Racun Perosak Dalam Mi Segera Pedas Korea, Ini Kesannya Pada Badan Jika Anda Berterusan Makan!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/11/2022

    Racun Perosak Dalam Mi Segera Pedas Korea, Ini Kesannya Pada Badan Jika Anda Berterusan Makan!

    Anda suka makan mee sedap? Tahukah anda, pengeluaran Mie Sedaap telah ditarik balik oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) kerana didapati mengandungi etilena oksida, sejenis racun perosak yang tidak boleh digunakan di dalam makanan.

    Produk yang dikenal pasti ialah Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Instant Noodles dengan tarikh luput 21 Mei 2023 dan Mi Sedaap Korean Spicy Soup Instant Noodles dengan tarikh luput 17 Mac 2023.

    Walau bagaimanapun, menurut laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua-dua produk yang terlibat dengan tarikh luput di atas tidak memasuki pasaran Malaysia.

    Namun, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, kedua-dua Mie Sedaap ini ada dijual di pasaran, namun bukanlah yang mempunyai tarikh luput seperti di atas.

    Bagi mereka yang suka makan mi ini – terutamanya mee sedap korea – pasti anda tertanya-tanya apa sebenarnya etilena oksida serta bahayanya terhadap tubuh badan kita.

    Dalam artikel kali ini, kami akan kupas lebih lanjut mengenai bahan ini supaya anda boleh lakukan pembelian yang bijak sebagai pengguna.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.

    Apa itu etilena oksida, bahan kimia dalam mee sedap?

    mee sedap

    Etilena oksida (EtO atau EO) merupakan sejenis gas yang tidak berwarna, mudah terbakar dan sangat reaktif. Ia mempunyai bau manis yang mampu membunuh bakteria, virus dan kulat dalam makanan.

    Gas ini digunakan untuk menjalankan fumigasi untuk membasmi makhluk perosak. Menurut KKM lagi, etilena oksida tidak dibenarkan penggunaannya dalam makanan berdasarkan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

    Pengambilan makanan yang mengandungi etilena oksida tidak akan mendatangkan bahaya secara serta-merta. Walau bagaimanapun, anda berhadapan dengan risiko keracunan jika selalu mengambil makanan ini, terutamanya dalam satu tempoh yang berpanjangan.

    Penarikan semula makanan yang mengandungi etilena oksida bukanlah sesuatu yang baharu. Pada bulan Ogos lepas, aiskrim Häagen-Dazs berperisa vanila telah ditarik balik kerana mengandungi bahan yang sama.

    Baca juga:

    Bahaya sebenar mee sedap atau mi segera

    mee sedap

    Selain etilena oksida, ada banyak sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk makan terlalu banyak mi segera.

    Ia bukan sahaja tidak mempunyai sebarang khasiat, malah bahan-bahan yang terkandung di dalam sepaket mi ini juga mungkin akan mendatangkan bahaya terhadap kesihatan.

    Jangan disebabkan ingin berjimat, anda sanggup makan mi segera berhari-hari!

    Di bawah, kami senaraikan beberapa keburukan mi segera terhadap kesihatan:

    1. Badan tidak dapat mencerna mi dengan pantas

    Mi segera mengandungi bahan pengawet yang dikenali sebagai Butylated hydroxyanisole (BHA) dan t-butylhydroquinone (TBHQ). Kedua-dua bahan inilah yang bertanggungjawab untuk memastikan mi segera tahan lama walaupun disimpan berbulan-bulan lamanya!

    Bukan itu sahaja, BHA dan TBHQ merupakan bahan kimia yang karsinogenik. Ini bermaksud, ia boleh menyebabkan kanser jika dimakan dalam satu tempoh yang panjang. Malah, ia juga boleh menyebabkan asma, kegelisahan dan cirit-birit. Bahaya kan!

    2. Mee sedap mengandungi terlalu banyak garam

    Satu hidangan mi segera mengandungi 397-3698 miligram garam. Ada juga jenama yang mengandungi lebih banyak garam daripada ini.

    Walaupun garam merupakan mineral yang penting untuk badan, pengambilan yang berlebihan hanya akan membawa mudarat.

    Jangan lupa, satu pek mi segera selalunya terdiri daripada dua hidangan. Jadi, jika anda suka makan 2 pek mi segera sekali duduk, jumlah garam yang anda ambil sebenarnya adalah 4 kali ganda!

    3. Meningkatkan risiko penyakit jantung

    mee sedap

    Jika anda makan mi segera 2-3 kali seminggu, ketahuilah bahawa pengambilan mi segera yang terlalu kerap ini boleh menyebabkan penyakit jantung.

    Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Nutrition, wanita yang makan lebih banyak mi segera didapati mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghidap sindrom metabolik berbanding mereka yang kurang mengambilnya.

    Tetapi, apa maksud sindrom metabolik? Ia merupakan satu kumpulan simptom seperti obesiti, tekanan darah tinggi dan tahap kolesterol HDL yang rendah. Semua simptom ini boleh meningkatkan risiko serangan jantung, diabetes atau strok!

    Jadi, selepas ini, fikir dulu sebelum makan mee sedap korea yang viral tu!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/11/2022

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan