backup og meta

Santan & Minyak Kelapa Dara Tinggi Kalori, Benarkah? Ambil Dengan Hati-Hati?

Santan & Minyak Kelapa Dara Tinggi Kalori, Benarkah? Ambil Dengan Hati-Hati?

Penggunaan santan di dalam masakan dan minyak kelapa dara (VCO) sebagai makanan tambahan bukan lagi perkara asing dalam masyarakat kita.

Kedua-dua bahan semula jadi ini juga sering dihebahkan khasiatnya kepada kesihatan, tetapi bukankah mereka mengandungi kalori yang tinggi?

Persoalannya, bagaimanakah makanan yang mempunyai nilai kalori tinggi dapat memberi manfaat pada kesihatan?

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.

Kenali khasiat minyak kelapa dara dan santan lebih lanjut

  • Santan

Santan merupakan cecair yang terhasil daripada parutan isi buah kelapa dan ia berbeza daripada air kelapa.

Rasa lemak dan warna santan datangnya daripada kandungan minyaknya yang banyak. Kebanyakannya merupakan lemak tepu.

Santan merupakan ramuan makanan yang popular yang digunakan oleh penduduk Asia Tenggara, Asia Selatan, China Selatan dan Caribbean.

santan

Santan kelapa merupakan air perahan daripada kelapa tua yang diparut. Ia juga mempunyai rasa lemak dan digunakan sebagai perasa bagi menyedapkan masakan.

Pada masa dahulu, bahan ini akan diperah daripada kelapa yang diparut dan dicampur dengan air panas sebelum diperah.

Pada masa kini, terdapat mesin pemerah santan bagi memerahnya dengan cara yang bersih dan pantas.

  • Minyak kelapa dara

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) adalah minyak yang dikeluarkan daripada buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semula jadi yang ada di dalam buah tersebut.

Ia diproses secara semula jadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (medium chain fatty acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic, dan linoleic.

Kajian sains juga menunjukkan ia amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada bayi, kanak-kanak, dewasa, warga tua lelaki atau wanita.

Di samping itu, ia sesuai diminum, disapu pada kulit seluruh badan, bahkan boleh dijadikan sebagai minyak rambut.

Bahayakah santan dan minyak kelapa dara?

Tidak dinafikan santan dan VCO mengandungi manfaat kesihatan tersendiri yang sememangnya sudah terbukti dengan kajian-kajian saintifik yang dijalankan.

Namun, anda harus ingat, pada masa yang sama kedua-dua bahan ini dikelaskan sebagai lemak tepu.

Oleh yang demikian, pengambilan minyak yang mengandungi minyak tepu tidak harus diambil dalam kuantiti yang banyak.

Tambahan lagi, sekiranya kita mengambil makanan dengan lemak tepu bersama karbohidrat halus, bimbang akan berlaku kemudaratan seperti penyumbatan saluran darah pada jantung!

Pun begitu, hal ini terkecuali bagi mereka yang mengamalkan diet ketogenik dengan nasihat dan pemantauan pakar.

Bukan itu sahaja, dua bahan ini turut tergolong dalam kategori makanan dengan kalori yang tinggi.

Ini menjadikan makanan berasaskan santan dan VCO sesuai bagi golongan yang melakukan diet intermittent fasting.

minyak kelapa dara

Namun, jangan pula terkeliru dengan orang dulu-dulu yang kelihatan sihat dan gagah dengan mengambil bahan-bahan tersebut.

Ini kerana, gaya hidup masyarakat zaman dahulu dan sekarang cukup berbeza.

Walaupun mereka mengambil makanan yang berkalori tinggi, ramai menggunakannya sebagai sumber tenaga apabila bekerja berat seperti berladang, menuai padi dan sebagainya.

Ini berbeza dengan masyarakat moden sekarang yang lebih banyak menghabiskan masa di hadapan komputer selama beberapa jam sehari tanpa menggunakan jumlah tenaga yang sama seperti nenek moyang kita.

Haruskah anda berhenti mengambilnya dalam diet harian?

Kami bukan hendak menyarankan anda untuk berhenti menggunakan santan dalam masakan dan minyak kelapa dara secara total.

Apa yang hendak ditekankan di sini, bahan-bahan ini haruslah diambil dengan berhati-hati!

Ini kerana, terdapat banyak kajian mengatakan santan dan VCO (minyak tepu) meningkatkan jumlah kolesterol (jumlah HDL, LDL dan trigliserida).

Namun dalam masa yang sama, mereka mampu merendahkan LDL. Untuk pemahaman yang lebih baik:

minyak kelapa dara

Disebabkan faktor tersebut, kedua-dua bahan ini tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak.

Jika mahu diambil dalam kuantiti banyak, pastikan dengan syarat anda mengamalkan diet ketogenik dengan pantauan pakar nutrisi atau anda sememangnya sering melakukan aktiviti fizikal berat.

Tetapi sekiranya rutin harian anda lebih cenderung menggunakan tenaga yang tidak begitu banyak, kawal pengambilan bahan-bahan ini.

Tujuannya supaya risiko untuk anda mengalami obesiti mahupun tahap kolesterol yang tinggi dapat dielakkan.

Secara realitinya, rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan penggunaan santan dalam masakan, jika sukar untuk dielak, pastikan anda kurangkan pengambilannya dengan karbohidrat halus.

Mempunyai tahap gula yang tinggi buat individu yang sudah berkolesterol tinggi mampu menyebabkan proses oksidatif, lantas berisiko menyumbatkan salur darah anda.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Don’t get tricked by these 3 heart-health myths, https://www.mayoclinic.org/dont-get-tricked-by-these-3-heart-health-myths/art-20390070, Accessed Apr 22 2021.
  2. Coconut Oil, https://www.hsph.harvard.edu/nutritionsource/food-features/coconut-oil/, Accessed Apr 22 2021
  3. Is there a place for coconut oil in a healthy diet?, https://www.health.harvard.edu/blog/is-there-a-place-for-coconut-oil-in-a-healthy-diet-2019011415764, Accessed Apr 22 2021
  4. The Benefits of Coconut Milk, https://jamaicahospital.org/newsletter/the-benefits-of-coconut-milk/, Accessed Apr 22 2021
  5. Is coconut oil good for you?, https://www.heartfoundation.org.nz/wellbeing/healthy-eating/nutrition-facts/is-coconut-healthy, Accessed Apr 22 2021

Versi Terbaru

19/04/2023

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Jika Benar Mahu Turun Berat Badan, Ikut 7 Cara Diet Yang Betul Ini!

Tubuh Kuat Bermula Dari Usus Yang Baik! Ini 6 Manfaat Minuman Probiotik, Selain Untuk Usus!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/04/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan