Serangan penyakit asma biasanya dicetuskan oleh pendedahan kepada alergen dan perengsa di dalam rumah. Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Preventive Medicine, mengurangkan pencetus asma pada kanak-kanak melalui langkah pencegahan di rumah dilaporkan mengurangkan bilangan hari dengan simptom asma, bilangan hari tidak hadir ke sekolah dan bilangan keperluan rawatan kecemasan tahunan. Oleh itu, langkah pencegahan di rumah sebenarnya berkesan dalam meningkatkan kualiti hidup dan produktiviti kanak-kanak dan remaja yang menghidap penyakit asma.
Untuk menangani penyakit asma dengan baik, keadaan persekitaran rumah mesti diambil kira. Pencetus penyakit asma yang paling utama dalam rumah termasuklah alergen daripada hama, binatang peliharaan, lipas, tikus, dan kulat serta perengsa seperti asap rokok dan pencemaran udara dalam rumah. Pengurangan pencetus asma di rumah boleh dicapai melalui pelbagai strategi, seperti membaiki keadaan rumah dan mengubah tingkah laku seperti merokok atau membiarkan makanan terdedah. Oleh itu, langkah-langkah berikut perlu diambil untuk mengawal pencetus penyakit asma di rumah: