backup og meta

Batuk Kering Sebabkan Tekak Perit? Buat 13 Remedi Di Rumah Ini Untuk Kelegaan Pantas

Batuk Kering Sebabkan Tekak Perit? Buat 13 Remedi Di Rumah Ini Untuk Kelegaan Pantas

Apabila tiba musim panas atau sejuk melampau, kita berisiko mengalami masalah batuk kering. Batuk yang bersifat kering ini tidak atau mungkin menghasilkan kahak yang sangat sedikit. Ia boleh menyebabkan tekak menjadi agak kering dan menyakitkan dada. Bagaimanakah cara hilangkan batuk kering ini?

Lihat caranya di bawah ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

Punca batuk kering atau tanpa kahak

Batuk kering atau batuk tanpa kahak, adalah masalah kesihatan umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai faktor.

Ia boleh menyebabkan ketidakselesaan terutamanya pada waktu malam dengan mengganggu waktu tidur anda.

Batuk kering boleh berlaku akibat iritasi pada saluran pernafasan, alergi, asma, atau jangkitan seperti selesema dan flu.

cara hilangkan batuk kering
Jenis-jenis batuk yang perlu anda ketahui.

Kondisi seperti asid refluks dan penggunaan ubat-ubatan tertentu juga boleh menyebabkan batuk kering.

Kekeringan udara terutamanya ketika cuaca sejuk atau di dalam bilik berhawa dingin juga boleh menyumbang kepada masalah ini.

Cara hilangkan batuk kering dewasa

Berikut adalah 5 cara untuk hilangkan batuk yang bersifat kering untuk individu dewasa. Ia juga adalah cara menghilangkan batuk dengan cepat:

#1. Guna pelembap udara

Pelembap udara membantu melembapkan saluran pernafasan dan mengurangkan iritasi yang menyebabkan batuk.

Ia sangat berguna terutamanya ketika cuaca sejuk atau dalam bilik berhawa dingin.

#2. Cara menghilangkan batuk dengan cepat: Ambil madu

Madu adalah ubat semula jadi yang terkenal untuk melegakan batuk.

Ambil satu sudu madu sebelum tidur atau campurkan dalam teh hangat untuk mengurangkan batuk.

#3. Cara hilangkan batuk kering: Teh herba

Teh herba seperti teh pudina atau kamomil boleh melegakan kerongkong dan mengurangkan batuk.

Minum teh herba suam beberapa kali setiap hari boleh memberikan kelegaan kepada batuk yang dialami.

#4. Elakkan pencetus alergi

Jika batuk disebabkan oleh alergi, elakkan pencetusnya seperti debu, bulu binatang atau asap rokok.

Bersihkan rumah secara berkala dan gunakan penapis udara jika perlu.

#5. Cara menghilangkan batuk dengan cepat: Kumur dengan air garam

Berkumur dengan air garam suam boleh membantu melegakan kerongkong yang mengalami iritasi dan mengurangkan batuk.

Lakukan rutin ini beberapa kali sehari terutamanya sebelum tidur.

Cara hilangkan batuk kering kanak kanak

batuk kanak-kanak
Anak kerap batuk pastinya meresahkan ibu bapa.

Ini pula adalah cara hilangkan batuk anak pada waktu malam dan siang:

#1. Madu 

Madu boleh digunakan sebagai ubat batuk semula jadi.

Namun, madu hanya boleh diberikan kepada kanak-kanak yang berumur lebih daripada 1 tahun.

Jangan berikan kepada bayi di bawah umur satu tahun kerana boleh menyebabkan risiko botulisme.

#2. Cara hilangkan batuk kering: Mandi air panas

Mandi air panas boleh membantu melegakan saluran pernafasan dan mengurangkan kejadian batuk.

Wap air panas ini boleh melegakan kerongkong dan saluran pernafasan anda.

Ia adalah antara cara menghilangkan batuk dengan cepat.

#3. Cara hilangkan batuk anak pada waktu malam: Minum banyak air

Pastikan kanak-kanak minum banyak air atau mengambil cairan yang mencukupi untuk menghidratkan badan dan melegakan batuk.

Air kosong, jus buah segar dan sup adalah pilihan yang baik.

#4. Udara bersih dan segar

Pastikan udara di dalam rumah sentiasa bersih dan segar.

Elakkan asap rokok dan pencemaran udara dalam kediaman anda.

Jika perlu, gunakan penapis udara dalam bilik anak-anak.

#5. Dapatkan rehat yang mencukupi

Rehat yang cukup amat penting untuk membantu tubuh kanak-kanak melawan infeksi yang menyebabkan batuk.

Pastikan mereka mendapat tidur yang cukup dan berehat di rumah jika tidak sihat.

Cara hilangkan batuk kering bayi

cara hilangkan batuk kering
Jika bayi batuk tidak berhenti, ia mungkin tanda masalah yang lebih serius.

Untuk bayi pula, anda boleh lakukan perkara seperti berikut:

#1. Pelembap udara

Menggunakan pelembap udara dalam bilik bayi boleh membantu melegakan batuk si manja anda.

Ini membantu mengurangkan iritasi pada saluran pernafasan bayi yang sensitif. 

#2. Sapu dada dengan minyak bayi

Menyapu dada si manja dengan minyak bayi juga boleh membantu melegakan batuk kering yang dialaminya.

Ia boleh dilakukan sebelum mereka tidur.

#3. Tinggikan kepala ketika tidur

Meninggikan sedikit kepala bayi dengan bantal boleh membantu mereka bernafas dengan lebih mudah.

Ini sekali gus mengurangkan masalah batuk kering.

Kesimpulan

Batuk yang bersifat kering sememangnya sangat menyakitkan.

Namun dengan remedi yang tepat, ia boleh membantu memberikan kelegaan pantas.

Oleh sebab itu, anda perlu memilih kaedah remedi yang sesuai dengan umur dan keadaan individu.

Jika batuk kering ini berterusan atau disertai dengan gejala lain yang lebih serius, segeralah berjumpa dengan doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dry Cough and Chest Tightness. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/21888-dry-cough-and-chest-tightness. Diakses pada Disember 4, 2023. 

Chronic cough. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chronic-cough/diagnosis-treatment/drc-20351580. Diakses pada Disember 4, 2023. 

The Best Natural Cough Remedies. https://www.medanta.org/patient-education-blog/the-best-natural-cough-remedies. Diakses pada Disember 4, 2023. 

7 ways to combat coughs, colds. https://www.mayoclinichealthsystem.org/hometown-health/speaking-of-health/7-ways-to-combat-coughs-and-colds. Diakses pada Disember 4, 2023. 

Coughs: Meds or Home Remedies?. https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/coughs-meds-or-home-remedies/. Diakses pada Disember 4, 2023. 

Versi Terbaru

01/02/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Ubat, Susu Juga Boleh Rawat Penyakit Tibi! Cuba Guna 7 Bahan Natural Ini Di Rumah

Pneumonia: Jangkitan Paru-Paru


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 01/02/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan