backup og meta

Zink Untuk Penglihatan, Benarkah Jika Ia Akan Membantu Melindungi Mata Anda?

Zink Untuk Penglihatan, Benarkah Jika Ia Akan Membantu Melindungi Mata Anda?

Ramai yang mungkin telah tahu kebaikan zinc untuk kulit dan ia memang benar. Namun, bagaimana pula dengan kelebihan zink untuk penglihatan? Jom baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Apakah benar zink untuk penglihatan?

Zink – nutrien penting, dipanggil “pembantu molekul”.

Ia memainkan peranan penting dalam membekalkan vitamin A dari hati ke retina untuk menghasilkan pigmen pelindung melanina pada mata.

Zink adalah pekat pada mata hampir dalam retina dan koroid, tisu vaskular di bawah retina.

Seseorang yang mempunyai sedikit zink di dalam badan mereka akan mempunyai risiko alopesia dan peningkatan kerentanan terhadap jangkitan.

Apakah manfaat zink untuk penglihatan?

zink untuk penglihatan

Adakah anda mempunyai kandungan mineral tinggi dalam makular anda?

Zink mempunyai misi untuk membantu vitamin A membuat pigmen yang dipanggil melanina yang melindungi mata anda.

Zink membantu anda memberikan penglihatan yang kuat pada waktu malam.

Suplemen zink akan menurunkan kemungkinan anda mendapatkan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia (AMD). Itu adalah perubahan penglihatan yang datang dengan usia.

Mereka yang mempunyai risiko AMD atau sudah mengalami tahap awal AMD perlu meningkatkan pengambilan zink.

Badan anda tidak menghasilkan zink yang cukup. Oleh itu, anda mesti mendapatkan sumber zink melalui diet harian.

Berapa banyak zink yang diperlukan?

Menurut Institute of Medicine Recommended Dietary Allowance (RDA), wanita memerlukan 8 mg zink setiap hari dan lelaki memerlukan 11 mg sehari.

Namun, bagi orang yang berisiko terhadap AMD, kandungan zink yang bermanfaat adalah 40-80 mg sehari.

Walau bagaimanapun, ia mungkin boleh mengganggu perut anda jika anda menggunakan dos yang tinggi. Menurut

Kajian Penyakit Mata yang Berkaitan dengan Umur (AREDS), ujian yang sedang dijalankan menunjukkan bahawa dos sederhana hanya 25 mg sehari.

Sebenarnya, zink boleh menghalang kemajuan menyerap tembaga dalam badan anda. Oleh itu, suplemen yang mengandungi zink biasanya mempunyai tembaga tambahan.

Jika anda mengambil suplemen zink, dapatkan 2 miligram tembaga sehari.

zink untuk penglihatan

Di samping itu, zink juga menghentikan beberapa antibiotik daripada bekerja dengan cara yang sepatutnya. Pastikan anda ambil suplemen zink yang betul, beritahu doktor anda.

Berikut pilihan makanan untuk anda!

Sebenarnya, makanan dan minuman yang diperkuat adalah penting untuk mengekalkan kesihatan mata yang baik.

Makanan yang mengandungi zink termasuk daging merah, telur, germa gandum, kacang, kacang merah, tauhu, ayam, kekacang, dan sebagainya.

Kandungan zink untuk penglihatan dalam beberapa makanan dan minuman yang perlu anda ketahui, seperti:

  • Tiram (Mentah): 76.3 mg
  • Daging lembu (Dimasak): 5.2 mg
  • Udang kara (dimasak): 2.5 mg
  • Emping: 2.0 mg setiap cawan
  • Yogurt: 1.5 mg setiap cawan
  • Salmon (Dimasak): 1.3 mg
  • Susu: 1.0 setiap cawan
  • Telur (rebus): 0.5 setiap cawan

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Zinc, https://nutritionfacts.org/topics/zinc/, Accessed on Nov 29 2019.
  2. Zinc, https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-zinc/art-20366112, Accessed on Nov 29 2019.
  3. Zinc, https://www.eufic.org/en/vitamins-and-minerals/article/zinc-foods-functions-how-much-do-you-need-more, Accessed on Nov 29 2019.
  4. How Zinc Benefits Your Body — and How Much Zinc You Need, https://health.clevelandclinic.org/zinc/, Accessed on Nov 29 2019.
  5. Diet & Nutrient, http://www.aoa.org/patients-and-public/caring-for-your-vision/diet-and-nutrition?sso=y, Accessed on Nov 29 2019.

Versi Terbaru

05/07/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ini 2 Resipi Nasi Goreng Terlajak Sedap, Kena Guna Nasi Sejuk Semalaman Baru Jadi!

Nak Bagi Badan Kurus, Bila Waktu Sesuai Minum Teh Hijau?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 05/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan