backup og meta

Selalu Guna Minyak Masak Berulang Kali? Mungkin Anda Patut Berhenti Buat Lepas Baca Ini!

Selalu Guna Minyak Masak Berulang Kali? Mungkin Anda Patut Berhenti Buat Lepas Baca Ini!

Telah menjadi kebiasaan bagi orang-orang kita untuk menggunapakai minyak masak secara berulang kali. Penggunaan minyak masak terpakai ini juga sangat lazim di kedai-kedai makan atau gerai-gerai pisang goreng.

Minyak masak untuk menggoreng akan digunakan berulang-ulang kali sehingga ia menjadi hitam. Kemudian, barulah minyak tersebut diganti dengan minyak baharu yang lain.

Tambahan lagi dengan harga minyak ini yang telah meningkat berkali-kali ganda, maka tempoh penggunaan minyak tersebut akan menjadi lebih lama.

Tetapi tahukah anda, ada risiko kesihatan yang perlu anda hadapi sekiranya kerap menggunakan minyak masak terpakai ini secara berulang kali?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.

Pendedahan terhadap radikal bebas

minyak masak terpakai

Menurut Mrs Bibi Chia, pakar pemakanan yang berkhidmat di Raffles Diabetes & Endocrine Centre, Singapura, seseorang individu tidak sepatutnya mengguna semula minyak lebih daripada 2 kali penggunaan.

Mengapa? Ini kerana penggunaan minyak ini secara berulang akan mendedahkan seseorang individu kepada radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel tubuh. Menurut beliau lagi, antioksidan dan vitamin yang sensitif terhadap haba akan semakin berkurangan setiap kali penggunaan. 

Bukan itu sahaja, tabiat menggunakan minyak masak terpakai juga akan menyebabkan minyak menjadi lebih karsinogenik. Semua bahan yang karsinogenik berpotensi untuk menyebabkan kanser. Malah, radikal bebas juga boleh menyebabkan inflamasi yang boleh mendatangkan penyakit seperti obesiti, penyakit jantung dan diabetes.

Oleh sebab itu, wajarlah kita mengurangkan penggunaan minyak berkali-kali. Kini, kita punyai alternatif lain dan boleh menggoreng tanpa minyak.

Berapa kalikah saya boleh menggunakan minyak masak terpakai?

minyak masak terpakai

Penggunaan minyak masak terpakai secara berulang perlu diperhatikan daripada segi jenis minyak tersebut, suhu yang diperlukan untuk ia dipanaskan, dan tempoh yang diperlukan untuk memanaskannya. 

Nasihat Mrs Bibi, seseorang perlu memerhatikan warna minyak sebelum kembali menggunakannya. Buang minyak tersebut sekiranya ia telah bertukar warna kepada warna yang lebih gelap atau hitam.

Minyak masak terpakai juga perlu dibuang sekiranya bau telah bertukar menjadi tengik atau menjadi sangat likat dan melekit. 

Baca juga:

Tanda minyak yang tidak elok

minyak masak terpakai

Terdapat beberapa tanda yang boleh anda perhatikan sekiranya minyak masak anda telah rosak. Antaranya: 

  • Minyak bertukar warna menjadi gelap disebabkan oleh molekul minyak dan makanan yang telah terbakar akibat haba yang tinggi
  • Minyak menjadi semakin likat apabila semakin kerap ia digunakan
  • Terdapat sedimen atau pemendapan pada dasar bekas minyak masak
  • Asap muncul sebelum suhu minyak mencapai 190 darjah Celsius
  • Minyak sudah berbau tengik atau berbau seperti makanan yang telah anda masak dengan menggunakan minyak tersebut

Kesimpulan

minyak masak terpakai

Pesan kepada mak-mak di kampung, berhenti gunakan minyak secara berulang kali kalau masih sayangkan kesihatan tubuh.

Jika mereka mengeluh mengenai harga minyak untuk memasak yang mahal dan membazir jika diguna sekali dua, cakap pada mereka yang anda akan sponsor minyak masak mereka seumur hidup. Takkan minyak pun nak berkira dengan mak kan. Sekarang juga kita boleh menggoreng tanpa minyak menggunakan air fryer.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Expand your healthy cooking oil choices. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/expand-your-healthy-cooking-oil-choices. Accessed on April 1, 2022.
  2. Healthy Cooking Oils. https://www.heart.org/en/healthy-living/healthy-eating/eat-smart/fats/healthy-cooking-oils. Accessed on April 1, 2022.
  3. Canola Oil. https://www.canolacouncil.org/about-canola/oil/. Accessed on April 1, 2022.
  4. Oil Essentials: The 5 Healthiest Cooking Oils. https://www.sclhealth.org/blog/2021/05/oil-essentials-the-5-healthiest-cooking-oils/. Accessed on April 1, 2022.
  5. How to Choose and Use Healthy Cooking Oils. https://health.clevelandclinic.org/how-to-choose-and-use-healthy-cooking-oils/. Accessed on April 1, 2022.
  6. Which type of oil should I use for cooking with high heat? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/nutrition-and-healthy-eating/expert-answers/cooking-oil/faq-20058170. Accessed on April 1, 2022.

Versi Terbaru

12/10/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Kesan Buruk Jika Selalu Berbuka Puasa dengan Makanan Bergoreng

11 Jenis Minyak Masak Yang Anda Perlu Tahu, Mana Satu Yang TERBAIK Untuk Memasak?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 12/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan