backup og meta

Ini Cara Betul Kalau Nak Masak Mi Segera! Ada Juga 3 Resipi Mudah, Sedap & Sihat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/05/2023

    Ini Cara Betul Kalau Nak Masak Mi Segera! Ada Juga 3 Resipi Mudah, Sedap & Sihat

    Bila tidak tahu hendak masak apa pada waktu malam, biasanya mi segera akan menjadi pilihan. Ini kerana ia sangat mudah untuk dimasak, cepat dan mengenyangkan. Namun, tahukah anda bahawa mi segera juga perlu dimasak dengan betul bagi mengurangkan kesan dan keburukan mee segera? Ini cara masak mie segera yang boleh anda lakukan di rumah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

    MSG dalam mi segera

    cara masak mie

    Sebelum tahu cara masak mie, anda perlu ketahui apakah kandungan yang ada dalam serbuk perisa mi segera.

    Setiap mi segera tidak kira mi segera berbentuk sup atau kering, pasti disertakan dengan paket perisa dan kondimen yang lain.

    Kita semua tahu bahawa setiap serbuk perisa mi segera tidak mengira jenama apa pun pasti mempunyai kandungan MSG. Apakah MSG dan adakah ia selamat dimakan?

    MSG atau monosodium glutamat adalah sejenis penambah rasa yang telah digunakan secara meluas selama lebih kurang 100 tahun yang lalu.

    Selain wujud secara semula jadi dalam makanan tertentu, ia juga merupakan bahan tambahan makanan yang biasa digunakan dalam resipi dan masakan Cina, sayur-sayuran, sup dalam tin serta barangan diproses yang lain seperti mi segera.

    Selama bertahun-tahun, MSG telah dilihat sebagai bahan yang tidak sihat.

    Walau bagaimanapun, penyelidikan yang terkini meneliti semula kesan buruk MSG yang dikatakan memberi kesan negatif terhadap kesihatan manusia.

    Pihak berkuasa kesihatan seperti Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA), Food and Drug Administration (FDA), dan European Food Safety Association (EFSA) mengiktiraf MSG secara amnya sebagai selamat untuk dimakan.

    Cara masak mie segera yang betul

    cara masak mie

    Biasanya, kita hanya merebus air sehingga panas dan memasukkan serbuk perasa mi segera ke dalam air tersebut.

    Kemudian, kita akan memasukkan mi dan bahan-bahan pelengkap lain untuk menjadikan ia satu hidangan yang lengkap.

    Setelah direbus sekitar 3 minit, ia sudah boleh dimakan.

    Dikatakan bahawa, jika kita memasukkan serbuk perasa terus ke dalam air panas dan merebusnya, ia akan menjadikan MSG dalam serbuk perisa menjadi toksik.

    Selain itu, mi itu sendiri dikatakan mempunyai bahan pengawet yang mungkin tidak begitu bagus untuk kesihatan kita.

    Jadi apa cara masak mie segera terbaik untuk mengurangkan ketoksikannya? Ikuti langkah di bawah ini:

    1. Panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak.
    2. Rebuskan mi dahulu separuh masak. Setelah siap, tutup api dan toskan airnya. Bilas mi dengan air paip.
    3. Panaskan air dalam periuk untuk kali kedua sehingga mendidih. Kemudian masukkan mi sekali lagi berserta bahan-bahan pelengkap lain seperti sayur-sayuran, daging ayam dan telur.
    4. Setelah semuanya masak, tutup api dapur. 
    5. Kemudian, masukkan serbuk perisa dan kacau sehingga ia larut.
    6. Sedia untuk dihidangkan.

    Kini anda telah tahu cara masak mie yang lebih baik dan lebih menyihatkan untuk seisi keluarga.

    Resepi mee segera goreng dan rebus yang lebih sihat

    cara masak mie

    Ada beberapa cara masak mie yang lebih sihat untuk anda cuba di rumah bagi mengurangkan keburukan mee segera.

    Lihat 3 resipi yang kami sediakan di bawah ini:

    #1. Mi segera kering dengan cendawan

    1. Rebus mi segera dan toskan.
    2. Tumis cendawan Shitake bersama beberapa ekor udang. Jika anda tidak sukakan udang, boleh tukarkannya kepada isi ayam.
    3. Masukkan mi yang telah direbus ke dalam bahan tumisan.
    4. Tambahkan sedikit minyak bijan dan juga kicap.
    5. Sedia untuk dihidang.

    #2. Mi segera ala Korea

    1. Rebus mi segera sehingga masak. Masukkan bersama potongan tauhu putih sebagai sumber protein.
    2. Kemudian, tutup api dan biarkan mi serta air rebusan sejuk sedikit.
    3. Masukkan kimchi berserta sedikit jusnya ke dalam kuah mi segera anda. Ingat, jangan masukkan kimchi ketika air sedang panas kerana ia boleh membunuh bakteria baik pada kimchi.
    4. Siap untuk dihidang.

    #3. Mi segera telur

    1. Sediakan dua biji telur ayam. Ambil 1 biji dan rebus selama 7 minit. 
    2. Setelah itu, rebus mi seperti biasa. Apabila air telah menggelegak, masukkan telur kedua dan kacau sehingga telur pecah dan sebati di dalam kuah.
    3. Boleh juga masukkan sedikit hirisan bawang putih, bawang merah dan minyak bijan sebagai perasa.
    4. Tambahkan potongan sayur brokoli sebagai pelengkap.
    5. Tutup api dan sedia untuk dihidang. Jangan lupa, kopek dan potong telur yang telah direbus tadi untuk dihidangkan bersama mi anda. 

    Selamat mencuba!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 02/05/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan