backup og meta

Suka Kongsi Gambar Anak Tantrum Di Media Sosial? Ini Sebab Ibu Perlu BERHENTI Buat!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    Suka Kongsi Gambar Anak Tantrum Di Media Sosial? Ini Sebab Ibu Perlu BERHENTI Buat!

    Keletah kanak-kanak adalah perkara yang paling mencuit hati dan disukai kebanyakan individu. Namun bukan semua perkara boleh dikongsi di media sosial, terutamanya gambar anak tantrum. Mengapa? 

    Bukan gambar anak tantrum

    Rata-rata ibu bapa, khususnya golongan ibu gemar berkongsi gambar anak mereka di media sosial, tidak kiralah selebriti mahupun individu kebanyakan. Perkara ini dikenali dengan istilah sharenting. Umumnya, tujuan utama perkongsian seperti itu dilakukan adalah untuk disimpan sebagai kenangan.

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa gambar yang tidak sepatutnya dikongsi kepada umum, antaranya seperti gambar anak sedang meragam. Bagi ibu bapa, berkongsi gambar anak tantrum mungkin dianggap sebagai humor. 

    Namun, adakah anda sedar perkongsian gambar seperti itu akan membawa impak yang besar kepada si kecil apabila dewasa nanti? Ataupun ia mungkin akan di salah gunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga boleh menyebabkan wujudnya rasa malu kepada anak?

    Anda mungkin sedang mengalami tekanan disebabkan kerja pejabat yang bertimbun. Pulang ke rumah pula, si kecil meragam kerana kehendaknya tidak dipenuhi sehingga menangis. Nah, peluang terhidang di depan mata. 

    Anda pun terus memegang telefon dan merakam gambar anak yang sedang menangis tersedu-sedu. Lalu membuat perkongsian di media sosial dengan #tantrumgedik. Namun adakah itu yang sepatutnya anda lakukan?

    gambar anak tantrum

    4 alasan untuk tidak berkongsi gambar anak tantrum

    Pastinya akan ada mommies yang bertanya, mengapa tidak sepatutnya membuat perkongsian gambar anak yang sedang meragam mahupun tantrum.

    Berikut penulis senaraikan 4 alasannya:

    1. Tugas seorang ibu, menaikkan semangat anak 

    Anda pernah mendengar istilah body-shaming? Situasinya lebih kurang sama dalam hal ini, cuma ia melibatkan kanak-kanak, iaitu child-shaming. Ia boleh dianggap sebagai 1 keadaan yang semakin berkembang di media sosial.

    Tetapi apakah kesan jangka panjang daripada perbuatan itu kepada si kecil saat dia sudah meningkat dewasa nanti? Bagaimana pula kesan perkongsian itu terhadap hubungan anda dan anak anda nanti?

    Tidakkah anda sedar segala apa yang anda kirimkan di internet akan kekal selama-lamanya? Lebih-lebih lagi jika anda tidak memprivasikan akaun media sosial dan ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja. 

    Jadi bukankah lebih baik untuk anda berkongsi gambar si kecil sedang menikmati dan bergembira dengan kehidupannya? Ia adalah aura positif yang pasti akan melahirkan senyuman kepada anda dan anak anda saat mereka melihatnya 1 hari nanti. 

    1. Ibu sepatutnya menenangkan anak

    Jika si kecil sedang tantrum, manakala anda pula sibuk mengambil gambarnya, bukankah itu satu contoh yang tidak baik? Pada tanggapan si kecil, ibunya mungkin lebih pentingkan telefon berbanding dirinya sendiri.

    Adakah itu sesuatu yang baik untuk berlaku? Sudah tentulah tidak. Malah, penulis rasa kalau anda mengambil gambar anak tantrum, jeritan dan tangisan akan menjadi semakin kuat.

    Jadi, sudah tentu ia bukanlah 1 tindakan yang bagus. Ya, anda perlu memberi ruang untuk si kecil meluahkan apa yang dirasanya atau istilahnya kecerdasan emosi (EQ). Namun, janganlah sampai mengambil gambar si kecil yang menangis itu. 

    1. Tidak semua harus dikongsikan

    Kemunculan media sosial menyebabkan kebanyakan daripada kita berasakan setiap momen yang berlaku harus dikongsi dengan umum. Tetapi hakikatnya, bukan semua. Bahkan, ada sesetengahnya hanya patut menjadi kenangan peribadi. 

    Saat berasa marah, kecewa, terluka harus dijadikan privasi dan rasa hormat, bukannya dikongsikan di Instagram atau Facebook.

    1. Meletakkan diri sendiri

    Apa kata mommies sekalian letakkan diri di tempat anak, adakah anda mahu ibu anda berkongsi gambar anda menangis meraung di media sosialnya? Tidak, bukan? Jadi itu jugalah yang si kecil rasai.

    Ada masanya kita akan mengalami rasa letih yang teramat sangat, sehingga moody dan hanya ingin menangis. Anak anda juga begitu. 

    Jadi jika anda tidak mahukan gambar hodoh anda yang sedang menangis sehingga merosakkan solekan di wajah, mengapa anda harus berkongsi gambar si kecil yang sedang menjerit, menangis dan sebagainya?

    gambar anak tantrum

    Jadilah ibu yang bijak

    Sebagai ibu atau bapa, apabila si kecil meragam, pastinya kita akan melihatnya sebagai 1 perkara yang comel, ditambah pula dengan raut wajah yang sedang merajuk. Lebih seronok, jika perkongsian tersebut mendapat banyak likes dan komen. 

    Namun, percayalah, bukan semuanya perlu dikongsikan bersama umum, terutamanya gambar anak tantrum. Berikan si kecil anda ruang peribadinya sendiri. Si kecil pasti akan menghargainya. 

    Sekiranya anda masih mahu mengambil gambar si kecil sedang menangis, terpulang. Tetapi cukuplah sekadar menjadikannya sebagai simpanan peribadi anda sendiri.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan