajar bagaimana untuk mempertahankan diri daripada penyakit tanpa perlu menghadapi risiko jangkitan yang sebenar. 

Tindak balas imun terhadap vaksin mungkin menyebabkan keletihan dan ketidakselesaan selama satu atau dua hari, tetapi perlindungan yang terhasil boleh bertahan seumur hidup.

Manakala selesema, atau dikenali sebagai influenza, adalah jangkitan pada hidung, tekak dan paru-paru – yang merupakan sebahagian sistem pernafasan. Ia berlaku disebabkan oleh virus.

Kebanyakan individu yang dijangkiti selesema akan sembuh dengan sendiri. Namun, influenza boleh mengakibatkan komplikasi serius terhadap sesetengah kumpulan individu, malah boleh membawa maut.

Jadinya, suntikan vaksin selsema tahunan amat disarankan bagi membantu melindungi daripada influenza, yang boleh menjadi penyakit serius dan mengancam nyawa.

jenis vaksin
Antara jenis suntikan vaksin yang disarankan setiap peringkat usia.

Mengapa perlu suntikan vaksin setiap tahun?

Vaksinasi selesema tahunan amat digalakkan kerana virus influenza sentiasa mengalami mutasi. Ini bermaksud antibodi yang dihasilkan daripada vaksin sebelumnya mungkin tidak dapat mengenali strain virus pada tahun berikutnya.

Apabila divaksin, sistem imun akan menghasilkan antibodi untuk melindungi diri daripada virus dalam vaksin tersebut. Namun, tahap antibodi boleh menurun dari semasa ke semasa dan ini adalah satu lagi sebab perlunya suntikan vaksin selsema setiap tahun.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Siapa yang perlu dapatkan jenis vaksin selsema?

Setiap individu yang berusia 6 bulan ke atas dan tiada alasan perubatan untuk mengelakkan vaksin, adalah disyorkan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza setiap tahun.

Pengambilan vaksin selesma setiap tahun itu berupaya mengurangkan risiko mendapat komplikasi serius atau kematian akibat selesema. Ini terutamanya bagi golongan berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi.

Kumpulan berisiko tinggi termasuk:

Golongan lain yang turut berisiko tinggi seperti:

Individu dengan keadaan perubatan tertentu juga berisiko alami komplikasi selesema, termasuklah:

jenis vaksin
Individu dengan penyakit kronik berisiko tinggi alami komplikasi.

Kesan sampingan jenis vaksin selsema

Kesan sampingan vaksin selesema biasanya adalah ringan dan akan pulih dalam masa 1 hingga 2 hari.

Kesan ini mungkin termasuk reaksi alahan seperti ruam kulit, kegatalan atau gatal-gatal (hives), serta bengkak pada muka, bibir atau lidah.

Terdapat juga kesan sampingan lain yang mungkin berlaku termasuklah:

  • Demam atau suhu badan sedikit meningkat
  • Sakit kepala
  • Sakit dan lenguh otot
  • Sakit, rasa lembut, kemerahan atau bengkak pada tempat suntikan
  • Keletihan

Acap kali keadaan di atas tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Tetapi anda disaran melakukan pemeriksaan doktor jika ia berterusan sehingga menjejaskan aktiviti harian.

Manakala kesan sampingan yang lebih serius seperti reaksi alahan teruk (anafilaksis) adalah sangat jarang berlaku.

Penjagaan diri

Mendapatkan suntikan jenis vaksin selsema adalah pertahanan terbaik terhadap jangkitan selesema. Namun selain suntikan, anda juga digalakkan untuk mengamalkan langkah penjagaan diri berikut:

jenis vaksin
Amalan membasuh tangan dengan perlu dijadikan tabiat harian.
  • Basuh tangan menggunakan sabun dan air dengan bersih dan kerap sekurang-kurangnya selama 20 saat. Jika tiada sabun, gel pembersih tangan (hand sanitizer) berasaskan sekurang-kurangnya 60 peratus alkohol sudah memadai
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan untuk mencegah jangkitan kuman
  • Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin dengan tisu atau ke lengan (siku). Pastikan anda membasuh tangan selepas itu
  • Selalu bersihkan permukaan kerap disentuh untuk mencegah penyebaran jangkitan melalui permukaan tercemar
  • Hindari kawasan sesak

Mencegah itu lebih baik

Mendapatkan suntikan jenis vaksin selsema adalah cara terbaik untuk mencegah jangkitan selesema dan komplikasinya. 

Sebaiknya sebagai perlindungan, dapatkan suntikan vaksin influenza setiap tahun. Walaupun vaksin ini tidak memberikan perlindungan 100 peratus, tetapi ia dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya komplikasi serius, terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Flu vaccine. https://www.nhs.uk/vaccinations/flu-vaccine. Accessed on May 15, 2025.
  2. Influenza Virus Vaccine injection. https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/18888-influenza-virus-vaccine-injection. Accessed on May 15, 2025.
  3. Flu shot: Your best bet for avoiding influenza. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/flu/in-depth/flu-shots/art-20048000. Accessed on May 15, 2025.
  4. Flu (Influenza). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4335-influenza-flu. Accessed on May 15, 2025.
  5. Vaccines. https://www.hopkinsmedicine.org/health/treatment-tests-and-therapies/vaccines. Accessed on May 15, 2025.
  6. What are vaccines? https://www.unicef.org/armenia/en/stories/what-are-vaccines. Accessed on May 15, 2025.

Versi Terbaru

20/05/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Serupa Tapi Tak Sama? Ini Beza Antara Selesema, Flu, Alahan & COVID-19!

Vaksin Influenza Di Premis KKM Bukan Untuk Orang Awam


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 20/05/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan