backup og meta

Pneumonia: Jangkitan Paru-Paru

Pneumonia: Jangkitan Paru-Paru

Paru-paru anda terdiri daripada lebih 600 juta kantung udara atau alveolus yang kelihatan seperti gugusan anggur. Kantung udara ini mengandungi udara yang disedut melalui hidung dan mulut untuk diekstrak oksigen daripadanya, kemudian dibawa dalam darah ke sel di seluruh badan.

Seperti mana-mana organ, paru-paru juga boleh mengalami jangkitan dan ia disebut sebagai pneumonia (huruf ‘p’ tidak dibunyikan). Jangkitan mungkin melibatkan satu atau kedua-dua paru-paru dalam satu masa. Semasa jangkitan alveolus diisi dengan cecair dan nanah sehingga menyebabkan proses pernafasan terganggu. Pelbagai organisma berpotensi menyebabkan pneumonia termasuk bakteria, virus, dan fungus.

Simptom pneumonia mungkin ringan atau teruk

Setiap orang yang mengalami pneumonia mungkin mempunyai simptom yang sedikit berbeza bergantung kepada faktor tertentu seperti jenis organisma yang menyebabkan jangkitan tersebut serta umur dan tahap kesihatan pesakit secara am. Mereka yang paling berisiko mengalami simptom yang serius ialah kanak-kanak, warga emas melebihi 65 tahun, dan penghidap penyakit kronik atau mempunyai sistem imun lemah.

Simptom penumonia kebiasaannya sama seperti demam atau selesema tetapi dalam tempoh yang lebih lama. Simptom yang ada termasuk:

  • Sakit dada semasa bernafas atau batuk.
  • Kebingungan atau perubahan pada kewarasan minda (bagi dewasa berumur 65 tahun ke atas).
  • Batuk dan kahak.
  • Badan rasa letih.
  • Demam, berpeluh, dan menggigil.
  • Suhu badan rendah daripada normal (bagi dewasa berumur 65 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah).
  • Mual, muntah, atau cirit-birit.
  • Nafas menjadi pendek.

Bayi mungkin tidak menunjukkan simptom dan tanda jangkitan seperti orang dewasa. Mereka mungkin muntah, demam, batuk, kelihatan resah, letih, atau kekurangan tenaga. Mereka juga mungkin menghadapi masalah untuk bernafas dan makan atau menyusu.

Simptom seperti demam, batuk, dan nafas pendek mungkin biasa berlaku atas sebab lain. Namun, sila berwaspada dan dapatkan nasihat perubatan sekiranya ia berlarutan terutamanya dalam kalangan bayi, kanak-kanak, warga emas berumur lebih 65 tahun, penghidap penyakit kronik, dan mereka yang mempunyai sistem imun lemah. Bagi penghidap penyakit kronik khususnya, pneumonia boleh mengancam nyawa mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Pneumonia – https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/pneumonia/symptoms-causes/syc-20354204

What is Pneumonia? – https://www.webmd.com/lung/understanding-pneumonia-basics

Versi Terbaru

07/11/2018

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhamad Firdaus Rahim


Artikel Berkaitan

Info Lengkap Tentang ASMA: Jenis, Simptom, Risiko & Rawatan

Bukan Hanya Kacau Waktu Tidur, Tapi Penyakit Asma Juga Buat Hidup Anda Terjejas


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 07/11/2018

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan