backup og meta

Memupuk Kemahiran Sosial Kanak-kanak Istimewa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    Memupuk Kemahiran Sosial Kanak-kanak Istimewa

    Kebanyakan kanak-kanak kelainan upaya kurang mempunyai kemahiran sosial yang sangat penting untuk menjalinkan hubungan antara individu.

    Kanak-kanak ini cenderung mempunyai masalah berkomunikasi dengan rakan sekelas serta guru mereka.

    Selain itu, mereka sering salah faham mengenai keperluan bersosial lalu gagal untuk mengawal kelakuan dan memahami akan akibat daripada perbuatan mereka sendiri.

    Kanak-kanak yang mempunyai kawalan diri yang lemah selalunya akan dianggap bermasalah di sekolah.

    Mereka ini kemudiannya akan ditempatkan ke dalam program khas bersama-sama mereka yang mempunyai masalah sama untuk memperbaiki kemahiran sosial mereka.

    Guru dan keupayaan sosial 

    kemahiran-sosial-kanak-kanak-7-skil-untuk-diajar

    Dari aspek luaran,kanak-kanak sebegini ini kelihatan normal dan segala salah laku mereka seringkali ditafsir sebagai ‘kenakalan.’

    Terdapat banyak program tambahan yang boleh mengajar kemahiran sosial bagi membantu kanak-kanak ini mengawal kelakuan serta lebih terlibat dengan individu lain.

    Bagi setiap program yang ingin dibangunkan, guru perlu menjawab setiap persoalan berikut terlebih dahulu:

    1. Adakah program tersebut dikhaskan untuk kanak-kanak istimewa sahaja atau terbuka pada semua?
    2. Adakah program tersebut hanya mengajar kemahiran sahaja atau turut disertakan dengan pelbagai subjek lain?
    3. Adakah kemahiran yang diajarkan di dalam program boleh digunakan di luar program kelak?

    Pertama sekali, sangat penting untuk menilai terlebih dahulu kemahiran sosial dan emosi kanak-kanak ini.

    Ini dapat membantu guru merancang strategi dan bersikap lebih simpati dan empati terhadap mereka.

    Kedua, guru perlu memahami dan mempelajari cara untuk menangani kelakuan kanak-kanak ini.

    Contohnya, guru boleh menggunakan bahasa atau isyarat untuk memberitahu salahlaku kanak-kanak yang mudah difahami oleh mereka.

    Akhir sekali, sentiasa jadi dorongan yang terbaik buat mereka. Lontarkan pujian kepada kanak-kanak ini sekiranya mereka mula menunjukkan kemajuan.

    Ini bukan sahaja dapat memberi galakan kepadanya malahan juga menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak lain.

    Apabila mereka mula berasa dihargai dalam keterlibatannya di sekolah, mereka akan terdorong untuk melakukan yang lebih baik lagi.

    Ibu bapa dan kemahiran sosial kanak-kanak istimewa

    pendidikan awal kanak-kanak

    Ibu bapa juga boleh membantu kanak-kanak sebegini di rumah. Caranya, ibu bapa perlu mempelajari kemahiran yang dimiliki oleh guru mereka di sekolah.

    Contohnya, ibu bapa perlu tahu tentang tatacara mengajar anak dalam konteks sosial.

    Jadikan persekitaran dalam rumah sebagai kelas untuk mengajar kemahiran sosial kanak-kanak istimewa di rumah.

    Ibu bapa boleh melakukannya dengan:

    • Mengurangkan permainan atau aktiviti yang tiada interaksi sesama individu
    • Merancang masa untuk anak bermain
    • Mencari teman untuk anak bermain
    • Memberi hadiah sebagai dorongan atau galakan kepada anak

    Kanak-kanak istimewa yang memahami kelainan upaya mereka dan mengetahui cara mengendalikannya lebih bagus dalam membuat keputusan.

    Mereka percaya bahawa mereka mampu melakukan perubahan yang positif dalam kehidupan seharian.

    Mereka juga lebih selesa untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti serta tidak takut untuk menghadapi cabaran hidup.

    Kanak-kanak golongan ini yang mempunyai dorongan, galakan dan motivasi daripada individu di sekelilingnya akan lebih mampu untuk menempuh hidup berbanding yang tidak mempunyainya.  

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan