Tahukah anda, salah satu sebab anda jadi gemuk adalah kerana tabiat makan dengan laju. Punca gemuk ini seringkali diabaikan oleh ramai pihak, sekali gus menyebabkan ia kelihatan seperti bukan satu perkara yang perlu dirisaukan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Tahukah anda, salah satu sebab anda jadi gemuk adalah kerana tabiat makan dengan laju. Punca gemuk ini seringkali diabaikan oleh ramai pihak, sekali gus menyebabkan ia kelihatan seperti bukan satu perkara yang perlu dirisaukan.
Kita mungkin sering makan dengan laju dan berasa lapar lagi selepas itu. Lalu kita membuat keputusan untuk makan lagi sehinggalah perut berasa seperti hendak meletup atau berasa ingin muntah.
Namun, tahukah anda, otak memerlukan masa untuk memproses isyarat tubuh bahawa anda sebenarnya telah kenyang. Otak anda mungkin memerlukan masa sehingga 20 minit untuk menyedari yang perut anda sudahpun penuh.
Apabila anda makan dengan terlalu laju, anda lebih cenderung untuk makan lebih banyak makanan daripada keperluan sebenar tubuh badan.
Lama kelamaan, pengambilan kalori yang berlebihan daripada sumber makanan boleh menyebabkan anda jadi gemuk dan alami pertambahan berat badan yang agak signifikan.
Satu kajian yang dijalankan dalam kalangan kanak-kanak menunjukkan bahawa 60% daripada mereka yang makan dengan laju turut makan dengan banyak.
Individu yang makan dengan laju ini juga cenderung untuk mempunyai berat badan berlebihan sebanyak 3 kali ganda.
Obesiti merupakan salah satu daripada masalah kesihatan yang paling besar di seluruh dunia. Ini kerana masalah obesiti bukan disebabkan oleh satu faktor semata-mata seperti pemakanan yang tidak seimbang.
Ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti kehidupan yang tidak aktif dan makan dengan laju.
Siapa sangka, makan dengan laju juga boleh jadi punca gemuk. Menurut kajian, makan secara gelojoh ini boleh menjadi faktor risiko untuk seseorang itu menjadi obes.
Analisis terhadap 23 kajian yang lain menunjukkan, orang yang makan dengan gelojoh mempunyai dua kali ganda kecenderungan untuk menjadi obes berbanding orang yang makan dengan kelajuan biasa.
Selain daripada jadi gemuk, makan dengan laju juga boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan yang lain. Ini termasuklah:
Semestinya. Ada satu kajian yang melibatkan dua kumpulan individu, satu kumpulan adalah mereka yang mempunyai berat badan yang normal, sementara kumpulan kedua adalah mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
Kedua-dua kumpulan mengambil beberapa kalori ketika waktu makan secara perlahan-lahan. Kumpulan-kumpulan ini turut melaporkan bahawa mereka berasa kenyang dalam tempoh yang lama setelah makan secara perlahan-lahan.
Mereka juga kurang berasa lapar 60 minit selepas waktu makan perlahan berbanding selepas waktu makan laju. Ini menunjukkan bahawa makan dengan perlahan berpotensi membuatkan anda kehilangan berat badan dari semasa ke semasa.
Perlu diketahui bahawa nafsu makan dan pengambilan kalori dikawal oleh hormon anda. Selepas anda makan, usus anda akan menekan sejenis hormon yang disebut sebagai ghrelin.
Hormon inilah yang bertanggungjawab mengawal rasa lapar. Hormon ini kemudiannya akan melepaskan hormon kenyang.
Hormon ini akan memberitahu otak anda bahawa anda sudah pun makan, mengurangkan selera makan, membuatkan anda berasa kenyang lalu membantu anda untuk berhenti makan dengan serta-merta.
Kesemua proses ini boleh memakan masa sekitar 20 minit. Oleh sebab itu, apabila anda makan dengan perlahan, anda sebenarnya telah memberikan masa yang cukup untuk otak anda memproses isyarat bahawa anda sudah kenyang.
Jika anda tidak mahu jadi gemuk, ini teknik yang perlu anda lakukan untuk memperlahankan kadar waktu makan anda.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen