Hari Raya menjadi momen istimewa bagi majoriti kita semua kerana ia adalah hari yang penuh bahagia, terutama saat keluarga berkumpul di rumah orang tua.
Namun, bagi sebahagian orang, perayaan ini juga diiringi dengan stigma sosial yang dapat menimbulkan tekanan disebabkan mindset sesetengah individu yang kononnya sesiapa yang tinggal di rumah orang tua ialah orang yang dibuang keluarga.
Artikel ini akan memecah stigma rumah orang tua dengan menerangkan sebab sesetengah individu yang masuk rumah orang tua dan penjagaan diri yang boleh dilakukan ketika berada di sini.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.
Kenapa memilih untuk masuk ke rumah orang tua?
Pasti ada sebabnya kenapa warga emas atau individu memilih untuk masuk ke rumah orang tua. Antaranya:
1. Fokus kepada penjagaan kesihatan warga emas
Petugas di setiap pusat jagaan warga emas akan fokus kepada penjagaan kesihatan warga emas kerana di sini mereka ada dipantau oleh pekerja yang ada.
Mereka bertanggungjawab untuk memberi perhatian kepada warga emas sama ada daripada aspek kesihatan fizikal serta mental sekali gus menjadi ‘pengganti’ kepada anak-anak.
2. Menggalakkan warga emas sentiasa aktif

Warga emas semakin lama semakin tua dan tidak mampu melakukan aktiviti yang berat kerana faktor usia dan kesihatan.
Namun, ia tidak menjadi alasan untuk mereka tidak bergerak aktif.
Tahukah anda, apabila warga emas melakukan aktiviti fizikal, ia membantu mobiliti dan keseimbangan untuk mejadi lebih baik, meningkatkan kesihatan sendi dan tulang dan mencegah penyakit yang dihadapi.
3. Menggalakkan hubungan sosial dengan individu lain
Anda percaya atau tidak, di dalam pusat jagaan orang tua inilah ibu bapa anda akan berjumpa dengan kawan baharu?
Kerana jika mereka berada di rumah berseorangan, lebih mudah untuk rasa sunyi dan bosan.
Lagi-lagi jika tiada rutin aktiviti harian.
Di pusat jagaan warga emas inilah mereka dapat meluangkan masa bersama-sama dan lebih senang untuk berkawan kerana mempunyai kisah, latar belakang yang lebih kurang sama.
4. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai
Fasiliti yang disediakan di rumah orang tua juga semestinya mesra digunakan oleh warga emas seperti laluan berjalan disekitar rumah, rumah 1 lantai atau mempunyai lif jika rumah bertingkat!
Jadi amatlah sesuai bagi individu yang menggunakan wheel chair dan tongkat.
5. Tidak perlu lagi memikirkan tanggungjawab
Rumah orang tua berbeza dengan rumah yang biasa duduki.
Setiap manusia tidak akan lari dari memikirkan tanggungjawab seperti bil elektrik dan air, stok makanan rumah dan sebagainya.
Di pusat jagaan warga emas, anda hanya perlu komited untuk bayar yuran bulanan yang ditetapkan sahaja.
6. Mewujudkan keselamatan dan ketenangan
Rata-rata warga emas lebih suka tinggal berseorangan di rumah sendiri berbanding tinggal bersama dengan anak sendiri.
Barangkali kerana sudah tinggal lama dan terbiasa dengan rutin.
Tetapi, faktor keselamatan akan menjadi isu kerana menjadi risiko warga emas kerana cenderung terjatuh, faktor keselamatan dan sebagainya.
6 Penjagaan diri ketika berada di rumah orang tua
Penjagaan diri ketika berada di rumah orang tua #1. Kesihatan mental
Penjagaan mental diri dalam warga emas juga harus diambil berat.
Apabila keseorangan, bersosial dengan rakan dan keluarga merupakan cara utama untuk memerangi kesunyian dan kemurungan.
Di sini, ada teman dan pekerja di pusat jagaan warga emas yang boleh membantu.
#2. Kesihatan fizikal

Di pusat jagaan warga emas telah tetapkan jadual untuk aktiviti fizikal.
Pihak pusat akan bahagikan anda mengikut kemampuan individu tersebut.
Ia merangkumi senaman yang kerap, pemakanan yang betul dan penghidratan yang mencukupi adalah aspek penting dalam penjagaan diri.
Ini bertujuan untuk meningkatkan mobiliti dan keseimbangan dan menguatkan sistem imun.
#3. Buat sesuatu yang baru
100 perkara yang ada telah lakukan, ada lagi 100 perkara baru yang masih belum dilakukan!
Ada sesetengah individu kurang berpeluang untuk melakukan aktiviti yang mereka mahukan kerana ada kekangan dari segi persekitaran, wang dan keselamatan.
Jadi, ketika inilah mereka dapat buat perkara yang mereka inginkan!
Contohnya berjalan, bercucuk tanam, membaca buku, menonton cerita, belajar mengait dan melakukan kerja-kerja amal.
Penjagaan diri ketika berada di rumah orang tua #4. Ketawa
Ya, orang tua juga perlu ketawa! Menurut UCLA Health, orang tua yang ketawa akan mengurangkan stress, menyokong kesihatan mental, meningkatkan sistem imun dan kesihatan jantung.
Aktiviti menonton cerita atau komedi boleh membantu untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas ini.
#5. Memupuk semangat persaudaraan
Kehadiran warga emas di pusat jagaan warga emas akan menggalakkan rutin baru seperti menyertai aktiviti dan berkawan dengan orang baru.
Perkara sebegini menggalakkan semula untuk berhubung dengan keluarga dan rakan melalui saluran media sosial seperti Facebook ataupun secara fizikal dengan kerap.
#6. Makanan yang sihat untuk hidup lebih sihat.
Orang tua sakit wajib menjaga pemakanan berdasarkan info yang berikan oleh doktor atau dietitian.
Dapatkan juga tidur yang cukup, kawal emosi dan kurangkan merokok.

Kesimpulan
Diharapkan stigma negatif terhadap ibu bapa dan rumah orang tua tidak diperkotak-katikkan dan dijadikan isu yang besar selagi mana hubungan anak dan ibu bapa tersebut masih dijaga demi kesihatan mental dan fizikal yang lebih baik di atas keputusan yang dibuat.
[embed-health-tool-bmi]