Tip Semasa Membuat Pesanan Makanan Bagi Pesakit Diabetes

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 27/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Tidak semua orang yang mempunyai diabetes mengetahui bagaimana untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk diri mereka setiap hari. Kadangkala, mereka lebih suka untuk makan diluar. Anda masih boleh menikmati makanan anda tanpa takut makan secara berlebihan atau mengganggu tahap gula dalam darah anda.

Tip Membuat Pesanan

Pilih restoran anda

Masyarakat mempunyai kesedaran yang tinggi berkenaan kesihatan mereka. Oleh itu, bilangan restoran dan tempat makan yang menawarkan makanan segar dan organik meningkat dengan drastik. Oleh itu, anda harus memilih salah satu restoran yang mempunyai pelbagai pilihan sayur-sayuran dan hidangan berkhasiat.

Makanlah dengan cara anda

Jangan teragak-agak untuk meminta kepada tukang masak untuk memasak makanan anda dengan penggunaan garam yang rendah, rendah lemak, dan rendah karbohidrat. Anda mungkin tidak pasti berkenaan saiz, kadar hidangan atau kandungan bahan-bahan yang terkandung didalam makanan. Dalam hal ini, minta pelayan anda untuk memastikan bahawa kandungan kalori atau karbohidrat anda tidak terlalu tinggi.

Waspada terhadap gula yang tersembunyi

Pencuci mulut sememangnya mengandungi kandungan gula yang tinggi, salad atau sayur-sayuran juga boleh mengandungi pemanis tambahan. Sebagai contoh, 1 sudu madu bersamaan dengan 4 ½ sudu teh gula. Manakala 1 cawan buah dalam sirap pekat mempunyai 12 ½ sudu teh gula. Oleh itu, anda mungkin mahu mengelakkan menggunakan bahan-bahan tersebut di dalam dressing salad anda.

Baca menu secara kreatif

Anda boleh memesan buah-buahan sebagai pembuka selera atau sebagai pencuci mulut. Gabungkan salad bersama-sama pembuka selera yang rendah kalori sebagai ganti makan malam. Pilihlah untuk makan lebih banyak sayur-sayuran daripada daging dan kanji. Tetapi sekiranya anda mahu makan daging lembu atau ayam, masaklah daging tersebut dengan cara direbus berbanding dibakar atau digoreng.

Tip Pemakanan

Makan tepat pada waktunya

Sekiranya anda mengambil ubat atau insulin, adalah amat penting untuk anda merancang waktu pemakanan anda tepat pada masanya. Anda tidak disarankan untuk pergi ke restoran pada waktu puncak untuk mengelakkan anda daripada menunggu terlalu lama. Jika waktu menunggu anda mengganggu masa makan anda, minta pelayan menyediakan buah atau hidangan pembuka selera terlebih dahulu. Kemudian, jika hidangan anda dihidangkan bersama kanji, tawarkan kepada orang lain atau bawa pulang supaya anda tidak akan terpengaruh untuk makan terlalu banyak.

Pantau pengambilan alkohol anda

Alkohol tidak mempunyai kalori dan ia juga boleh mengganggu pengambilan ubat-ubatan anda. Cadangan untuk mereka yang menghidap diabetes adalah untuk tidak mengambil lebih daripada satu minuman sehari untuk wanita dan tidak lebih daripada dua kali sehari untuk lelaki. Satu minuman sama dengan 4 auns wain, 12 auns bir dan 1 auns spirits yang telah disuling.

Muat turun aplikasi mudah alih untuk membantu anda dengan pengambilan karbohidrat

Dengan perkembangan teknologi, tidak sukar untuk mencari aplikasi yang boleh membantu anda dengan kesihatan anda. Hakikatnya, terdapat banyak aplikasi yang boleh menghitung kalori, karbohidrat dan juga menghitung jumlah insulin yang anda perlukan.

Kesimpulannya, anda dapat melihat bahawa makan di restoran bukanlah satu masalah yang besar. Ia masih boleh dinikmati secara sihat jika anda mengingati peraturan di atas dan mengikutinya dengan patuh.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    WOW! Percaya Atau Tidak, Ada Satu Jenis Diet Yang Boleh Bantu Kita Lawan Depresi!

    Ya, mungkin ramai sudah tahu akan manfaat diet mediterranean. Namun tahukah anda ia juga bagus untuk bantu lawan depresi? Jom klik artikel ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet Sihat, Pemakanan Sihat 07/01/2021 . 3 minit bacaan

    10 Fakta Menarik Mengenai Sistem Pencernaan Manusia Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    Sistem pencernaan manusia mempunyai peranan penting dalam menguraikan makanan dan minuman yang diambil kepada khasiat nutrien.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Penyakit Perut/Gastrousus, Pusat Kesihatan 31/12/2020 . 4 minit bacaan

    Siapa Yang Tak Nak Kulit Cantik Kan? Sebab Itu Kena Cuba 5 Diet Yang Penuh Manfaat Ini!

    Jangan tak tahu, ada diet untuk kulit cantik khas jika anda berhasrat menjaga kecantikan kulit. Jom klik artikel ini untuk tahu 5 jenis diet tersebut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diet & Turun Berat Badan, Pemakanan Sihat 31/12/2020 . 3 minit bacaan

    Nutrien Penting Untuk Anak 1-3 Tahun, Ini Apa Yang Si Manja Perlukan

    Dalam tumbesaran kanak-kanak, nutrien makanan adalah penting. Pengambilan jenis diet yang betul akan dapat membantu perkembangan anak secara keseluruhan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Keibubapaan, Pemakanan Kanak-kanak 24/12/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    punca mulut berbau

    Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan tidak berkhasiat

    Memori Otak Anda Akan Lebih ‘Power’ Kalau Kurang Ambil 5 Jenis Makanan Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 19/01/2021 . 3 minit bacaan
    kalori per hari untuk diet

    Psssttt.. Ini Rahsia Nak Kurus! Jaga Pengambilan KALORI Harian, Ikut Cara Ini Pasti Jadi

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/01/2021 . 3 minit bacaan
    makanan diet eat clean

    Azam Tahun Baharu Nak Fit & Langsing? Jom Mulakan Diet Eat Clean Hari Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 07/01/2021 . 3 minit bacaan