backup og meta

Apa Itu Diet Zon Biru? Ini Amalan Pemakanan Untuk Hidup Sihat

Apa Itu Diet Zon Biru? Ini Amalan Pemakanan Untuk Hidup Sihat

Tahukah anda, ada satu diet umur panjang yang boleh diamalkan sekiranya anda ingin panjang umur. Diet ini dikenali sebagai Diet Zon Biru.

Mengapa namanya Diet Zon Biru? Ini cerita menarik mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sihat Pada Usia Emas, sila dapatkannya di sini. 

Zon Biru: Kawasan orang panjang umur di muka bumi

panjang umur

Zon Biru atau juga dikenali sebagai Blue Zones, adalah kawasan di mana penduduknya mempunyai umur yang panjang berbanding purata umur penduduk dunia.

Mungkin anda tidak tahu, majoriti penduduk yang tinggal di kawasan Zon Biru ini mempunyai purata umur antara 90 hingga 100 tahun!

Kawasan-kawasan Zon Biru yang diperkatakan ini ialah:

Mereka yang menetap di sini juga mempunyai peratusan yang rendah untuk menghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes dan juga obesiti.

Apakah rahsia mereka umur panjang dan tidak mendapat penyakit-penyakit kronik ini? Jawapannya ialah diet atau makanan harian mereka.

Pemakanan harian mereka menjadikan penduduk di lima lokasi ini mempunyai umur panjang berbanding penduduk lain di muka bumi. 

Mahu panjang umur seperti mereka? Amalkan Diet Zon Biru ini

Kami pasti, anda juga mesti ingin tahu apakah makanan yang dimakan oleh penduduk di Zon Biru ini.

Secara umumnya, mereka lebih banyak memakan sayur-sayuran atau buah-buahan berbanding jenis makanan lain.

Sekitar 95% makanan harian mereka adalah berasaskan tumbuh-tumbuhan. Makanan lain seperti daging pula hanya diambil dengan purata lima kali dalam tempoh sebulan.

Mereka yang tinggal di Zon Biru ini cuba mengelakkan sebarang pengambilan daging, produk tenusu dan juga makanan atau minuman bergula.

Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh anda amalkan jika mahu panjang usia seperti mereka.

Diet umur panjang 1: Legum

Antara jenis kekacang yang termasuk dalam keluarga legum adalah seperti kacang kuda, kacang dal dan kacang polong.

Jenis kekacang legum ini sangat baik untuk jantung selain bertindak sebagai sumber protein harian.

Anda mungkin akan berasa bosan jika hanya memakan kacang, oleh itu anda boleh memasukkannya ke dalam hidangan lain. Sebagai contoh, salad dan juga sup.

Diet umur panjang 2: Sayur-sayuran berdaun gelap

panjang umur

Kesemua jenis sayur adalah sangat baik untuk dimakan. Namun, sayuran berdaun gelap sangat digemari dan kerap diambil oleh penduduk di kawasan Zon Biru.

Antara jenis sayuran berdaun gelap yang boleh anda ambil adalah seperti bayam, kale, Pak Choy, dan salad. 

Diet umur panjang 3: Kekacang

Kekacang kaya dengan kandungan nutrien penting seperti protein, vitamin dan juga mineral.

Kacang juga mengandungi jenis lemak tidak tepu sihat yang baik untuk kesihatan jantung.

Anda boleh mencuba dengan memasukkan beberapa jenis kekacang dalam hidangan anda. Antara kekacang yang sangat disarankan adalah seperti kacang badam, pistachio, walnut dan juga gajus. 

[health_tool_article id=”60419″]

Diet umur panjang 4: Minyak zaitun

Tidak dinafikan bahawa minyak zaitun adalah antara jenis minyak tumbuh-tumbuhan yang paling sihat di dunia.

Minyak zaitun diketahui memberi kesan yang sangat positif terhadap kesihatan jantung manusia.

Ia mengandungi lemak sihat, antioksidan dan pelbagai vitamin lain.

Anda boleh menggunakan minyak zaitun sebagai dressing bagi salad anda atau sebagai pencicah roti. 

Diet umur panjang 5: Barli

panjang umur

Salah satu bijirin yang kerap diambil oleh penduduk di Zon Biru ialah barli. Anda perlu tahu, bahawa barli mempunyai ciri merendahkan paras kolesterol dalam tubuh seperti oat.

Selain itu, barli juga mengandungi asid amino yang sangat baik untuk merangsang pencernaan dalam usus.

Jika anda gemar minum air barli, cuba elakkan penggunaan gula tambahan dalam minuman barli tersebut. 

Amalkan diet Zon Biru jika mahu hidup lama

Secara umumnya, penduduk di Zon Biru banyak mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuh-tumbuhan dalam diet harian mereka.

Mereka banyak mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin dan juga bijian.

Setiap hari, mereka mengambil sekurang-kurangnya separuh cawan legum atau bijirin yang telah dimasak berserta 56 gram kekacang.

Perlu juga diingat, bahawa mereka mengambil jenis bijirin atau makanan penuh, bukannya makanan yang telah diproses.

Oleh sebab itu, mereka memperoleh kesemua nutrien yang terdapat pada makanan tersebut. Jika anda mahu umur seperti penduduk di Zon Biru, amalkanlah pemakanan seperti ini.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Buettner, D., & Skemp, S. (2016). Blue Zones: Lessons From the World’s Longest Lived. American Journal of Lifestyle Medicine, 10(5), 318–321. https://doi.org/10.1177/1559827616637066
  2. https://www.bluezones.com/
  3. https://www.npr.org/sections/thesalt/2015/04/11/398325030/eating-to-break-100-longevity-diet-tips-from-thebluezones#:~:text=Eating%20To%20Break%20100%3A%20Longevity%20Diet%20Tips%20From%20The%20Blue%20Zones,Facebook&text=of%20Blue%20Zones-,A%20distinct%20version%20of%20the%20Mediterranean%20diet%20is%20followed%20on,of%20meat%20and%20dairy%20products. 
  4. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/weight-loss/in-depth/mayo-clinic-diet/art-20045460#:~:text=Eat%20healthy%20foods%20and%20portions&text=Healthy%20choices%20in%20each%20of,and%20heart%2Dhealthy%20unsaturated%20fats.
  5. https://www.cdc.gov/healthyweight/healthy_eating/index.html

Versi Terbaru

05/09/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Diet Mediterranean Tingkatkan Prestasi Senaman dengan Pantas! Boleh Cuba Lepas Ni

Diet Mediterranean Kurangkan Risiko Berlakunya Masalah Pendengaran


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 05/09/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan