backup og meta

5 Jenis Penyakit Berkaitan Jantung Boleh Berlaku Apabila Makin Berusia, No. 2 Paling Kerap Terjadi!

5 Jenis Penyakit Berkaitan Jantung Boleh Berlaku Apabila Makin Berusia, No. 2 Paling Kerap Terjadi!

Warga emas merupakan antara golongan yang sangat berisiko untuk mengalami masalah jantung. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui apakah tanda tanda masalah jantung yang dialami. Kami bawakan kepada anda beberapa jenis penyakit jantung yang sering dialami golongan tua berserta simptomnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Sihat Pada Usia Emas, anda boleh klik di sini.

Penyakit berkaitan jantung dalam kalangan warga emas

Dari semasa ke semasa, organ-organ dalam badan manusia akan menjadi semakin tua sekali gus menyebabkan penurunan fungsinya yang ketara.

Salah satunya ialah penyakit kardiovaskular yang merupakan masalah paling biasa berlaku disebabkan penurunan fungsi jantung.

Warga emas merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat pelbagai penyakit terutamanya penyakit kardiovaskular.

Jadi, tahukah anda apakah masalah kesihatan jantung yang boleh berlaku kepada warga emas? Jika orang yang anda sayangi mengalami situasi ini, bagaimanakah anda harus menjaga mereka?

Berikut adalah antara jenis penyakit berkaitan jantung yang sering berlaku dalam kalangan warga emas:

#1. Serangan jantung atau infarksi miokardium

tanda masalah jantung

Serangan jantung atau tanda tanda masalah jantung boleh berlaku disebabkan tiga perkara:

  • Berlakunya pembekuan darah dalam kapilari. Trombus yang terbentuk di dalam saluran darah mengganggu pergerakan sel darah merah, lalu menyebabkan sel darah merah ini terperangkap atau tersekat. Pada masa ini, jantung berisiko mengalami kekurangan oksigen lalu menyebabkan beberapa sel mati secara kekal
  • Vasokonstriksi. Kadangkala vasokonstriksi juga boleh menyebabkan kesan yang serius seperti trombosis. Penyalahgunaan dadah dan tekanan yang kronik adalah dua faktor utama yang menyumbang kepada masalah ini
  • Kapilari darah bocor. Dalam kes yang jarang berlaku, serangan jantung juga boleh muncul disebabkan oleh saluran darah bocor, yang menyebabkan kekurangan sel darah merah ke jantung dengan ketara

Tanda masalah jantung #2. Strok

Salah satu penyakit jantung yang paling kerap berlaku ialah penyakit strok.

Menurut statistik daripada pakar perubatan, jenis strok yang paling biasa berlaku adalah strok iskemia.

Keadaan ini berlaku apabila otak tidak dibekalkan dengan oksigen yang mencukupi, menyebabkan kematian sel jisim dalam otak.

Punca utamanya adalah disebabkan pembekuan darah yang menghalang saluran darah.

Satu lagi jenis strok yang jarang berlaku ialah strok hemoragik, yang kerap kali berpunca daripada saluran darah yang pecah di dalam otak.

Tekanan darah tinggi biasa menjadi punca di sebalik masalah berbahaya ini.

#3. Aritmia jantung

tanda masalah jantung

Ini adalah sejenis penyakit jantung atau tanda masalah jantung yang dicirikan oleh irama jantung yang tidak normal (denyut jantung), seperti:

  • Degupan terlalu laju
  • Degupan terlalu perlahan
  • Tahap turun naik degupan yang tidak seragam

Keadaan ini lebih biasa berlaku dalam kalangan orang lelaki iaitu kira-kira 70% daripada keseluruhan kes.

Namun, golongan yang secara khususnya sangat berisiko mengalami penyakit ini ialah warga emas, terutamanya mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Selain itu, jika seseorang itu mengalami strok, mereka juga berisiko tinggi untuk mendapat gangguan kardiovaskular, termasuklah:

  • Hipertensi
  • Hipotiroidisme atau hipertiroidisme
  • Penyakit arteri koronari

#4. Penyakit injap jantung

Antara tanda masalah jantung lain yang biasa terjadi ialah masalah berkaitan injap jantung.

Penyakit yang berkaitan dengan injap jantung sering merujuk kepada pengaliran darah dalam jantung secara tidak betul.

Contohnya, apabila regurgitasi injap berlaku, darah boleh mengalir semula ke dalam jantung semasa proses pengepaman kerana injap jantung tidak ditutup dengan betul.

Ini kemudiannya menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk mengimbangi kekurangan sel darah merah dan menyelesaikan aliran balik darah.

[embed-health-tool-heart-rate]

Tanda masalah jantung #5. Kesan kolesterol tinggi 

Gumpalan darah mudah terbentuk apabila kolesterol, terutamanya kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), terkumpul terlalu banyak di dalam saluran darah.

Selain itu, kolesterol tinggi juga secara langsung boleh menyebabkan aterosklerosis, iaitu penyakit lain yang turut mengganggu peredaran darah.

tanda masalah jantung

Kesan bagi kedua-dua keadaan ini pada akhirnya boleh menyebabkan serangan jantung.

Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini daripada berlaku, anda perlu mengawal paras kolesterol dalam badan dengan baik dengan cara kerap melakukan senaman fizikal, selain fokus kepada pemakanan yang bernutrisi dan rendah kolesterol. 

Bagaimana untuk menjaga kesihatan jantung?

Bagi mengelakkan tanda tanda masalah jantung, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan setiap hari.

Antaranya ialah mengawal tekanan darah dan juga mengawal paras kolesterol setiap hari.

Selain itu, pastikan berat badan juga tidak melebihi julat BMI yang disarankan.

Berhenti merokok dan amalkan pemakanan yang sihat juga boleh membantu memelihara kesihatan jantung untuk jangka masa panjang.

Tidak lupa juga, lakukan aktiviti fizikal setiap hari dan pastikan anda mengawal stres atau tekanan yang dialami.

Barulah jantung akan lebih sihat selain mengurangkan risiko mengalami penyakit atau komplikasi yang lain.

Selamat mencuba!

#UseHeartForEveryHeart #WorldHeartDay #HelloDoktor

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Heart disease. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/symptoms-causes/syc-20353118. Accessed on August 10, 2022.

Cardiovascular Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21493-cardiovascular-disease. Accessed on August 10, 2022.

Cardiovascular diseases (CVDs). https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/cardiovascular-diseases-(cvds). Accessed on August 10, 2022.

Cardiovascular heart disease. https://www.bhf.org.uk/informationsupport/conditions/cardiovascular-heart-disease. Accessed on August 10, 2022.

Heart Disease. https://www.cdc.gov/heartdisease/about.htm. Accessed on August 10, 2022.

Versi Terbaru

28/08/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Rugi Siapa Tak Makan, Ini Dia 7 Khasiat Jantung Pisang Yang Ramai Tak Tahu!

Laici Ketahui 5 Rahsia Buah Laici Terhadap Kesihatan, Terutamanya Jantung!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 28/08/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan