Walau bagaimanapun, makan nasi bersama sup bukan sahaja dapat menurunkan suhu badan anda, ia juga dapat memastikan anda kekal hidrat. Jangan lupa, cecair juga dikira sebagai air!
Sama seperti teh panas, sup akan menggalakkan anda berpeluh. Apabila peluh tersejat, badan kita akan rasa lebih sejuk.
Makanan musim panas 6: Yogurt

Yogurt merupakan sejenis pencuci mulut yang manis dan mudah untuk didapati. Anda boleh beli sepaket yogurt dan bawa bersama anda ke kelas, tempat kerja atau keluar bercuti.
Protein dalam yogurt dapat mengisi perut dan membuatkan anda rasa kenyang. Ia juga dapat membantu anda mengelakkan makanan yang masin dan tinggi kalori.
Malah, yogurt juga mengandungi probiotik yang dapat memastikan sistem pencernaan anda sentiasa sihat.
7. Jus buah-buahan sitrus
Buah oren dan lemon kaya dengan vitamin C dan potassium, sejenis nutrisi yang sangat penting pada musim panas.
Potassium boleh keluar daripada badan melalui peluh dan tersejat. Ia membuatkan anda lebih berisiko untuk mengalami kekejangan otot.
Buah oren juga terdiri daripada 80% air. Jus oren atau lemon sangat sesuai dinikmati ketika cuaca panas. Anda juga boleh tambah soda untuk rasa yang lebih sedap!
8. Mangga
Jika anda sedang mencuba untuk menurunkan berat badan, buah mangga merupakan antara makanan musim panas yang paling berkhasiat!
Mangga tidak mempunyai banyak kalori. Malah, kandungan zat besinya yang tinggi dapat membantu kita meningkatkan tahap kalsium dalam badan.
Bukan itu sahaja, jika dimakan sejuk, mangga dapat membantu mengurangkan strok haba. Ia juga mengandungi vitamin A dan C yang dapat meningkatkan sistem imun badan.
Tip beli mangga:
- Jangan fokus pada warna ketika memilih mangga. Warna bukanlah tanda utama buah mangga masak atau tidak.
- Picit mangga sedikit. Mangga yang masak rasa lembik apabila dipicit. Mangga yang belum masak pula lebih keras.
- Bau mangga sebelum beli. Cium pada kawasan batangnya. Jika ia berbau wangi, maksudnya ia manis dan sudah masak!
9. Jagung
Sedapnya jagung! Kalau dimakan panas-panas pada waktu petang, fuh… Jagung bukan sahaja sedap dan berkhasiat, ia juga kaya dengan serat!
Jagung dapat membekalkan badan dengan lutein dan zeaxanthin, sejenis antioksidan yang penting untuk kesihatan mata. Antioksidan ini juga dapat mengurangkan risiko degenerasi makula yang dapat menyebabkan kebutaan dalam kalangan warga emas.
Makanan musim panas 10: Air kosong

Jangan lupa, minum banyak air kosong pada musim panas. Setiap hari, kita akan kehilangan antara 2 – 2 ½ liter cecair melalui perpeluhan, pernafasan, perkumuhan dan penyahtinjaan.
Sebab itulah, kita perlu minum 6-8 gelas air setiap hari. Namun, pada musim panas, anda mungkin perlu tambah jumlah air dan cecair yang diambil setiap hari. Air juga merupakan antara makanan musim panas yang menyejukkan badan.
Jangan risau, cecair dalam makanan seperti sup atau minuman seperti kopi, susu dan teh juga dikira. Namun, jangan biasakan diri minum banyak air manis ya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen