backup og meta

Tiada Idea Nak Bagi Anak Makan Apa? Ibu Ayah, Jom Cuba Resepi Mashed Potato!

Tiada Idea Nak Bagi Anak Makan Apa? Ibu Ayah, Jom Cuba Resepi Mashed Potato!

Di saat sedang meluangkan masa mencari resepi snek untuk anak di laman Google, kata kunci mashed potato resepi adalah agak tinggi menandakan ia antara idea yang popular.

Manakan tidak, kentang putar itu memang begitu terkenal dengan rasa yang sedap, tekstur empuk dan khasiatnya yang tinggi sekali gus menjadikan ia sangat sesuai untuk anak anda.

Persoalannya, mashed potato resepi itu apa dan bagaimana? Jom terus baca artikel untuk tahu!

Khasiat kentang putar ibu bapa perlu tahu!

Buat anda yang mungkin kurang kenal dengannya, kentang putar adalah snek yang diperbuat daripada bahan ubi kentang, susu, yis berserta sayur dan rempah yang bervariasi.

Ia mempunyai rasa yang sedap, tekstur yang empuk serta khasiat yang tinggi. Kebiasaannya, kentang lenyek akan dijadikan sebagai hidangan untuk pembuka atau penutup selera.

mashed potato resepi

Berikut adalah kiraan kasar nutrisi yang ada di dalam setiap hidangan sepiring kentang putar:

  • Kalori: 232 kcal
  • Kolesterol: 0 mg
  • Lemak: 1.6 g
  • Protein: 9.6 g
  • Karbohidrat: 48 g
  • Gula: 3.8 g
  • Serat: 8.3 g
  • Sodium: 87 mg
  • Kalsium: 142 mg
  • Zat besi: 4.5 mg
  • Vitamin C: 31 mg
  • Vitamin E: 0.4 mcg
  • Beta-Carotene: 147 mcg

Disebabkan oleh zat dan khasiat yang dibawanya, snek dari benua barat ini sering kali dijadikan pilihan oleh ibu bapa untuk diberikan kepada anak mereka yang masih kecil.

Bukan sahaja golongan kanak-kanak atau remaja, malah bayi yang sudah boleh makan makanan pejal juga biasa dan boleh disuap dengan kentang putar. Ia memang menu yang popular.

Apa bahan utama dalam mashed potato resepi?

mashed potato resepi

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, bahan utama yang perlu ada untuk buat hidangan kentang lenyek adalah ubi kentang, susu, yis, sayur dan rempah.

Ibu bapa boleh menggunakan apa juga jenis ubi kentang seperti Russet atau Yukon Gold, yang merupakan pilihan terbaik ekoran rasa dan tekstur yang paling sesuai untuk menu ini.

Kemudian, berikut ini adalah bahan lain yang juga perlu ada untuk 1 hidangan mashed potato:

  • Yis (3 sudu kecil)
  • Susu lembu atau kacang soya (1 cawan)
  • Bawang merah (1 biji)
  • Bawang putih (4 biji)
  • Daun kucai (1 batang)
  • Lada hitam (1/2 sudu kecil)
  • Serbuk paprik (1/2 sudu kecil)
  • Garam (secukup rasa)

Unit yang kami berikan di atas ini hanya sekadar panduan semata untuk 1 hidangan dan ia akan sedikit berbeza bergantung kepada jumlah hidangan yang anda ingin buat.

Sekiranya anda ingin sedikit kelainan atau keunikan, ibu bapa juga boleh memasukkan bahan lain seperti sayur cendawan, buah epal atau sebagainya. Gunakan kreativiti anda.

Bagaimana cara untuk masak mashed potato resepi ini?

Sebenarnya, mashed potato resepi ini tidak sukar kerana anda hanya perlu memasukkan dan mencampurkan bahan-bahan di atas tadi ke dalam satu periuk sahaja.

mashed potato resepi

Para ibu bapa boleh menggunakan tatacara di bawah ini untuk masak kentang putar dengan betul:

  1. Masukkan ubi kentang yang telah dipotong dan dicampur air ke dalam periuk.
  2. Rebuskan ia dengan suhu yang panas sehingga air itu mula mendidih.
  3. Turunkan suhu selama 20-30 minit sehingga ubi kentang mula memecah.
  4. Pindahkan ubi kentang tadi ke dalam tos untuk menyaring air dan masukkan ia semula ke dalam periuk.
  5. Masukkan susu pilihan anda ke dalam periuk dan lenyek ia dengan tangan atau alat sehingga ia mula menjadi lembik.
  6. Panaskan dan gaul bawang merah serta bawang putih di dalam kuali lain selama 3 ke 6 minit.
  7. Masukkan bawang merah dan bawang putih ke dalam periuk ubi kentang dan tambah yis, daun kucai, lada hitam, serbuk paprik dan garam.
  8. Hidangkan ia ke dalam mangkuk atau pinggan dengan kadar segera.

Khasiat kentang putar ini bagus untuk anak!

Sebenarnya, ibu bapa tidak perlu khuatir atau curiga untuk memasukkan hidangan ini ke dalam menu diet harian anak anda kerana ia memang sangat bagus untuk si kecil.

Apa yang mungkin lebih menarik adalah ia juga mungkin boleh jadi pengganti kepada nasi yang bukan sahaja mengenyangkan malah menyihatkan namun tidak menggemukkan.

Pun begitu, ibu bapa juga perlu tahu bahawa ia masih ada dan mungkin tinggi dengan kalori. Disebabkan itu, sila sediakan mashed potato resepi ini pada anak dengan kuantiti dan kualiti yang ideal.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mashed potatoes and more, https://www.theorganickitchen.org/classic-easy-mashed-potatoes/, Accessed Feb 24 2022.
  2. These mashed potatoes are packed with flavor!, https://www.pcrm.org/good-nutrition/plant-based-diets/recipes/mashed-potatoes, Accessed Feb 24 2022.
  3. Are Mashed Potatoes Healthy or Fattening?, https://www.caloriesecrets.net/are-mashed-potatoes-healthy-or-fattening/, Accessed Feb 24 2022.
  4. The Secret to Healthier Mashed Potatoes, https://fruitsandveggies.org/stories/iv-for-112211-heidi-diller/, Accessed Feb 24 2022.
  5. Healthy Mashed Potatoes, https://feelgoodfoodie.net/recipe/healthy-mashed-potatoes/, Accessed Feb 24 2022.

Versi Terbaru

21/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Maria Stork


Artikel Berkaitan

Mahu Snek Ringkas, Padat Dengan Nutrisi & Mudah Disedia? Kekacang Untuk Lebih Tenaga!

Tak Perlu Gel Karbohidrat, Kentang Pun Cukup - Kajian


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 21/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan