Keracunan makanan boleh berlaku kepada individu yang mengambil makanan atau minuman yang dicemari bakteria. Tetapi apakah bakteria penyebab keracunan makanan ya? Dalam artikel ini ada jawapannya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Apa itu keracunan makanan?
“Syurga makanan” itulah gambaran yang sesuai untuk menggambarkan kemewahan dan kepelbagaian juadah sepanjang Ramadan.
Bulan istimewa ini bukan sahaja dinantikan oleh umat Islam, bahkan pelbagai kaum di Malaysia.
Malangnya, kepenatan seharian menahan lapar dan dahaga mungkin berakhir dengan situasi yang sangat menjengkelkan apabila anda mengalami keracunan makanan.
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Simptom keracunan makanan
Kebanyakan daripada kita tidak menyedari simptom ini kerana beranggapan ia perkara biasa dan proses tindak balas semula jadi badan terhadap makanan yang diterima selepas seharian perut kosong.
Kebiasaannya keracunan ini boleh berlaku dalam tempoh 48 jam selepas makan atau minum makanan yang tercemar.
- rasa loya,
- sakit perut/cirit-birit,
- muntah-muntah,
- berpeluh/demam,
- sakit kepala,
- ekzema.
Jenis bakteria penyebab keracunan makanan
Jenis bakteria yang menjadi punca keracunan makanan seperti:
i. Salmonella
Bakteria jenis ini berpunca daripada manusia, haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat, serta haiwan peliharaan dan haiwan liar.
Biasanya berlaku terhadap produk berasaskan ayam, telur dan tenusu.
ii. Staphylococcal / Staphylococcus aureus
Ia adalah sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi.
Keracunan jenis ini sering berlaku kerana puncanya membabitkan manusia sendiri iaitu melalui hidung dan cairan hidung, telinga, kulit, rambut dan luka.
Baca juga: