backup og meta

Bahaya Minum Kopi Setiap Hari? Cara Nak Berhenti, Ikut 7 Langkah Hilang Ketagih Ini!

Bahaya Minum Kopi Setiap Hari? Cara Nak Berhenti, Ikut 7 Langkah Hilang Ketagih Ini!

Tahukah anda ada lebih banyak bahaya minum kopi setiap hari berbanding manfaat minum kopi setiap hari? Tabiat ini boleh menyebabkan ketagihan yang sukar untuk dipatahkan.

Mengikut statistik, 8 daripada 10 orang di Amerika Syarikat merupakan peminum kopi tegar.

Ramai yang lupa bahawa kafein bukan sahaja terkandung di dalam kopi, ia juga boleh didapati di dalam minuman berkarbonat, teh dan juga coklat!

Kafein juga merupakan stimulan nombor 1 di dunia. Minuman ini boleh membuatkan kita lebih fokus dan relaks.

Malah, kafein juga merupakan satu bahan yang boleh menyebabkan ketagihan yang teruk.

Ramai yang terlepas pandang akan bahaya minum kopi setiap hari. Ketagihan kopi boleh menyebabkan kita mengalami simptom seperti sakit kepala, mudah marah, sakit belakang, mengantuk dan loya.

Nampak tak betapa besarnya kesan minum kopi setiap hari dalam hidup kita!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Cara menghentikan ketagihan kafein

kalori kopi
Bilangan kalori untuk setiap cawan kopi.

Sebenarnya, ada dua cara utama untuk menghentikan kebergantungan terhadap kafein dan kopi iaitu

  • Pertama, berhenti secara berperingkat atau perlahan-lahan.
  • Kedua, berhenti secara drastik dengan melakukan perubahan gaya hidup.

Namun, ada banyak lagi langkah lain yang boleh dipraktikkan oleh mereka yang ingin berhenti untuk elak bahaya minum kopi setiap hari. Antaranya ialah:

1. Baca dulu senarai kandungan minuman

Ramai yang main teguk sahaja minuman dan langsung tidak menghiraukan apa yang terkandung di dalamnya.

Bagi mereka yang ingin berhenti minum kopi, pastikan anda kaji dulu bahan apa yang terdapat di dalam minuman yang anda ambil setiap hari.

Untuk pengetahuan anda, minuman lain seperti teh, air berkarbonat dan minuman tenaga turut mempunyai kafein.

Tidak ada gunanya jika anda takut mengenai keburukan minum kopi bagi lelaki dan keburukan minum kopi bagi wanita, namun masih lagi mengambil semua minuman yang dinyatakan ini!

2. Elak bahaya minum kopi setiap hari dengan berhenti secara perlahan-lahan

Jangan berhenti minum kopi secara tiba-tiba. Seperti ketagihan lain, kopi boleh mendatangkan withdrawal symptom yang teruk.

bahaya minum kopi setiap hari
Minum kopi setiap hari boleh membawa ketagihan.

Jika anda ingin berhenti secara perlahan-lahan, cuba kurangkan jumlah kopi yang diambil setiap hari.

Sebagai contoh, cuba minum separuh cawan kopi setiap hari.

Antara kebaikan berhenti secara perlahan-lahan ialah:

  1. Kurangnya simptom yang buruk.
  2. Kita boleh bekerja seperti biasa dan kekal produktif.
  3. Tidak pening kepala disebabkan ketiadaan kopi.
  4. Tidak akan menyebabkan badan ‘terkejut’ dengan perubahan yang drastik.

3. Tambah air dalam kopi

Walaupun rasanya akan menjadi tawar, kopi yang telah dicampur dengan air mempunyai kandungan kafein yang sedikit.

Namun, anda masih boleh menikmati secawan kopi yang penuh tanpa perlu rasa bersalah.

4. Sesekali cuba kopi decaf  bagi elak bahaya minum kopi setiap hari

Tidak ada salahnya jika anda ingin bertukar kepada kopi decaf. Walaupun rasanya tidaklah seasli kopi biasa, kopi decaf mengandungi jumlah kafein yang jauh lebih sedikit berbanding kopi biasa.

Mungkin anda pernah dengar mengenai keburukan kopi decaf yang dikatakan boleh menyebabkan kanser.

Namun, jangan risau! Decaf sebenarnya tidak akan mendatangkan sebarang penyakit. Malah, ia boleh membantu anda kurangkan kesan minum kopi setiap hari iaitu ketagihan.

5. Cuba minuman baharu

Mungkin inilah masa yang peling sesuai untuk mencuba minuman baharu. Cuba gantikan secawan kopi dengan teh hijau atau teh herba yang mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri!

bahaya minum kopi setiap hari
Gantikan kopi dengan teh hijau.

6. Pesan kopi saiz kecil untuk elak bahaya minum kopi setiap hari

Takut dengan bahaya ambil kafein, tapi masih mahu pesan secawan kopi? Tidak ada masalah!

Lepas ini, cuba beli kopi dalam cawan yang lebih kecil. Jangan terpengaruh pula dengan pujukan barista untuk upgrade ke cawan yang lebih besar ya!

7. Tanya diri sebelum beli

Paling penting, tanya diri terlebih dahulu sebelum beli kopi.

Jika jawapannya adalah tidak, anda sebenarnya tidak perlu pun minum kopi pada hari ini.

Jangan lupa akan bahaya minum kopi setiap hari dan sebab anda ingin berhenti!

Mana tahu, hujung bulan nanti anda boleh ada banyak lebihan duit yang boleh masuk ke dalam tabung simpanan!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Caffeine. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/caffeine. Accessed on Jan 10, 2022.
  2. Caffeine: How Long it Lasts, How Much & Withdrawals. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/15496-caffeine-how-to-hack-it-and-how-to-quit-it. Accessed on Jan 10, 2022.
  3. Caffeine: How much is too much? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/in-depth/caffeine/art-20045678. Accessed on Jan 10, 2022.
  4. Caffeine. https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/caffeine/. Accessed on Jan 10, 2022.
  5. Breaking Your Caffeine Habit. https://www.sutterhealth.org/health/nutrition/breaking-your-caffeine-habit. Accessed on Jan 10, 2022.

Versi Terbaru

21/03/2024

Ditulis oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Warga Emas Yang Suka Minum Kopi, Minuman Ini Boleh Kurangkan Risiko Nyanyuk & Parkinson

Orang Cakap Minum Kopi Boleh Sembuhkan Masalah Mati Pucuk, Benar Ke?


Ditulis oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Disemak pada 21/03/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan