home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Tips untuk Ibu Bapa Membeli Barang Dapur

Tips untuk Ibu Bapa Membeli Barang Dapur

Ramai ibu bapa yang sibuk dengan kerja sehinggakan sering tiada masa menyediakan hidangan sihat untuk keluarga mereka. Akan tetapi, anda boleh mendapatkan hidangan berkhasiat jika mengikuti tiga tips di bawah:

  • Sediakan lebih makanan lengkap dan kurangkan makanan proses
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam setiap hidangan
  • Sediakan anak anda protein pejal, sihat dalam kebanyakan hidangan

Salah satu cara terbaik untuk merealisasikan perkara ini adalah dengan memasak lebih kerap makanan di rumah. Cari makanan yang tidak berserta label nutrisi yang ‘berjela-jela’ seperti brokoli, bayam, epal, beras perang, bijirin penuh, ikan segar, kacang, ataupun kekacang.

Berita baiknya adalah anda perlu bermula dengan apa yang perlu ada dalam senarai barang dapur anda. Jom lihat tips-tips di bawah.

Serat

Serat mengenyangkan anda dan baik untuk penghadaman, tahap gula darah, kesihatan jantung, dan pengurusan berat. Anda boleh mendapatkan serat dalam makanan berasaskan tumbuhan seperti:

  • Sayur-sayuran (segar, beku, dan tin);
  • Buah-buahan (segar, beku, dan tin);
  • Kacang dan bijian;
  • Bijirin gandum-penuh (panas dan sejuk);
  • 100% gandum-penuh atau produk roti gandum-penuh;
  • Pasta gandum-penuh;
  • Biskut gandum-penuh;
  • Tortilla gandum-penuh

Potassium

Kebanyakan kanak-kanak tidak mendapat potassium yang cukup, yang amat penting untuk sistem saraf, fungsi otot, dan keseimbangan air.

Sumber baik potassium termasuklah:

  • Avokado;
  • Pisang;
  • Cantaloupe;
  • Sayur berdaun hijau (seperti brokoli);
  • Jus oren;
  • Prun dan jus prun;
  • Betik;
  • Ubi kentang bersama kulit;
  • Tomato;
  • Kekacang dan kacang pis;
  • Ikan, kerang-kerangan, dan kepah;
  • Produk tenusu rendah-lemak dan bebas lemak;
  • Kacang (termasuklah kacang badam, kacang brazil, kacang tanah, kacang soya, dan kacang pistachio).

Protein

Masukkan protein pejal dalam kebanyakan hidangan yang anak anda makan.

Sumber baik protein termasuklah:

  • Telur;
  • Keju kurang lemak;
  • Ikan;
  • Daging pejal;
  • Poultri tanpa kulit;
  • Susu rendah-lemak;
  • Kacang soya dan produk kacang soya;
  • Yogurt;
  • Kekacang;
  • Kacang dan bijian;
  • Sayur-sayuran;
  • Bijirin penuh

Memilih lemak

Anak anda memerlukan sesetengah lemak dalam diet mereka, namun tidak terlalu banyak. Sesetengah jenis lemak adalah pilihan yang lebih baik berbanding makanan lain.

Asid lemak omega-3, contohnya, membantu dalam perkembangan otak bayi dan anak kecil. Berbanding dengan lemak tepu, omega-3 dan lemak tak tepu boleh membantu badan anak anda lebih sensitif kepada insulin, menjadikan kurang risiko diabetes.

Makanan-makanan ini merupakan sumber terbaik omega-3 atau lemak tak tepu:

  • Ikan berlemak seperti salmon, tuna, hering, makerel dan ikan bilis;
  • Telur;
  • Kekacang;
  • Bijian;
  • Minyak zaitun;
  • Minyak canola;
  • Biji rami;
  • Produk yang menggunakan minyak zaitun atau minyak canola (seperti marjerin, sos salad, sos botol, dan makanan bakar, sebagai contoh)

Baca label makanan

Memasak memang baik. Akan tetapi, untuk kebanyakan keluarga, adalah tidak realistik untuk anda menyediakan semua hidangan, bermula daripada perkara asas seperti menyiang.

Jadi, jika anda hendak membeli makanan proses, periksa dahulu label Fakta Nutrisi pada makanan tersebut dan pilih makanan yang kurang gula, lemak tepu, dan sodium.

Makanan tersebut dikira “rendah” jika hidangan tunggalnya menyediakan 5% atau kurang had harian gula, lemak tepu, atau garam.

Makanan tersebut juga dikira “tinggi” jika hidangannya menyediakan 20% atau lebih bagi setiap nutrien.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Parents’ Grocery Shopping Tipshttp://www.webmd.com/parenting/guide/child-nutrition-shopping-tips. Accessed August 27, 2016.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x