home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Adakah Pemakanan Mempengaruhi Alergi Bermusim?

Adakah Pemakanan Mempengaruhi Alergi Bermusim?

Jika suatu hari anda bangun tidur dan anda tidak berhenti bersin, batuk manakala hidung gatal dan mata merah serta berair, anda kemungkinan besar dalam kalangan sekumpulan orang yang telah mendapat alahan bermusim. Jenis masalah kesihatan ini adalah perkara biasa dalam kalangan penduduk. Menyedari mempunyai alahan bermusim, anda perlu memberi perhatian kepada pemakanan yang anda makan boleh menjejaskan masalah kesihatan.

Apakah alahan bermusim?

Alahan bermusim biasanya dipanggil demam alergi atau alahan bermusim. Ia adalah simptom alahan yang berlaku pada satu masa-masa tertentu dalam setahun. Ia mungkin berpunca daripasa faktor luaran pada masa itu melepaskan spora dan pokok-pokok lain, rumput, rumpai melepaskan debunganya ke udara. Sistem imun orang yang alah kepada zarah-zarah tersebut mula merawat serangan itu dengan melepaskan bahan kimia. Ia adalah bahan kimia yang menyebabkan simptom alahan.

Tanda-tanda adalah pelbagai, termasuk:

  • Bersin
  • Gatal hidung atau tekak
  • Batuk
  • Hidung merah atau berair
  • Hidung tersumbat

Simptom ini kadang-kadang berlaku bersama dengan kemerahan, gatal, mata berair yang dipanggil konjunktivitis alahan.

Makanan yang memberi kesan alahan bermusim?

Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh memburukkan lagi alahan bermusim. Orang yang mengalami masalah kesihatan ini perlu untuk mengelakkan memakannya.

Pasli

Pasli dianggap reaktor berlawanan. Ia boleh membuat alahan bermusim lebih teruk jika pemakannya alah kepada debunga pokok.

Tomato

Apabila seseorang itu mempunyai alahan bermusim, histamin yang dihasilkan badan untuk bertindak balas terhadap serangan. Begitu juga tomato kaya dengan histamin dan ia adalah salah satu daripada reaktor silang dikenali seperti pasli. Oleh itu tomato bukan pilihan yang baik bagi seseorang yang mengalami alahan bermusim.

Blue cheese

Blue cheese is also high in histamines. It can promote itchy, watery, red eyes… almost every symptoms of seasonal allergies.

Badam

Badam serta beberapa kacang lain boleh memburukkan lagi alahan dalam kalangan mereka yang alah kepada debunga pokok. Produk dari badam seperti susu badam atau biskut tepung badam mempunyai kesan yang sama. Oleh itu, orang yang mengalami alahan lebih baik elak memakannya.

Arak

Wain dibuat daripada anggur diperam yang kaya dengan histamin. Selain itu, wain boleh mengakibatkan asma yang merupakan masalah kesihatan yang serius. Oleh itu, penghidap alahan bermusim mesti menjauhkan diri daripada arak jika tidak mahu keadaan mereka menjadi lebih teruk

Pisang

Alahan Ragweed akan menjadi lebih serius jika pesakit memakan pisang.

Saderi

Simptom alahan debunga dan rumpai debunga akan menjadi lebih buruk jika mangsa makan saderi.

Teh chamomile

Teh panas boleh mengurangkan simptom batuk. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu alah kepada ragweed, mereka harus mengelakkan teh chamomile.

Apabila mempunyai alahan bermusim, anda perlu memberi perhatian tambahan kepada faktor penyebab, cuaca dan juga diet. Makanan boleh menyebabkan alahan manakala yang lain boleh memburukkan lagi keadaan. Berhati-hati sepanjang masa untuk kekal sihat.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Can What We Eat Affect Seasonal Allergies? – Food & Nutrition. http://www.foodandnutrition.org/Winter-2012/Can-What-We-Eat-Affect-Seasonal-Allergies/ Accessed January 12, 2017

Foods to Avoid If You Have Seasonal Allergies – the Daily Meal. http://www.thedailymeal.com/foods-avoid-if-you-have-seasonal-allergies Accessed January 12, 2017

Seasonal Allergies (Hay Fever) – KidsHealth. http://kidshealth.org/en/parents/seasonal-allergies.htmlAccessed January 12, 2017

Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 26/04/2018
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x