backup og meta

Alami Berat Badan Berlebihan @ Obesiti? Ini Maklumat Lengkap Yang Anda MESTI Tahu!

Alami Berat Badan Berlebihan @ Obesiti? Ini Maklumat Lengkap Yang Anda MESTI Tahu!

Kita sering bercakap mengenai isu-isu berkaitan gemuk badan. Istilah seperti obes, obesiti atau berlebihan berat badan sering dikaitkan dengan perkara ini. Namun, adakah anda mengetahui apakah maksud obesiti yang sebenar?

Apakah perbezaannya dengan berlebihan berat badan? Ini kupasannya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini. 

Obesiti dan berlebihan berat badan

Secara umumnya, maksud obesiti dan berlebihan berat badan merujuk kepada satu keadaan yang sama.

Ia bermaksud pengumpulan lemak yang berlebihan atau tidak normal yang boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang individu.

Namun, untuk membezakan kedua-duanya dengan lebih tepat, kita menggunakan pendekatan pengukuran indeks jisim badan atau BMI.

Berdasarkan seperti apa yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), individu yang berlebihan berat badan mempunyai nilai BMI lebih daripada 25.

Manakala bagi individu yang dikategorikan sebagai obesiti, mereka mempunyai nilai BMI lebih daripada 30.

Penggunaan nilai BMI sebagai pengukur bagi berat yang berlebihan dan obesiti merupakan satu kaedah yang sering digunakan oleh semua pihak.

Namun, ia hanyalah satu panduan kasar kerana banyak perkara lagi yang perlu dipertimbangkan seperti tahap lemak dalam tubuh badan seseorang yang mungkin berbeza antara individu.

Selain itu, bagi kanak-kanak pula, umur mereka perlu dipertimbangkan untuk menentukan sama ada mereka mengalami obesiti atau sekadar berlebihan berat badan.

Kini anda telah mengetahui maksud obesiti dan berlebihan berat badan dengan lebih jelas.

Fakta mengenai gemuk badan atau obesiti

gemuk badan

Anda mungkin tidak pernah mengetahui beberapa fakta penting mengenai isu gemuk badan di seluruh dunia.

Menurut WHO, pada tahun 2016 sahaja, lebih daripada 1.9 bilion individu yang berumur 18 tahun keatas di seluruh dunia diklasifikasikan sebagai mereka yang berlebihan berat badan.

Daripada jumlah ini, lebih daripada 650 juta merupakan individu dewasa yang obes. 39% individu yang berumur 18 tahun dan keatas disahkan sebagai mereka yang berlebihan berat badan.

Pada tahun yang sama juga, dianggarkan sekitar 13% daripada populasi individu dewasa di seluruh dunia disahkan sebagai obes.

Daripada jumlah ini, 11% ialah kaum lelaki manakala 15% daripada kaum wanita.

Kelaziman kes-kes obesiti di seluruh dunia meningkat sebanyak tiga kali ganda sejak tahun 1975 sehingga 2016.

Untuk kanak-kanak pula, dianggarkan sekitar 38.2 juta kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke bawah mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes.

Sebelum ini, masalah obesiti hanya dikenali dalam kalangan negara-negara berpendapatan tinggi sahaja.

Namun kini ia turut berlaku dengan lebih kerap dalam kalangan negara-negara berpendapatan rendah dan juga sederhana. 

Komplikasi gemuk badan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, masalah berlebihan berat badan atau gemuk badan ini merupakan satu masalah yang boleh menjejaskan tahap kesihatan seseorang.

Mereka yang mempunyai masalah obesiti atau gemuk badan lebih cenderung untuk mendapat lebih daripada 1 penyakit.

Antara kesan atau komplikasi gemuk badan adalah:

  1. Penyakit jantung: Mereka yang obes atau gemuk badan biasanya mempunyai tekanan darah yang lebih tinggi. Ini disebabkan oleh tahap kolesterol dalam salur darah mereka. 
  2. Strok: Penyakit strok juga lebih mudah berlaku dalam kalangan mereka yang gemuk badan atau obes. Obesiti merupakan faktor risiko bagi penyakit strok.
  3. Diabetes jenis 2: Gemuk badan atau obesiti boleh menjejaskan cara tubuh badan anda menggunakan insulin untuk mengawal paras gula darah. Ia boleh meningkatkan kerintangan insulin dan juga menyebabkan berlakunya diabetes. 
  4. Kanser: Gemuk badan dan obesiti juga boleh meningkatkan risiko seseorang individu tersebut untuk mendapat beberapa jenis kanser. Ini termasuklah kanser uterus, serviks, ovari, payudara, kolon, rektum, esofagus, pankreas, buah pinggang dan juga prostat. 

Cara elak gemuk badan

gemuk badan

Masalah gemuk badan atau obesiti ini sememangnya berkait rapat dengan pemakanan dan gaya hidup anda sendiri.

Tiada ubat pantas atau jalan pintas yang boleh menurunkan berat badan anda dengan segera.

Anda perlu melakukan perkara-perkara berikut untuk mengelakkan peningkatan berat badan:

  1. Kerap bersenam: Anda disarankan untuk melakukan senaman atau bersukan setiap hari sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit. Ini untuk mengelakkan tubuh badan anda daripada mengalami kenaikan berat badan. Anda sangat disarankan untuk melakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana seperti berjalan laju atau berenang. 
  2. Kawal pemakanan: Anda juga mestilah mengawal pengambilan makanan harian. Ikuti pelan pemakanan yang rendah kalori, tinggi nutrisi dan rendah lemak. Elakkan pengambilan makanan berlemak dan bergula. Selain itu, amalkan juga beberapa jenis diet yang boleh membantu mengawal berat badan anda seperti diet Mediterranean dan diet Eat Clean

[health_tool_article id=’32121″]

Jumpa doktor

Anda boleh berjumpa doktor bagi mendapatkan khidmat nasihat berkenaan tahap kesihatan diri yang berkaitan dengan gemuk badan dan obesiti.

Doktor mungkin akan merujuk anda kepada pakar pemakanan, kaunselor atau pakar obesiti bagi membantu anda merancang gaya hidup yang lebih sihat.

Doktor mungkin akan bertanyakan beberapa jenis soalan untuk mendapatkan latar belakang anda terlebih dahulu sebelum memberikan nasihat berkaitan pemakanan dan juga gaya hidup.

Kini anda telah mengetahui apakah maksud obesiti dan berlebihan berat badan dengan lebih tepat. 

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/obesity-and-overweight

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/symptoms-causes/syc-20375742

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/obesity/diagnosis-treatment/drc-20375749

https://www.nhlbi.nih.gov/health-topics/overweight-and-obesity

https://www.cdc.gov/obesity/adult/defining.html

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Bukan Rawat Obesiti Sahaja, Pembedahan Ini Juga Beri Manfaat Buat Diabetes!

Info Lengkap Mengenai Obesiti: Punca, Komplikasi Dan Langkah Pencegahan


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan