Bukan senang nak kekalkan zakar tegang jika anda alami masalah mati pucuk. Ia adalah masalah lazim yang sering didiagnosis dalam kalangan lelaki dan boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor.
Disemak secara perubatan oleh Prof Dr Christopher Ho Chee Kong · Urologi · Hello Health Group
Bukan senang nak kekalkan zakar tegang jika anda alami masalah mati pucuk. Ia adalah masalah lazim yang sering didiagnosis dalam kalangan lelaki dan boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor.
Disfungsi erektil (mati pucuk) boleh dimanifestasikan sebagai kesukaran lelaki untuk mencapai ereksi, mengekalkan ereksi atau mencapai orgasme dalam hubungan seks.
Terdapat pelbagai jenis kajian yang telah dijalankan saintis bagi memahami proses patologi dan potensi rawatan terhadap masalah ini.
Salah satu teori menarik berkenaan dengannya berkait rapat dengan penggunaan minuman berkafein dalam merawat masalah mati pucuk.
Teruskan membaca jika anda ingin tahu akan potensi kafein dalam merawat masalah ereksi zakar.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, sila juga boleh klik di sini.
Penjelasan yang sering diberikan kepada orang awam berkenaan dengan proses fisiologi yang menjurus kepada ereksi tidaklah rumit untuk difahami.
Elemen penting bagi permulaan untuk ereksi zakar adalah rangsangan fizikal atau emosi.
Apabila ada rangsangan tersebut, otak akan menghantar isyarat melalui sistem saraf pusat sehingga menyebabkan otot pada keliling zakar untuk mengalami relaksasi (kendur).
Aliran darah masuk ke dalam zakar akan meningkat. Tekanan di dalam zakar akan turut meningkat menyebabkan zakar tegang dan keras.
Masalah mati pucuk boleh berlaku sekiranya terdapat faktor yang menghalang peningkatan aliran darah ke dalam zakar.
Ia boleh berlaku disebabkan oleh faktor seperti:
Masalah ereksi zakar boleh berlaku akibat gabungan daripada mana-mana faktor yang tersenarai.
Oleh sebab itu penting bagi anda untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pemeriksaan daripada doktor bertauliah.
Pengesahan diagnosis boleh memberikan gambaran jelas mengenai rawatan mati pucuk.
Baca juga:
Teori yang diusulkan berkenaan dengan potensi kafein sebagai rawatan mati pucuk berasal daripada kajian yang dijalankan terhadap subjek tersebut.
Minuman berkafein seperti kopi, teh, coklat dan sebagainya lazim diambil oleh pengguna di seluruh dunia.
Pengambilan beberapa cawan kopi sehari untuk merawat masalah zakar tegang sememangnya satu pendekatan rawatan yang menarik.
Namun bukti klinikal tidak mencukupi untuk menyokong teori tersebut.
Satu kajian yang telah diterbitkan pada tahun 2015 menunjukkan lelaki yang minum 170 hingga 375 miligram kafein sehari mempunyai risiko rendah untuk mengalami masalah mati pucuk.
Walau bagaimanapun, pengkaji tidak menemui kaitan di antara pengambilan kafein dengan peningkatan aliran darah di dalam badan termasuk zakar.
Tambahan pula, kajian tersebut mempunyai unsur-unsur berat sebelah.
Maklumat yang dikaji telah diambil daripada Tinjauan Ujian Nutrisi dan Kesihatan Nasional.
Sekiranya potensi kafein dalam rawatan mati pucuk hendak diselidiki dengan lebih baik, kajian lain perlu dijalankan dan dapatannya perlu dibandingkan.
Pada mulanya, doktor tidak akan mempreskripsikan ubat tanpa memantau keadaan pesakit selepas mereka melakukan perubahan gaya hidup.
Pendekatan yang boleh diambil termasuklah:
Sekiranya perubahan gaya hidup tidak boleh membantu anda untuk mencapai ereksi zakar yang baik, preskripsi ubat boleh membantu anda untuk memastikan zakar tegang.
Antara ubat yang agak popular dan sering dikaitkan dengan masalah mati pucuk adalah sildenafil citrate (viagra).
Ia hanya perlu diambil sebelum anda hendak mengadakan hubungan seks.
Terdapat juga alternatif lain yang boleh dicuba untuk menyelesaikan masalah ereksi zakar yang anda alami.
Namun, semuanya bergantung kepada kesesuaian berdasarkan kepada pemeriksaan oleh doktor yang bertauliah.
Jika anda mengalami kesukaran untuk mencapai ereksi (zakar tegang) semasa melakukan hubungan seks, dapatkan bantuan perubatan dengan kadar segera.
Minuman berkafein masih belum terbukti berkesan untuk merawat masalah mati pucuk. Namun ia mempunyai kebaikan yang tersendiri dan boleh diambil mengikut saranan semasa.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan, ajukan kepada doktor perubatan yang bertauliah.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen