backup og meta

Rugi Siapa Tak Makan, Ini Dia 7 Khasiat Jantung Pisang Yang Ramai Tak Tahu!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    Rugi Siapa Tak Makan, Ini Dia 7 Khasiat Jantung Pisang Yang Ramai Tak Tahu!

    Ramai yang mungkin suka makan buahnya dan guna daunnya di dalam masakan kerana sedar ia ada banyak manfaat. Pun begitu, tidak kurang ramai yang tidak tahu akan khasiat jantung pisang.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

    Adakah kita boleh makan jantung pisang?

    Persoalan utama yang mungkin akan wujud adalah adakah kita boleh makan bahagian penting pada pokok pisang ini? Ya, boleh dan anda tidak perlu risau untuk makan jantung buah ini!

    Namun anda mungkin perlu membuang sabut yang wujud di luarnya kerana rasanya agak pahit. Dalamnya, anda bebas untuk menikmati rasa manis serta bau manis bahagian pokok pisang ini.

    Bukan itu sahaja, anda juga mungkin boleh lebih kreatif dan mengekstrak bahagian ini menjadi minuman. Sebenarnya, ia juga sudah lama dijadikan sebagai suplemen tambahan.

    Wujud pelbagai manfaat daripada jantung buah ini seperti ada sifat antioksidan, tinggi dengan mineral, serat, protein, karbohidrat selain rendah dengan lemak dan kalori.

    jantung pisang

    Berikut adalah huraian nutrien yang wujud bagi setiap 3.5 auns atau 100 gram jantung pisang:

    • Protein – 1.5 gram
    • Karbohidrat – 4 gram
    • Lemak – Tiada
    • Kalori – 23 kcal

    Khasiat jantung pisang yang belum ramai tahu!

    Dalam pada itu, ia juga mungkin boleh mendatangkan banyak manfaat terhadap tahap kesihatan individu. Anda tidak percaya? Jom kita lihat apa yang makanan ini boleh buat!

    #1. Menurunkan kadar kolesterol dan glukosa

    Pertama, jantung buah ini dipercayai mampu untuk menurunkan kadar kolesterol dan glukosa – di mana ia adalah antara faktor risiko penyakit jantung serta diabetes.

    Ini kerana wujud sterol tumbuhan di dalam bahagian penting pada pisang ini yang ada implikasi antioksidan sekali gus bagus untuk menurunkan kolesterol dan glukosa.

    Dalam pada itu, ia juga tinggi dengan quercetin, catechin serta serat yang mampu menurunkan kadar kedua-dua faktor risiko untuk pelbagai jenis penyakit berbahaya ini.

    #2. Mencegah infeksi dan jangkitan

    Sebenarnya, ia bukan sahaja akan mendatangkan manfaat apabila dimakan malahan juga jika disapu pada luka di kulit. Ia mungkin boleh mencegah infeksi dan jangkitan.

    Ini kerana ia boleh mencegah pembiakan mikrob seperti bakteria dan parasit yang wujud pada luka tubuh badan sekali gus menghalang ia merebak menjadi lebih teruk.

    #3. Jantung pisang baik untuk kesihatan perut

    jantung pisang

    Sama seperti buah dan daun pisang, jantung pokok ini juga sangat tinggi dengan serat sama ada daripada jenis boleh larut dan tidak larut yang baik untuk kesihatan perut anda.

    Penjelasannya, ia mungkin akan meningkatkan kadar mikrobiome baik di dalam perut – himpunan atau gabungan bakteria, kulat dan virus yang boleh melawan anasir jahat.

    Dalam pada itu, serat di dalam buah ini juga adalah salah satu sumber prebiotik yang mungkin mampu untuk menambahkan lagi jumlah bakteria baik di dalam perut anda.

    #4. Bagus untuk kesihatan tulang

    Secara tradisional sejak zaman dahulu, jantung pisang juga telah lama digunakan untuk membantu merawat masalah sakit sendi – tanda bahawa jisim tulang yang merosot.

    Menurut kajian dalam makmal, antioksidan quercetin and catechin bertanggungjawab dalam hal ini. Di sebalik antioksidan itu, ia juga ada sifat antiradang untuk tulang.

    Disebabkan itu juga, anda mungkin selalu dengar untuk makan pisang agar mendapat kesihatan tulang yang lebih terjamin dan terjaga. Ternyata, ia bukan sekadar omong kosong.

    #5. Mengelakkan masalah prostat yang membesar

    Lelaki, anda mungkin tidak mahu untuk melepaskan manfaat yang sangat penting untuk anda ini!

    Lelaki yang sudah berusia 50 tahun ke atas berisiko tinggi untuk mengalami masalah prostat yang membesar. Kesannya, ia boleh membawa masalah untuk membuang air kecil.

    Asid sitrik dan amino yang wujud di dalam jantung buah ini adalah penyelamat anda kerana ia boleh membantu mengecilkan saiz prostat lantas mengelakkan masalah ini.

    #6. Mencegah masalah anemia tidur

    jantung pisang

    Anemia adalah masalah individu yang sukar untuk tidur malam. Pengambilan jantung buah ini yang sangat kaya dengan mineral zat besi mungkin boleh membantu anda merawatnya.

    Selain meningkatkan penyerapan zat besi di dalam tubuh badan, ia juga berupaya meningkatkan penghasilan sel darah merah untuk menyalurkan oksigen ke tubuh badan.

    #7. Bantu turunkan berat badan

    Rasanya semua orang mungkin sudah tahu bahawa pisang juga boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan yang berlebihan kerana ia sangat kaya dengan serat.

    Di atas tadi, kami juga telah menyatakan bahawa bahagian jantung buah ini memang kurang dengan lemak dan kalori. Jadi, mungkin kami tidak perlu menghuraikan kenapa ia bagus untuk kurus.

    Pun begitu, ia mungkin hanya sekadar kajian yang masih memerlukan penyelidikan lanjut. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor untuk lebih kepastian!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 15/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan